Assalamualaikum
Bismillah
Kita tahu bahawa ais krim adalah sejenis makanan yang sedap untuk dimakan terutama pada waktu panas. Namun, aiskrim juga dapat digunakan sebagai salah satu alat untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep mengira dalam Matematik.
Aktiviti ini dilakukan dengan membina sebuah kon aiskrim sekali gus melatih kanak-kanak dalam kemahiran mengira (counting skills).
- Kertas lukisan
- Kertas berwarna coklat
- Kertas warna (3 jenis warna)
- Gam
- Gunting
- Pensel
- Pen marker
Cara Aktiviti Dilakukan
1. Gunting 9 helai kertas berwarna coklat bersaiz segi tiga. Pastikan size kon aiskrim betul-betul muat di atas kertas lukisan nanti.
2. Gunting 45 keping kertas berwarna (3 jenis warna) bersaiz bulat.
3. Nomborkan kon segi tiga daripada 1 sehingga 9 menggunakan pen marker.
4. Gam kertas kon tersebut di atas kertas lukisan mengikut urutan nombor menaik.
5. Bimbing kanak-kanak untuk gamkan bilangan "scoops" aiskrim mengikut nombor yang telah ditulis.
Mudah sahaja kan?
Korang boleh ajar kanak-kanak mengira mengikut bilangan scoops aiskrim tersebut.
Apabila kanak-kanak boleh menjawab dengan baik, belanjalah sedikit aiskrim hehe~
Aktiviti ini dapat meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar kerana kanak-kanak secara semula jadinya suka belajar sambil bermain.
Semoga bermanfaat! :)
Thanks Nurul. Nice sharing. teringat cerita kecik2 dulu yang ada Siti Sifir kira2 sifir pakai sumi hihi
ردحذفwahh kreatif.. kira pakai sumi hehe :)
حذفmenarik... boleh buat aktiviti ni dengan anak-anak nanti...
ردحذفyeaa... boleh cuba kat rumah :D
حذفcomel aiskrimnya, kalau aiskrim betul mesti lagi best masa belajar :P
ردحذفhahaha kalau aiskrim betul2 mesti dah lama cair hehe
حذفkreatif jugak ni
ردحذفأزال المؤلف هذا التعليق.
ردحذفRabia boleh try buat aktiviti ini
ردحذفKreatif! Boleh suggest pada cikgu math...
ردحذفbest klu masuk class dpt cikgu math yg creative mcm ni
ردحذفinshaa allah boleh ajar anak nanti :) menarik utk perkembangan otak kanak2
ردحذفmenarik aktiviti pembelajaran mcm ni..lagi2 dengan anak2 tahap 1 atau pun pra sekolah :)
ردحذف