Dikuasakan oleh Blogger.

Aplikasi BeliGas Secara Online - Murah & Jaminan Penghantaran Ke Rumah Anda

Assalamualaikum
Bismillah

Korang pernah tak tengah seronok memasak tiba-tiba gas habis? Aku pernah alami kehabisan gas waktu tengah kenduri guys. Ribut terus orang rumah haha. Dah lah banyak makanan belum lagi siap masak masa tu, mana tak ribut. 

Kadang-kala penggunaan gas ini bergantung pada setiap isi rumah juga. Kalau korang jenis berniaga makanan sudah tentu gas korang cepat habis. Kalau dalam rumah jarang masak, kadang lebih sebulan gas masih belum habis lagi. 

Macam mak aku dia selalu sediakan stok tong gas. Jadi kalau habis pun senang sikit. Tapi kalau betul-betul emergency pula macam mana? Kedai dah tutup. Nombor telefon penghantaran gas pun tak simpan. 

Berita baik buat korang yang stay di sekitar Lembah Klang!

BeliGas sudah melancarkan app untuk memudahkan pelanggan untuk menempah gas masak mereka di Selangor!

Waa.. seronok sangat ada apps macam ni. Aku stay kat Sabah jadi buat masa sekarang aplikasi ini tidak dapat digunakan di Sabah. Hopefully kemudahan seperti ini membantu mereka yang memerlukan. 

Download Aplikasi BeliGas Untuk Beli Gas Murah di Sekitar Lembah Klang

Apa kebaikan menggunakan aplikasi BeliGas?

1. Harga Terjamin
Jaminan harga seperti yang ditawarkan di laman web apabila sampai ke pintu premis anda. Harga juga mengikut harga warta Kerajaan untuk gas masak LPG.

2. Servis Penghantaran Mudah
BeliGas menyediakan servis pickup mahupun penghantaran terus ke pintu premis anda!

3. Tiada Caj Tersembunyi
Harga BeliGas tetap dan sama di seluruh cawangan outlet retail. Tiada caj tersembunyi mahupun tambahan apabila menghantar gas.


Pembelian gas anda hanya RM 26.60 apabila korang order melalui aplikasi BeliGas! Dah lah harga jauh lebih murah. Bukan itu sahaja, penghantaran gas juga ke rumah dan premis/kedai anda!

Korang boleh order pada bila-bila masa sahaja (24 jam open order). Namun penghantaran dari 8 pagi sehingga 11 malam setiap hari. 



Buat masa ini, BeliGas hanya menawarkan tong gas jenama SOLAR tetapi mereka juga turut menerima jenama tong gas untuk penukaran tanpa kos tambahan. Mereka menjual gas dengan saiz tong 14kg yang biasa digunakan di rumah-rumah mahu pun kedai-kedai.


BeliGas juga menyediakan servis ke 55 buah lokasi umum yang korang boleh rujuk di bawah, dan juga kawasan/taman berdekatan/bersebelahan !

1. Kawasan Kajang (Order di App kami disini, atau whatsapp di 014 327 9115)
Bandar Kajang, Saujana Impian, Sungai Chua, Jalan Reko, Sungai Jelok, Bandar Teknologi, Sri Jelok, Bukit Mewah, Jalan Bukit, Kajang Utama, Kajang Perdana, Kajang 2, Kajang Prima, Sungai Ramal, Country Heights

2. Kawasan Mahkota Cheras (Order di App kami disini, atau whatsapp di 019 208 5717)
Bandar Mahkota Cheras, Cheras Perdana, Bandar Sungai Long, Taman Rakan, Desa Budiman, Bandar Hussein Onn, Sutera Pines, Bukit Dukung, Koperasi Cuepacs

3. Kawasan Ampang (Order di App kami disini, atau whatsapp di 011 5981 7730)
Pandan Indah, Pandan Jaya, Pandan Mewah, Maluri, Shamelin, Desa Pandan, Pandan Perdana

4. Kawasan Shah Alam (Order di App kami disini, atau whatsapp di 016 506 3200)
Dari Seksyen 1 hingga Seksyen 24 Shah Alam




Dengan adanya aplikasi ini, ia dapat membantu rakyat Malaysia untuk membeli gas dengan lebih mudah. Untuk sebarang info boleh melayari :


Untuk download Aplikasi boleh klik :



4 ulasan:

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.