Review Blog #3 Tiara Sapphire | www.tiarasaphire.com

6
Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, diberikan peluang untuk menulis review blog. Dah lama berniat nak berkongsi tentang blog kawan-kawan tetapi baru kali ini ada ruang dan masa. Review blog ketiga kali ini aku pilih untuk review Blog Tiara Saphire.

Review Blog #3 Tiara Sapphire | www.tiarasaphire.com

Siapa Pemilik Blog Tiara Sapphire?

Lebih dikenali dengan nama pena sebagai Tiara Sapphire. Sebenarnya teringin juga nak tahu kenapa pilih nama sebagai Tiara Sapphire? Tiara merupakan seorang peminat tegar drama asia antaranya seperti drama dari negara Korea, China dan Thailand.

Senang ja nak kenal dengan Tiara ni sebab blog dia memang pasal drama dan movie. Yang mana jarang tengok drama ataupun bosan masa PKP ni, nak tahu drama atau movie apa yang best bolehlah blogwalking blog Tiara. 

Senarai drama / movie 


Review Blog Tiara Sapphire

Aku kenal Tiara sebab dia rajin blogwalking, cuma kadang rasa serba salah juga sebab jarang sangat balas kunjungan dari dia. Salah satu sebab aku jarang sangat singgah blog Tiara sebab aku tak minat tengok drama ataupun movie. Huhu~

To be honest aku memang tak tengok. Aku tonton anime, youtube reaction, tazkirah saja. Tetapi sekiranya aku rasa ada mood nak cari movie atau mana-mana drama yang best aku memang akan pilih blog Tiara untuk baca sinopsis, review ka ataupun cari senarai drama yang aku nak tengok sangat. 

Aku harap sangat dapat ubah tabiat tak elok ni dan support semua blogger tak kira niche apapun. Tapi tulah kalau aku blogwalking kat mana-mana blog yang niche macam nie confirm aku blurr dan tak tahu nak komen apa. Aduhai~ 

Apapun aku tertarik dengan drama jepun tu. Aku minat jugalah kalau drama jepun ni, ada beberapa drama dan movie yang aku dah pernah tengok. Maybe Tiara boleh kongsi kat mana Tiara selalu stream untuk tengok drama atau movie. Aku jarang tengok stream, lebih suka download dan repeat kali-kali tonton di TV. Kalau ada website yang boleh download drama / movie nanti share ya~

Akhir kata, 

Terima kasih sangat-sangat selalu blogwalking dan komen kat blog saya. Saya harap lepas ini saya boleh jadi lebih rajin dan kerap untuk balas kunjungan Tiara serta komen di blog Tiara. 


Kalau nak mengenali Tiara Sapphire boleh follow kat ~

Blog : www.tiarasaphire.com


Catat Ulasan

6Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. hahahaha betul, byk drama2 korea yg tiara update kak ret dah tgk...
    cuma dah lama sagt x tgk drama2 cina...

    kadang ada drama lelama yg kita x smpt tgk, baca je sinopsis kat blog dia, terus dapt idea jalan citer drama tu :D

    BalasPadam
  2. Tiara salah seorang yang sentiasa support rakan blogger. :)

    BalasPadam
  3. blogwalking ikut mood kadang ada juga jadi silent reader je..hehe

    btw terima kasih nurul review dan promote my blog :D

    BalasPadam
  4. skali skala layan juga cerita korea
    kalau dulu muda2 minattt habis he hee

    BalasPadam
  5. Kadang-kadang ada je blogwalking tapi tak tahu nak komen apa terutamanya kalau niche berbeza dengan blog kita. Tapi best sebab dapat tambah pengetahuan melalui perkongsian orang lain.

    BalasPadam
  6. Selalu juga bw, tapi kadang tak sempat nak tinggal jejak..InshaAllah lepas ni nak rajin2 tinggal jejak..Anyway, keep it up Tiara Sapphire !

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !