التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Joymix Hello Bong & Pure Collagen Powder Untuk Sakit Sendi & Otot

Assalamualaikum
Bismillah

Hai hari ini aku ingin kongsikan produk keluaran Joymix iaitu Hello Bong & Pure Collagen Powder yang mana produk ini membantu korang yang sering mengalami sakit sendi dan otot.

Mungkin kalau ada yang follow aku dari dulu, aku sering mengalami sakit sendi dan otot terutama di bahagian belakang (Back pain & muscle pain). Sampai sekarang aku masih lagi mencari ubat untuk sakit aku.

Boleh baca entri lama aku Sakit Belakang Makin Teruk Sampai Terseliuh Muda-muda macam aku dah sakit macam ni memang sengsara guys. Nak buat kerja tak boleh. Cepat penat, lenguh dan perlu banyak berehat.

Aku dah cuba pelbagai jenis rawatan seperti rawatan hospital, tradisional mahupun perubatan Islam tetapi masih belum ada perubahan sangat. Jadi, aku ikhtiar lagi untuk mencuba produk seperti Joymix.


Mengapa Tubuh Memerlukan Kolagen?

Sana sini orang bercakap tentang kolagen. Bukan sahaja dalam produk penjagaan harian, sesetengah suplemen tambahan juga mengandungi kolagen. Apa sebenarnya kolagen ini? Dan kenapa kita perlukannya?

Badan kita memerlukan kolagen kerana kolagen merupakan protein yang terhasil daripada asid amino dan paling banyak terdapat dalam tubuh manusia terutamanya di bahagian tulang, otot dan tendon. 

Kolagen memainkan peranan sebagai pelekat dan membekalkan sokongan serta struktur kepada bahagian tubuh seperti rambut, kulit, kuku, tulang, ligamen dan tendon.

Dengan adanya kolagen, kita mampu bergerak, membongkok dan meregangkan tubuh. Selain itu, semakin meningkat usia dan semakin banyak tekanan diberikan kepada tubuh menyebabkan penghasilan kolagen semakin berkurangan. 

Jadi kita boleh lihat betapa pentingnya kolagen ini pada tubuh badan kita. 


Kebaikan Mengambil Joymix Pure Collagen powder (200g) : 

  • Berat molekul kecil 500-1500 Dalton. Menyerap ke dalam kulit kita dengan mudah. Sangat berkesan.
  • Tidak berbau hanyir. Campurkan dengan mudah dengan minuman lain
  • Produk dari Korea
  • Gabungan logam berat rendah. SELAMAT
  • Marine Collagen- buat dari sisik ikan. Jadi tidak ada bau yang mencurigakan
  • Mengencangkan Kulit- Mengurangkan kedutan
  • Lebih kuat rambut, kuku dan tulang



Cara Pengambilan Joymix Pure Collagen powder (200g)

Masukkan 1 sudu PURE COLLAGEN POWDER ke dalam minuman kegemaran korang seperti kopi, teh, Milo & jus buah. Kalau aku selalu campurkan serbuk pure collagen ini ke dalam kopi dan minum pada waktu pagi atau petang. 


Review Joymix Pure Collagen powder

Walaupun dihasilkan daripada Marin Kolagen tetapi yang sangat best produk ini tidak mempunyai apa-apa bau hanyir atau rasa yang tidak enak. Boleh dikatakan tiada rasa langsung. Nak campur dengan apa-apa minuman pun okay saja. 

Setelah hampir 2 minggu minum Pure Collagen powder, antara perubahan yang aku dapat rasakan ialah kulit wajah nampak lebih segar walaupun tanpa mekap. 

Selain itu 1 botol Joymix Pure Collagen boleh tahan sehingga 2 bulan jika korang minum setiap hari. Aku dah nak masuk 3 minggu masih banyak lagi. Kalau nak lagi jimat korang boleh beli 2 botol sekali. Lagi jimat. 

Bukan aku sorang ja yang minum kolagen ini. Mak aku pun minum juga. Dan mak aku sendiri dapat rasakan perubahan seperti dia dah rasa kurang sakit sendi pada lutut. Dan kalau boleh nak aku beli lagi sebotol. 


Joymix Hello Bong (30 Sachet)

Kalau nak rasa keberkesanan produk ini baik untuk sakit sendi dan otot. Korang sangat digalakkan untuk minum Pure Collagen Powder bersama Hello Bong. Kombinasi dua produk ini sangat baik untuk mengurangkan rasa sakit sendi dan otot. 



Kebaikan Joymix Hello Bong 

  • mengurangkan kelesuan badan
  • mengurangkan radang sendi
  • mencegah penyakit kronik
  • mempercepatkan sistem pertumbuhan untuk badan dalam melawan penyakit
  • menyejukkan badan
  • menghilangkan nafas berbau
  • mengurangkan ”Hangover” (bagi yang bukan Islam), kesan selepas minum minuman beralkohol.


Golongan yang memerlukan Hello Bong :

  • Pesakit Arthritis - mempunyai sifat anti-radang yang akan memberi kelegaan kepada pesakit osteoartritis atau rheumatoid arthritis
  • Individu aktif atau atlet yang mengalami sakit otot kerana terlalu banyak bersenam atau aktiviti fizikal yang berlebihan 
  • Orang dewasa muda yang mengalami mabuk atau rasa mual yang berterusan
  • Orang yang mementingkan kesihatan yang ingin meningkatkan imuniti dan kekal sihat 


Cara Pengambilan Joymix Hello Bong 

Paling senang nak makan sebab tak perlu bancuh. Hanya koyakkan sahaja 1 sachet dan masukkan dalam mulut macam tu ja. Kemam yum yum.. Biasanya korang kena minum dahalu Pure Collagen Powder, setelah itu barulah makan Hello Bong.



Review Joymix Hello Bong 

Seperti yang korang lihat dalam gambar di atas, Hello Bong itu berbentuk serbuk berwarna kuning seperti kunyit. Mudah larut apabila dimakan. Rasanya pun sedap. Masam manis. Senang untuk dimakan dan sesuai untuk tekak kita. 

Packaging pun comel saja. Senang dibawah ke mana sahaja. Boleh makan bila-bila masa korang perlu. Setelah makan selama 2 minggu, aku dapat rasa perubahan yang ketara ialah aku lebih bertenaga dan badan tidak lesu seperti sebelum ini.

Aku kalau dah buat kerja menghadap laptop ini kadang sampai berjam. Jadi badan cepat lenguh dan lesu. Aku memang suka sangat dengan Hello Bong. Dari segi sakit sendi dan otot ada sedikit berkurang jadi kena minum secara konsisten. InsyaAllah.

Apabila minum produk ini kena banyak minum air juga. Supaya ia dapat menyerap dengan lebih berkesan ke dalam tubuh. Secara keseluruhan produk ini sangat baik untuk kesihatan tubuh dan kecantikan. 

Oklah, untuk info lanjut tentang produk JoyMix ni bolehlah layari :-

IG : @joymixsb

JoyMix Hello-Bong
Harga
RM 77.00

JoyMix Pure Collagen Powder
Harga 
RM 98.00 (1 botol)
RM 150.00 (2 botol)

تعليقات

  1. baru tahu kolagen untuk sendi dan otot, selama ni ingat untuk kulit muka je hihi

    ردحذف
    الردود
    1. haha samalah.. dulu ingat fungsi kolagen nie utk kecantikan saja

      حذف
  2. tak ada gula. guna erythritol , jenis sweetener yang zero calorie. rasa manis macam gula biasa tapi tak ada calorie. sesuai utk orang diabetik.

    ردحذف
  3. bukan gula. guna Erythritol. zero calorie. selamat bagi orang diabetik. from JOYMIX.

    ردحذف
  4. kalau istiqamah and serasi teruskan sahaja. tapi apa-apa pun kena byk minum air

    ردحذف
  5. kecil saiznya 500-1500, mudah diserap oleh tubuh la camtu. terbaik

    ردحذف
  6. collagen bagus utk kecantikan dan kesihatan kan

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...