Review Template Blog SimpleUP Dari Themeindie

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, akhirnya aku telah jumpa template yang aku inginkan setelah beberapa kali tukar template. Dan aku puas hati sangat-sangat dengan template baru ini.


Template SimpleUP yang aku gunakan sekarang aku beli di Themeindie dengan harga $12. Korang kalau nak beli template dari themeindie kena ada akaun paypal. 

Nak bayar via bank transfer pun boleh juga sekiranya tidak mempunyai akaun paypal.

SimpleUP Premium Blogger Template - Clean, simple, SEO Customizable via Theme Designer and Layout


Kelebihan Template SimpleUP Dari Themeindie :

Template ini memang simple, minimalist, mesra seo dan mobile. Template ini sangat sesuai buat mereka yang baru nak start berblog. 

Yang menarik dan best boleh customizable via Blogger Theme Designer. Maksudnya kalau guna template ini, korang boleh edit bahagian layout dan customize di blog kita. 


Features SimpleUP :
  • Customizable via Blogger Theme Designer
  • Editable via Blogger Layout
  • Udjust Width (Entire blog and Sidebar)
  • Mobile Friendly 
  • Fully Responsive Design 
  • Validated Structured Data
  • SEO Ready 
  • Support HTTPS (SSL)
  • Validated Schema.org
  • On/Off Ad Widget from Layout
  • Floating Ad
  • For Adsense
  • High CTR
  • Ads Ready
  • Setting Ad from Layout (top, inline and bottom)
  • Respsive Ad Slot
  • Fast loading
  • Advance Search Engine Optimization
  • Responsive Menu
  • On/Off Sticky Menu
  • Sidebar sticky widget (post page)
  • New Threaded Blogger Comments
  • Hover event dropdown menu in Desktop
  • Onclick event dropdown menu in Tablet/Mobile
  • Author box
  • Elegant and Responsive Social Share Button
  • Auto resize thumbnail image
  • Related Post Inline Article
  • Related Post, setting 1, 2 or 3 widget style
  • Show-hide Search Column Responsive
  • 2 Column
  • On/Off Boxed Layout
  • Sidebar Right
  • Breadcrumbs SEO
  • Homepage Navigation with Number
  • Dyamic Heading in all page
  • Elegant Custom Error 404 Page
  • Scroll to Top

Review Template Blog Sii Nurul Dari Themeindie

Antara perkara pertama yang aku suka dengan template ini ialah dari segi kelajuan blog (pagespeed insight). Template ini fast loading dan mesra mobile. 

Selain itu, ia juga super seo friendly, mempunyai design yang minimalist dan responsive template. 


Jadi, tips penting daripada aku, pastikan template blog korang senang nak loading terutama melalui mobile view. Ini adalah faktor utama sekali kalau nak blog korang disukai google. 

Selepas dah tukar template jangan lupa untuk edit entri-entri lama. Compress dan resize images kat blog sesuai ikut layout blog korang. Memang leceh bila dah tukar template ini, banyak benda kita kena semak balik kat blog. 

Manakala dari segi jenis font pula, aku suka sebab font tidak terlalu besar dan kecil. Jelas dan mudah untuk dibaca. Apabila guna heading pula memang best sangat sebab dia dah tetapkan saiz untuk H2, H3 atau H4. 

Ada font bila kita gunakan heading, saiz dia terlalu besar. Jadi terpaksa nak ubah lagi. Banyak kerja nak buat. 

Customizable via Blogger Theme Designer

Apa yang aku paling suka dengan template ini ialah aku boleh ubah warna theme. Boleh ubah semua dan memang puas hati sangat.

Selain itu, korang juga boleh adjust kelebaran blogpost dan sidebar. Susah tau nak cari template yang boleh ubah layout ini. Mungkin kalau masa zaman mula-mula blog tu bolehlah. Sekarang dah banyak yang kena update. 

Ada beberapa features kat template ini yang aku suka sangat seperti Related Post Inline Article. Dia ala-ala macam wordpress juga. Dan automatik keluar kat blogpost kita. I'm so happy! Jadi tak perlu lagi buat secara manual. hehe~

Alhamdulillah, pageview dan earning blog pun dah kembali seperti biasa. Ada banyak lagi yang perlu diperbaiki sebenarnya. Banyak entri lama kat blog yang kena semak balik. Yang penting masalah pasal template dah selesai.

Jadi bolehlah update blog dengan senang hati.

Kesimpulannya

Secara keseluruhan aku suka sangat dengan template SimpleUP. Mahal berbanding template sebelum ini. Tak rugi beli.

Aku memang dari dulu lagi suka yang simple saja. Aku tak berapa suka yang jenis magazine punya template. Oleh sebab itulah susah nak cari template yang benar-benar memenuhi cita rasa aku. 

Ada tu memang ada cuma tak responsive dan ada beberapa features yang aku tak berapa suka. 

Nak upah orang bukan tak boleh, tetapi edit sendiri lagi puas hati. InsyaAllah mungkin lepas ini dah tak tukar template. Harap boleh guna untuk tempoh masa yang lama.