التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Assalamualaikum
Bismillah

Hari ni aku nak berikan sedikit perkongsian tentang Aqua Whitening Cream. Produk ni adalah produk kecantikan dari Korea yang berfungsi sebagai pelembap, memutihkan kulit dan mempunyai ekstrak herba.

Fungsi Aqua Whitening Cream

Aqua Whitening Cream ni adalah krim yang berasaskan titisan air ataupun “water drop based cream”.
 

1. Pelembap Titisan Air “Water Drop Moisturizer”
  • Mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik. Titisan air akan memberikan kelembapan pada kulit dan tidak akan melekit.
  • Kulit akan terasa sejuk dan lembut. Krim ni akan berubah menjadi titisan air selepas diletakkan di atas kulit. 
  • Ia akan memberikan kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari.
2. Pemutih dan Penghidrat
  • Berfungsi sebagai pemutih dan menghidratkan kulit.
  • Kandungan Niacinamide membolehkan krim ini untuk membantu memutihkan dan membaiki tona kulit yang tidak sekata selain membersihkan kulit.

3. Diformulasi dengan Ekstrak Herba
  • Dengan adanya 8 jenis ekstrak herba di dalam krim ini, ia meningkakan penembusan jauh ke dalam kulit. 
  • Ia boleh membaiki kulit yang kemerahan dan juga sunburn.

Kandungan Bahan dalam Aqua Whitening Cream (ingredients)

“Niacinamide, Angelica Acutiloba Root Extract, Camellia Japonica Seed Oil, Cnidium Officinale Root Extract, Gardenia Florida Fruit Extract, Paeonia Albiflora Root Extract, Pinus Densiflora Leaf Extract, Prunus Armeniaca (Apricot) Kernel Oil, Rehmannia Chinensis Root Extract and ect.”

1. Camellia Japonica Seed Oil

Tidak komedegenik, tidak menyekat liang kulit dan tidak menyumbang kepada pertumbuhan jerawat. Kalau korang selalu keluar dan bekerja di luar, memang sangat sesuai untuk pakai krim ni. Krim ni berupaya untuk membaiki kulit yang kemerahan atau yang terkena sunburn. Selain itu, krim ni boleh menjadi pelembap yang sangat baik sehingga jauh ke dalam lapisan kulit paling bawah.

2. Niacinamide

Ia juga dikenali sebagai Vitamin B3, dimana ia sangat berguna untuk penuaan kulit. Membantu untuk membaiki penampilan pori-pori yang membesar dan warna kulit yang tidak sekata.
Niacinamide ni boleh menjaga kelembapan kulit, mencerahkan tona kulit, memperbaiki kulit yang rosak dan juga mengawal kulit berminyak.

Tekstur Aqua Whitening Cream

Tekstur Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Cara Penggunaan Aqua Whitening Cream

  • Bersihkan muka terlebih dahulu. Sapukan krim dengan jumlah yang mencukupi ke muka dan leher.
  • Sapukan krim dengan jumlah yang mencukupi ke muka dan leher.
  • Titisan air akan muncul di atas kulit selepas beberapa saat. Tepuk atau sapu kulit perlahan-lahan menggunakan tangan sehingga krim pelembap diserap sepenuhnya ke dalam kulit.
 
Kalau nak yang set lengkap, korang boleh guna ALOE AC Clean Bubble Cleanser sebagai pembersih sebelum menggunakan Aqua Whitening Cream ni. Cleanser ni akan membersihkan pori dengan mendalam dan mengawal jerawat.

Selepas menggunakan cleanser dan whitening cream ni, korang boleh gunakan Gold Nano CC Cream sebagai perlindungan kulit. 3 produk ni adalah satu set lengkap yang berfungsi sebagai pembersih kulit, mengawal dan membaiki kulit, dan juga untuk melindungi kulit.

Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Aku mula-mula terima parcel pelembap Aqua Whitening Cream ni pada 26 Jun 2021. So di sini aku guna dah hampir 2 minggu dah. Jujurnya aku memang teringin sangat mencari pelembap yang sesuai tetapi belum jumpa lagi.

Rutin skincare aku memang takda pelembap. Dan muka aku memang nampak kusam dan kering bila tak pakai pelembap ni. Akhirnya aku buat keputusan untuk mencuba Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature.

Selepas 2 minggu menggunakan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature, aku memang suka sangat. Perubahan yang aku rasa ialah blackhead dan whitehead aku berkurang. Selain itu, pori di wajah aku juga semakin mengecil. 

Aku percaya sebab adanya Niacinamide ni. So far, produk yang mempunyai kandungan bahan seperti Niacinamide memang membantu mengecilkan pori dan mengurangkan blackhead dan whitehead.

Kalau nak tahu aku mempunyai kulit wajah yang berminyak dan sensitif. So aku sangatlah sensitif dengan produk yang ada fragrance (wangian) ni. Tetapi apa yang buat aku suka sangat dengan Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature ni. 

Walaupun dia wangi tetapi tidak mendatangkan kesan ruam pada muka. So, yang ada kulit sensitif tu jangan risau, korang boleh guna produk ni. 

Yang best sekali aku suka pakai pelembap ni pada waktu malam. Keesokkan harinya kulit memang nampak lembap. Dan aku sangat rekomen korang guna Aqua Whitening Cream bersama dengan Gold Nano CC Cream dari Hansaegee Nature. Gabungan dua produk ni memang best sangat. 

Recommended

Aku memang cadangkan korang untuk mencuba produk ini. Mostly kepada korang yang mempunyai kulit berminyak dan sensitif kerana ianya tidak mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit. Paling bagus kalau guna sekali bersama Gold Nano CC Cream. Memang kombinasi terbaiklah!

Repurchase?

Definitely yes! Pengunaan boleh tahan berbulan. Seriously aku suka betul dengan Aqua Whitening Cream ni. 

So, yang dah guna apa pendapat korang tentang produk skincare ni? Mesti ada antara korang yang sedang menggunakan produk ni juga kan?

Produk ni mendapat sambutan yang agak hebat. Mungkin sebab produk ni dari Korea kot? Walaupun harganya agak tinggi, tapi produk ni ada banyak sangat kelebihan. Lebih-lebih lagi ia sesuai untuk semua jenis kulit.

Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, korang boleh tengok website Hansaegee Nature ni sendiri. Kat sana lagi banyak informasi yang korang boleh dapat.

Untuk maklumat lanjut jika ada sebarang pertanyaan boleh rujuk link dibawah :

Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

🍁Brand: Hansaegee Nature
🍁Website: www.hansaegee.com/shop
🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

تعليقات

  1. Salam, nampak elok produknya, whitenning memang memukau..

    ردحذف
  2. flawless nya muka awk nurul.. love tngok!

    ردحذف
  3. cantik adik Nurul
    manisss
    sesuai produk ni ye utk memberi kelmbapan pd wajah

    ردحذف
  4. Nampak elok produk ni. Ramai yang review. Teringin juga nak cuba.. :)

    ردحذف
  5. wah bagus lah produk ni ^^ saya nak try lah jugaa lepas ni

    ردحذف
  6. Ramai share cream ni. Tertarik plak nak cuba.

    ردحذف
  7. Ada juga baca beberapa ulasan baik tentang produk ni 😊

    ردحذف
  8. Memang best sangat pakai cream ni . Water based sangat sesuai untuk skin CCL

    ردحذف
  9. Ramai jugakkk yang review produk ni, nak kena try ke ni hehehe
    Btw cantikkk nurul! Muka flawlesssss sungguh.

    ردحذف
  10. Best kan pakai aqua whitening cream ni. Rasa macam letak embun kat muka pun ada, sejuk je..

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...