Pengalaman Scalling & Cabut Gigi di Klinik Pergigian Swasta

Assalamualaikum
Bismillah

Tak sangka pula akhirnya aku akan tulis entri ini di blog. Sejujurnya aku dah lama teringin nak buat entri berkenaan scalling gigi di klinik pergigian swasta untuk pengalaman aku dulu lah tahun 2014. 

Aku memang ada merancang nak scalling gigi balik kat klinik pergigian swasta sebelum ini. Tetapi aku tak sangka pula minggu lepas aku sakit gigi di bahagian geraham dan bergoyang. Memang ada tanda-tanda mahu dicabut. 

(Actually entri ini dah lama dalam draft, cuma baru hari ni rasa nak habiskan cerita dia)

scalling-cabut-gigi-di-klinik-pergigian-swasta

Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan


Hampir 3 hari juga aku tak dapat tidur. Sakit gigi nak makan pun susah, nak bercakap pun susah. Mood pun tak baik. Dan aku tak fokus langsung sepanjang aku sakit gigi. 

Ya Allah nikmat sihat gigi inilah yang sangat tidak dihargai. Masa gigi sihat makan manis je memanjang, bila dah sakit huhu azab sangat. Padan muka sendiri. 

Memandangkan aku dah pernah scaling aku tak risau sangat. Yang aku risau tu cabut gigi. Korang percaya ke aku tak pernah dah cabut gigi di klinik sejak umur aku 7 tahun. 

I mean cabut kat klinik pergigian. Trauma aku cabut gigi masa budak-budak sampai sekarang. Asal ada masalah gigi saja selagi doktor kata masih boleh tampal aku akan minta tampal gigi saja.

Dan kali ini gigi aku dah betul-betul tak dapat diselamatkan lagi. Nak tak nak memang kena cabut. 

Perkara pertama sekali kalau sakit gigi ini yang terlintas dalam fikiran nak pergi klink pergigian swasta ke atau kerajaan?

Pengalaman aku cabut gigi di klinik pergigian kerajaan (masa aku tahun 1 lagi) tak berapa okay, jadi aku pilih untuk cabut gigi di klinik pergigian swasta. 

Sebelum ini aku dah pernah scaling gigi juga kat klinik pergigian swasta. Cuma aku takda pengalaman cabut gigi lagi bila dah meningkat dewasa nie. 

Lokasi Klinik Pergigian Dr Patricia, Inanam Taipan

Lokasi klinik ini terletak di Taipan Inanam bersebelahan dengan J&T Express dan Kedai Haiwan (Animal Feed Store). Berdekatan dengan Domino's Pizza juga. Lokasi klinik ni tidak kelihatan sangat, tetapi senang juga mahu mencari sebab cari ja J&T Express confirm jumpa klinik ni.

klinik-pergigian-swasta-dr--patricia

Aku pilih klinik pergigian Dr Patricia sebab mama aku selalu cabut gigi di klinik ni. Dan katanya klinik ni paling murah harganya. 

Dan so far okay saja cabut gigi di sini. Sebab lain pula klinik ni yang paling dekat dengan rumah aku. Dan sebab terakhir aku dah tak tahan sakit gigi. Haha~


Harga Rawatan di Klinik Pergigian Swasta Dr Patricia

Harga Rawatan di Klinik Pergigian Swasta

1. Pemeriksaan Oral - RM20

2. Cabutan LA 
  • Gigi susu anterior - RM50
  • Gigi susu posterior - RM60
  • Cabutan (spray) - RM35 - RM40
  • Gigi kekal anterior insisor - RM50
  • Gigi kekal taring - RM60
  • Gigi kekal posterior - RM70
  • Gigi bongsu / wisdom tooth - RM80 ke atas
    + Antibiotik dll ubat  RM20 ke atas
    + suture RM20
  • Pembedahan gigi terimpak / minor - RM100 ke atas
3. Tampalan
  • Satu permukaan - RM70
  • Dua permukaan - RM80 ke atas
  • Komposit kelas IV - RM150 ke atas
    +Pin RM40
4. Rawatan Pencegahan
  • Prophylaxis - RM80
  • Scaling & polishing -RM100 ke atas
  • Pembuangan stain rokok  / banyak karang gigi -RM250 ke atas
5. Rawatan Kecemasan
  • Tampalan sementara / dressing -RM60 - RM70 
  • Pendarahan selepas cabutan - RM50
  • Dry socket - RM60

Pengalaman Scalling & Cabut Gigi di Klinik Pergigian Swasta Dr Patricia, Inanam Taipan 

Benda pertama sekali yang aku terfikir apabila nak cabut gigi ni kan,  "Sakit ke atau tak?" ..."Takut kena bius / jarum" dan banyak lagi lah. Lama kot tak cabut gigi. Dah lah cabut kat bahagian geraham mestilah takut haha~

Aku pergi klinik gigi ni dalam jam 2 petang dah masa tu. Masa tu memang ramai orang. Sampai ja kaunter aku terus tanya masih boleh tak cabut gigi. Kata pembantu doktor kat kaunter dorang dah tak terima pelanggan. Penuh dah kena datang esok lagi.

Buat pengetahuan korang yang nak buat rawatan gigi di klinik pergigian Dr Patricia ni, di sini tiada booking appointment. So, kalau nak buat rawatan gigi terus (walk-in) datang ke klinik ni. 

Nasib korang lah kalau tak ramai pesakit. Paling bagus datang awal pagi. Boleh juga korang call dulu sebelum datang, tanya ramai pesakit atau tidak. 

So kali kedua aku datang tu dalam jam 8.30 gitu. Dan aku orang ketiga datang. Memang tak ramai orang. Sebelum tiba giliran aku tu ada seorang lelaki yang masuk dulu. Aku rasa dia just cabut gigi sebab tak lama. 

Harga Rawatan Scalling Gigi (bawah sahaja) & Cabut Gigi Geraham

Masa kat kaunter aku bagitau aku nak cabut gigi geraham dan scalling gigi tetapi di bahagian bawah sahaja sebab gigi yang aku nak cabut tu bahagian atas. 

Jumlah rawatan yang dibayar untuk gigi geraham dan scalling gigi di bawah sahaja sebanyak RM250. 

Doktor kata harga scalling gigi tu bergantung dengan berapa banyak kerak gigi kita. Makin lama dan banyak kerak gigi makin mahal. 

Sakit ke Cabut Gigi / Scalling Gigi?

Sebelum kena cabut gigi, doktor scalling dulu. Ini bukan pertama kali aku kena scalling gigi jadi aku okay ja. Scalling gigi tak sakit pun cuma aku tak suka sebab rasa ngilu. 

Dan paling tak best kalau terkena kerak gigi yang dah hitam tu. Memang sakit dan banyak darah yang keluar. 

Kalau korang nampak gigi dah kuning dan mengeras kerak gigi tu aku sarankan korang pergi scalling terus sebab tak sakit. Bila kerak dah mulai menghitam tu yang sakit. 

Aku memang suka sebenarnya scalling gigi ni, rasa gigi bersih ja sebab kadang-kala walaupun kita hari-hari berus gigi tetap ada sisa makanan yang tertinggal di celah-celah gigi yang kita susah nak berus. 

Aku belum scalling gigi bahagian atas lagi huhu. Dah lah kat atas gigi aku dah menghitam kerak gigi tu. Macam mana nak tahu gigi kita perlu scalling atau tidak? 

Cuba korang berus gigi, kalau semasa berus tu selalu berdarah menunjukkan korang perlu scalling gigi tau. 

Sejujurnya masa kena bius tu ada sakit macam kena gigit semut. Aku tak rasa pun gusi aku kebas masa tu. Masa kena cabut gigi tu memang masih terasa gigi aku bercerai dari gusi tu. Ada bunyi lagi hahaha~ Seram juga kalau ingat balik. Tetapi tak sakit sangat.

Dan yang bagusnya bila kat swasta ni ada pembantu doktor tu cuba tenangkan kita. Aku memang gelabah bah. Masa kena cabut gigi tu, pembantu doktor dia pegang kepala aku sambil usap-usap suruh bertenang, kalau tak banyak darah yang keluar. 

Dramatik betul kan aku bila kena cabut gigi haha~

Berapa Lama Masa Rawatan Cabut Gigi / Scalling Gigi?

Untuk kes aku cabut gigi rasanya tak lama pun adalah dalam 5 - 10 minit gitu dah siap. Kalau scalling gigi pula dalam 20-30 minit juga. Itupun scalling kat bahagian bawah gigi saja. 

Bergantung dengan kerak gigi korang lah. Setelah siap aku diberi ubat penahan sakit, antibiotik dan kapas. 

Adakah Ingin Mendapatkan Rawatan di Klinik Pergigian ini lagi ?

Untuk cabut gigi aku rasa better cabut kat klinik pergigian kerajaan. Menurut pengalaman orang lain bius kat klinik kerajaan lagi tinggi memang masa kena cabut tu tak rasa apa-apa. 

Kalau kat klinik ini aku masih boleh rasa gigi aku kena cabut dan selepas kena cabut tu aku masih rasa sakit. Ambil masa 2 hari juga baru okay. 

Aku tak pastilah kalau klinik pergigian swasta yang lain. Of course dari segi layanan, klinik pergigian swasta memang terbaik. Cuma kalau diberi pilihan aku cabut gigi lagi, aku nak cabut di klinik pergigian kerajaan saja. 

Manakala untuk scalling gigi pula, aku rasa klinik swasta aku pernah pergi sebelum ini lagi okay. Tambahan pula RM150 untuk scalling bahagian bawah gigi sahaja pun dah terlalu mahal. 

Sebelum ini aku scalling gigi RM150 untuk seluruh gigi termasuk whitening teeth. Aku dah tak ingat nama klinik tu. Tetapi kalau diberi pilihan aku nak scalling di klinik aku pernah pergi sebelum ini. 

Recommended? 

Kalau korang betul-betul tak tahan, nak cabut gigi aku cadangkan pergi ke klinik ini sebab memang bagus juga. Antara klinik pergigian swasta yang paling murah di Taipan Inanam. 

Feedback dari abang aku, mama dan makcik aku pun dorang suka juga kalau cabut gigi di sini. 

Dan kalau nak scalling gigi aku rasa better korang cuba cari tempat lain. Scalling kat sini memang bagus. Setakat ini doktor dan staff dia pun memang friendly. 

Cuma aku rasa mungkin ada tempat yang lagi murah dan rawatan scalling dia lebih baik. Ini hanya pendapat aku saja tau. 

Secara kesimpulannya, aku rasa better cabut gigi di klinik kerajaan sebab murah. At least bius tu kuat sikit. 

Dan scalling gigi aku tetap suka scalling kat klinik pergigian swasta. Mungkin selepas ni kalau nak pergi scalling lagi aku cuba pergi kat klinik pergigian yang aku pernah scalling dulu. 

Pengalaman Scalling & Cabut Gigi

Klinik Pergigian Dr Patricia
Alamat 
8, Block A, Ground Floor Lot,
 A-G-8, Lorong Taipan 28/2, Inanam, 
88450 Kota Kinabalu, Sabah

No Untuk Dihubungi / Tel 
088-435357 / 016-7715357

Waktu Rawatan
Isnin - Jumaat : 8AM - 4PM
Sabtu : 8AM - 1PM
Ahad / Cuti Am : Tutup


Sekian itu sahaja pengalaman aku. Semoga bermanfaat dan memberi infomasi kepada korang yang memerlukan. Apapun jaga kebersihan gigi dan kurangkan minum dan makan benda yang manis tau. Jangan lupa untuk selalu berus gigi selepas makan. 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

7 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ray pun tengah tunggu masa nak cabut ni

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya!

    Jom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.

    https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    BalasPadam
  3. Pengalaman Last sy cabut gigi adalah semasa sekolah rw dah di sekolah

    BalasPadam
  4. Saya tak jadi cabut gigi lepas doktor kata boleh buat root canal treatment huhu..tapi harganya mau buat ikat perut

    BalasPadam
  5. Akak nak scaling gigi rasanya. Ok x scaling? Penakut akak ni...hihi

    BalasPadam
  6. macam mahal juga tu harga RM250 (scaling bawah sahaja + cabut).
    biasanya , takkan rasa sakit bila kena cabut gigi. memang kebas gila. tapi depends juga dgn kepakaran doktor tu. kalau dengar gigi berbunyi2 time kena tarik, tu normal, tapi kalau tak kebas sepenuhnya, mmg kak pip pangkah klinik tu takkan datang semula.
    kalau scaling pula, mmg akan rasa sakit dan ngilu terutamanya sesiapa yg ada masalah gigi sensitif....

    BalasPadam
  7. Syu ada 1 gigi rasa nak cabut. Tapi doktor x bagi cabut sebab muda lg. Dia kata ada rawatan boleh selamatkan gigi tu. RCT. 6x jugak la sesi rawtan nya baru siap

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama