Review Template Blog RisenMagz Dari Themeindie

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari ini aku tidak bersemangat nak berblog sebab line internet yang tak berapa nak laju. Bukan itu sahaja, loading blog aku belakangan ini sangat teruk. Pageview memang jatuh teruk. 

Kalau korang perasan, semalam 3 kali aku tukar template blog. Susah nak cari template yang aku suka. Aku tu sebenarnya tak nak dah tukar template sebab dah selesa dengan template lama. Tetapi aku terpaksa juga tukar sebab memang teruk sangat dah.

Aku nak view blog sendiri pun lambat betul. Kalau view dari mobile lagilah teruk. 

Akhirnya, dengan berat hati aku pun tukar template baru. Biasanya aku selalu guna template kat Gooyaabi Template. Kali ini aku cuba beli template berbayar. 

Selepas beberapa jam survey, akhirnya aku memilih template dari Themeindie. 

RisenMagz - Responsive and Mobile Friendly for Magazine Blogger Template

Template yang aku gunakan sekarang ialah template dari RisenMagz. Template yang mesra mobile dan responsive. Sesuai untuk niche blog magazine dan tidak mempunyai niche blog yang khusus. 

Template ini memang sesuai untuk pengguna blogger. 

Kelebihan Template RisenMagz Dari Themeindie :
  • Mobile friendly
  • Fast loading
  • SEO optimized blogspot/blogger template
  • Fully responsive
  • Sesuai untuk writers, journalists and photographers
  • Minimalist design
  • Widget yang ringan

Features RisenMagz
  • Responsive Design
  • Mobile Friendly
  • PageSpeed Insight 
  • Structured Data Validated (Index) 
  • Structured Data Validated (Item)
  • SEO Ready / SEO-friendly
  • For Adsense
  • High CTR
  • Support HTTPS
  • HTML5 Type Design
  • CSS3 Type Design
  • Fast loading
  • Tabbed Sidebar
  • Sticky Widget Sidebar
  • Responsive Recent by Tag Widget with Thumbnail
  • Search Show-Hide Event Click
  • Featured Widget
  • Advance Search Engine Optimization
  • Social Share Button with Counter
  • Auto resize thumbnail image
  • Threaded Comment
  • Custom Recent Post
  • Related Post Thumbnail
  • Search Column Responsive
  • 2 Column
  • Valid Schema.org
  • Sidebar Right
  • Breadcrumbs SEO
  • Ads Ready
  • Respsive Ad Slot
  • Dyamic Heading
  • Back to Top Button
  • Dropdown Menu Event Click no Jacascript
  • Custom Error 404 Page
  • Custom Contact Form Widget
  • Compatible with major browsers (IE8+,Mozilla,Chrome,Safari)


Review Template Blog Sii Nurul Dari Themeindie

Baiklah,  secara keseluruhan tidak dinafikan template ini memang bagus untuk seo, responsive dan mobile friendly. Apabila ada ciri-ciri ini, jadi loading blog kita pun laju. Which is good!

Walaupun kat PageSpeed Insight bahagian mobile nampak rendah tetapi bila view kat smartphone kita memang laju sebenarnya berbanding dengan template lama aku. 

Untuk lihat kelajuan blog korang boleh semak kat PageSpeed Insights. Manakala dari segi template yang mesra mobile. Korang boleh semak kat Mobile Friendly Test

Cara semak responsive design ke atau tidak template yang korang gunakan. Boleh semak kat Responsive design

Seterusnya, dari segi tulisan (Font) pula aku suka sangat sebab tidak terlalu kecil dan besar. Standard lah kalau view kat laptop dan smartphone pun tidak bikin semak. Mudah untuk dibaca dan nampak kemas saja. 

Apa yang aku suka dengan template ini juga, dia ada sediakan widget khas untuk ads. So, kalau nak letak iklan google adsense tu memang tak pening. Just letak sahaja di tempat yang telah disediakan.

Jadi iklan pun nampak tersusun dan tidak mengganggu pemandangan mata. 

Dari segi kekurangan template ini pula, aku agak kecewa sebab tak boleh tukar warna template dia. Template ini dah okay sangat, cuma bila tak dapat tukar warna tu sedih. 

Macam mana nak cakap ya. Kiranya warna blog itu bagi aku merupakan identiti Blog Sii Nurul. Aku tak suka bila nampak ada persamaan. 

Sekiranya semua orang pun guna template ini, kiranya nampak sama saja lah dengan blogger lain. Aku ingat bila dah beli template ini bolehlah tukar warna dia. Malangnya tak dapat pula tukar. 

Kedua, ada sesetengah widget kat sidebar tak boleh guna. Kalau guna pun dia tak dapat view. 

Dari segi pageview pula, jatuh habis. Mungkin kesan sebab tukar template lebih dari 3 kali semalam. Takpa lah aku tunggu dalam beberapa hari ini. Kalau takda perubahan juga. Mungkin aku tak pakai lama juga template ini.

Manakala dari segi earning adsense pula, ada peningkatan sedikit. Aku rasa mungkin sebab kesan daripada kelajuan blog aku yang semakin baik daripada sebelum ini. Entahlah, adsense ini pun susah juga kalau nak bincang. 

Kesimpulannya

Secara keseluruhan aku suka sebab mesra mobile dan responsive. Cuma aku tak suka sebab tak dapat nak tukar warna tu sahaja. Pageview pun jatuh tetapi yang tu boleh diusahakan untuk naik juga. 

Berbaloi jugalah beli $4. Harga tak mahal juga. Boleh bayar dengan paypal atau via bank transfer. 

Kalau korang nak tukar template, bolehlah mencuba template kat Themeindie