Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran [OST Drama Cinta Hati Batu]

Assalamualaikum
Bismillah


[Lirik Lagu Kata Akhirmu - Ariff Bahran]

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku membuktikan
harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku persembahkan

cinta yang kau pinta
menurut telahanmu

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

harus bagaimanakah lagi
cara untuk aku meruntuhkan
egomu yang sering menggunung
dan menolakku jauh darimu

dimanakah ia
tempatku dihatimu

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
demi cintaku
kucoba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu sayang

takkan pernah ku mengalah
untuk menjadi yang terbaik

tak mungkin ku cuba untuk mensiakan rasa ini
walaupun ku tak pernah merasai
sedikit kasih darimu

tak mungkin ku sekalipun akan mengalah
demi cintaku
kucoba tuk menjadi yang terbaik
hanya untuk dirimu

andai kau menyedari
besarnya cinta ini
dan ku terus menanti
kata akhir darimu


Performed by : Ariff Bahran
Composer : Rudy Kasmaran & Jimmy Asmara, Sang Hitam
Lyricist : Rudy Kasmaran & Sang Hitam
Producer : Bratt Bob
Publisher : Rusa Marketing Sdn Bhd

Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Papar.

Assalamualaikum
Bismillah

Agak lama juga kan tak sharing something di blog. Ini cerita semester lepas punya. Aku hanya berkongsi pengalaman selepas menjalani Program Sehari Bersama Kanak-Kanak di Rumah Kanak-Kanak Beringgis, Papar. Selepas mengikuti program ini aku berfikir tentang perkara yang paling menyedihkan bagi aku sebagai seorang pelajar. 


Apabila kita ada ilmu, tetapi kita tidak dapat mempraktikkan apa yang kita pelajari. Kita hafal pelbagai jenis teori tetapi apabila berhadapan dengan situasi tersebut kita hanya terkedu tanpa dapat memberi sebarang pertolongan.

Belajar psikologi selama hampir 3 tahun ini membuatkan aku bermuhasabah diri. Ya Allah, betapa ilmu yang kita ada ini ibarat ink pen yang dititiskan di lautan yang luas. Terlalu sedikit. 

Betapa jahilnya kita dalam pelbagai aspek kehidupan. Itu baru ilmu psikologi, belum termasuk ilmu akidah, akhlak, tajwid, muamalat, sains, matematik dan banyak lagi.

Dan hari ini aku rasa mahu menangis. Andai sahaja aku mampu beri lebih daripada DOA. Sejak aku mengikuti program tersebut di rumah kanak-kanak, akhirnya aku sedar ilmu psikologi yang dipelajari itu tidak cukup sekadar teori sebenarnya. 

Malahan apabila kita betul-betul memahami, kita akan dapat lebih daripada itu. Sangat banyak walaupun daripada ucapan seorang kanak-kanak.

Teringat aku semester sebelum ini kami belajar tentang "Dysfuctional Family" dalam erti kata lain, "Keluarga Bermasalah". Dan fokus kami adalah kanak-kanak.

Dysfuctional family is a family that is not function where there's a conflicts, misbehavior in a family members that occurs continually. Mostly the victim are children.

Apa kesan jangka pendek dan jangka panjang kanak-kanak dalam keluarga bermasalah ini? Apabila kita biarkan kanak-kanak tersebut, apabila mereka dah besar, kemungkinan besar untuk mereka mengulangi kesalahan yang sama dilakukan oleh ibu bapa mereka.

Sedih sebenarnya, semasa sesi luahan ada kanak-kanak yang diabaikan oleh ibu bapa mereka, ada yang ibu bapa dah bercerai, ada juga yang menjadi mangsa penderaan fizikal dan seksual. Masya'Allah. 

Bayangkan ujian yang mereka hadapi tidak sama dengan kanak-kanak yang lahir daripada keluarga yang kurang bermasalah. Ada kanak-kanak yang bertekad untuk membalas dendam terhadap keluarga mereka kerana menyebabkan mereka terumbang-ambing begitu. 

Ada juga yang mahu membuktikan bahawa mereka mampu hidup berdikari tanpa sokongan daripada keluarga sendiri.

Dan paling menyedihkan rumah kanak-kanak tersebut hanya menanggung mereka sehingga 18 tahun sahaja. Dan apabila mereka keluar dari sana mereka terpaksa hidup sendiri. 

Dan ada yang berat hati terpaksa pulang ke pangkuan ibu bapa yang mempunyai masalah seperti seorang yang kaki pukul, kaki mabuk dan macam-macam jenis lagi.

Aku tak tahu nak kongsi macam mana lagi tentang pengalaman selama 2 hari 1 malam tersebut. Sungguh! Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Dan hari ini juga aku lihat satu-persatu keluarga aku. Walaupun ada kala berlaku salah faham dalam keluarga, alhamdulillah aku tahu, masalah yang aku hadapi tidak seperti mereka hadapi.

Ada banyak perkara dalam hidup ini yang tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Setiap cerita kita tidak sama, setiap memori, pahit manis suka duka kita tak sama. Setiap apa yang berlaku yakinlah Allah tidak akan memberi ujian melebihi batas umatNya.

Cuba lihat susah payah kita dahulu yang kita rasa pada masa itu kita tak mampu untuk menghadapinya, tetapi Allah permudahkan segalanya.

SYUKUR..

Ya, sifat syukur itu yang kita susah nak terapkan dalam diri kita. Kita meminta, meminta dan terus meminta, tetapi jarang sekali bersyukur tentang apa yang Allah dah anugerahkan kepada kita. Kita rasa bahawa kita punya masalah yang besar, tetapi sebenarnya ada orang yang punya masalah yang lebih besar daripada kita.

Tidak kiralah betapa besar masalah dalam keluarga. Bersyukurlah, kerana kita masih ada ibu bapa yang sangat prihatin, sayang dan ambil berat terhadap kita. Once Allah tarik nikmat tersebut, kita takkan dapat merasai lagi kasih sayang itu.


Tips Cinta: Jatuh Cinta Dengan Kawan Sendiri

Assalamualaikum
Bismillah

Hubungan cinta biasanya bermula dengan ikatan persahabatan. Kita dapat mengenali pasangan dengan lebih baik melalui jalinan persahabatan yang dibina. Namun, apabila kita mula merasa bibit-bibit cinta itu telah hadir terutama sekali apabila kita jatuh cinta dengan kawan sendiri, susah juga sebenarnya mahu menghadapi perasaan tersebut.


Sebelum ini kita mungkin agak selamba ketika bersama dengan si dia, berubah menjadi seorang yang agak pemalu dan kekok. Persoalan yang bermain diminda apabila kita mula jatuh hati dengan kawan sendiri adalah:
  • Kita berfikir adakah perlu menyatakan perasaan yang sebenar ataupun berdiam diri sahaja?
  • Bagaimana kita hendak membawa perhubungan sebagai rakan itu ke tahap yang lebih istimewa?
  • Adakah cinta kita hanya bertepuk sebelah tangan?
  • Apa yang kita patut harapkan dan apa pula yang harus dilakukan?
Apa yang pasti, kita tidak mahu merosakkan perhubungan yang sedia ada. Oleh itu, confirmkan dulu perasaan itu. Salah satu sebab seseorang jatuh cinta dengan kawan sendiri kerana berasa dia juga mempunyai perasaan yang sama. Sebelum kita berfikir begitu, pastikan kita membaca tandanya dengan betul dan berhati-hati.

Tanda Si Dia Jatuh Cinta : 
1. Dia sering cuba untuk menarik perhatian kita.

2. Berasa selesa dan banyak bergurau dengan kita walaupun di hadapan rakan lain.

3. Tidak berminat dengan lelaki/perempuan lain.

4. Banyak bertanya mengenai apa yang kita suka dan tak suka.

5. Menunjukkan rasaa ingin tahu tentang peribadi, minat, impian ataupun latar belakang keluarga

6. Memperkenalkan anda kepada sahabat si dia yang lain.

7. Banyak meluangkan masa dengan anda dan sentiasa punya masa untuk anda walau sibuk macam mana sekalipun

8. Menunjukkan rasa prihatin dan risau tentang diri anda

9. Menunjukkan rasa cemburu apabila anda cuba mendekati perempuan/lelaki lain.


Persediaan sebelum meluahkan perasaan 

Sebelum luahkan perasaan, kita kena pastikan bahawa kita dah betul-betul bersedia untuk menerima apa sahaja jawapan yang bakal diterima. Jika kita meluahkan kepada kawan baik tentang perasaan suka kita padanya dan dia pun merasakan perasaan yang sama, sememangnya berbaloi kita memberitahunya. 

Namun jika dia tidak mempunyai perasaan yang sama, sudah tentu kita akan kecewa dibuatnya malah mendapat malu pula. Siap sediakan diri anda dengan sebarang kemungkinan. Jikalau kita merasakan bahawa dialah perempuan/lelaki pilihan hati, ketepikan ego dan rasa ragu. Yakin dengan diri sendiri.

Selepas kita bersedia dari segi mental, pastikan pula anda tahu apa perlu dikatakan walau apa pun jawapannya. Kuncinya adalah sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Untuk memberitahunya, pastikan kita memilih masa dan tempat bersesuaian yang dia selesa dan mudah faham apa yang kita beritahu.

Semasa Meluahkan Perasaan

1. Cuba berada dalam keadaan yang tenang dan relax.

2. Beritahulah dalam keadaan yang bersahaja dan jangan terlalu serius seperti ia satu pengumuman yang sangat penting.

3. Bersedia maafkan dia jika reaksinya tidak seperti yang kita harapkan.

4. Berilah dia masa untuk berfikir dan jangan kelihatan memaksa.


Reaksi Si Dia 

1. Dia juga suka
Mutual feeling is the best feeling! Perasaan apabila cinta diterima rasa hati seperti melayang-layang di awangan. Hahaha~ Jangan berhenti berusaha dalam perhubungan setakat di situ saja. Buktikan kita bukan main-main dan serius.

Namun, janganlah terlalu serius dan berilah dia sedikit ruang untuk memproses peralihan jalinan ini. Jangan pula bertindak seperti kita tahu semuanya tentang dia kerana sebelum ini adalah kawan baik. Kenalinya dengan lebih mendalam dan bersedialah dengan soalan rakan-rakan lain yang akan bertubi-tubi datang.

2. Dia tidak suka
Ada besar kemungkinan juga yang dia tidak akan sukakan kita seperti kita menyukainya. Jika dia hanya boleh berkawan dengan kita, terimalah dengan tabah dan terbuka. Mungkin si dia hanya selesa berkawan dengan kita dan tidak lebih daripada itu.

Mungkin kita akan berasa janggal setelah meluahkan perasaan terhadap si dia. Tetapi jikalau dia boleh berlagak selamba dan masih menganggap kita sebagai seorang kawan baik jangan pula terus memutuskan ikatan persahabatan yang sedia ada. Mungkin itu petanda bahawa dia bukanlah jodoh kita. 

Move on dan teruskan kehidupan. Ada kalanya mencintai itu tidak semestinya memiliki.

Hastag #tipscinta #tipscaripasangan #carijodoh

Kes Dera Kanak-Kanak Berumur 9 Tahun, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah

Assalamualaikum
Bismillah

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kes kanak-kanak yang bunuh diri akibat dituduh mencuri iPhone milik cikgunya. Dan kes terbaru pula adalah kanak-kanak perempuan berumur 9 tahun (Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah) yang didera oleh ayahnya sehingga meninggal dunia.



Masya'Allah. Aku rasa manusia sekarang semakin hilang rasa keperimanusiaan dalam diri. Tak tahu nak komen apa. Yang lebih menyakitkan apabila seorang ayah yang bergelar askar tergamak mendera anak perempuannya sendiri.

Laporan akhbar mengatakan:

Bedah siasat mendapati kanak-kanak terbabit cedera pada buah pinggang, selain usus terkoyak dan patah tulang rusuk, dipercayai akibat dipukul dengan objek tumpul.

Ada kalanya aku berfikir, "Tiada rasa belas kasihankah terhadap anak sendiri?" 

Allahu. Semoga Allah jauhi kita daripada melalukan perbuatan yang sedemikian. 


Resepi Viral Oreo Goreng

Assalamualaikum
Bismillah

Honestly, aku susah juga nak percaya ada pula orang goreng oreo ya? hahaha~ So i decided to try this resepi. Agaknya apalah rasa oreo yang digoreng tue ya? hehe~ Kalau nak tahu apa rasa dia, ikuti Resepi Viral Oreo Goreng ini.


Sedap tau. Rasa macam kek coklat ja. Lembut berkrim~

Bahan-Bahan

1. 15 biji oreo (sejuk beku)
2. 1 cawan tepung gandum
3. 200ml susu cair
4. 2 sudu mentega
5. 1 biji telur
6. 1 sdt baking powder
7. Secubit garam
8. Minyak masak

Cara membuatnya: 

1. Cairkan mentega dan campurkan tepung dan susu cair.
2. Kemudian masukkan telur, baking powder dan secubit garam
3. Blender semua sekali sampai tak berketul
4. Oreo mesti dalam keadaan sejuk (kalau beku lagi best, kalau tak sejuk nanti lembik sikit lepas goreng)
5. Panaskan minyak macam nak goreng pisang.
6. Celupkan oreo dalam adunan tadi
7. Goreng kekuningan.
Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba!
© all rights reserved
made with by templateszoo