التخطي إلى المحتوى الرئيسي

Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?

Assalamualaikum
Bismillah


Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?
Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/

1. Psikologi Adalah Ilmu Tentang Pemikiran & Tingkahlaku Manusia

Apa yang aku maksudkan adalah bidang psikologi ini merupakan kajian saintifik tentang pemikiran dan tingkahlaku manusia. Ilmu psikologi ini ada banyak dan tidak tertumpu kepada satu aspek sahaja. Ada psikologi kognitif, psikologi neurosains, psikologi behaviourisme, psikologi abnormal, psikologi perkembangan & psikologi industri & organisasi.

Di Universiti Malaysia Sabah (UMS) ada menawarkan 4 bidang Psikologi iaitu :
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Industri Dan Organisasi)
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Pembangunan Belia Dan Komuniti)
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kaunseling)
  • Ijazah Sarjana Muda Psikologi Dengan Kepujian (Psikologi Kanak-Kanak Dan Keluarga)

Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?
Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/ 

2. Psikologi Menggunakan Kaedah Saintifik

Salah satu mitos terbesar apabila ada yang menganggap bahawa PSIKOLOGI ADALAH COMMON SENSE. Dalam mempelajari ilmu psikologi, kami belajar tentang kaedah saintifik dalam mengkaji tentang tingkahlaku manusia. Psikologi banyak bermain dengan Teori. 

Apabila kami ingin mengaitkan sesuatu tingkahlaku tersebut tidak boleh main sedap mulut sahaja buat rumusan yang manusia berkelakuan begini disebabkan oleh ini. 

And believe me or not. Dalam mempelajari ilmu psikologi anda akan juling mata menghadap jurnal-jurnal terbitan daripada luar negara mahupun dalam negara, membuat banyak kajian dan eksperimen, sentiasa berhadapan dengan kajian pemerhatian, soal selidik dan temu bual.

Kalau adik-adik semua mengambil aliran sains semasa SPM, dulu pernah belajar tentang apa itu hipotesis, pembolehubah, procedure dalam membuat kajian eksperimen. Dan dalam psikologi pun, benda ini yang kalian akan hadap sepanjang semester. Psikologi bergantung dengan kajian saintifik untuk menjawab sesuatu persoalan kajian. 


3. Psikologi Melihat Kepada Pelbagai Perspektif

Dalam menjawab sesuatu topik atau persoalan, psikologi akan melihat kepada pelbagai sudut pandangan. Sebagai contoh, Pengaruh Media Dalam Kalangan Kanak-Kanak Terhadap Tingkahlaku Agresif.

Dalam mengkaji pengaruh media dalam kalangan kanak-kanak, sebahagian akan melihat daripada aspek biologi seperti kanak-kanak yang mewarisi sifat agresif atau panas baran daripada ibu bapa.

Dalam perspektif behaviorisme pula, kanak-kanak cenderung untuk meniru perbuatan atau kelakuan seseorang yang dilihatnya. Dan ada banyak lagi perspektif yang harus diambil kira dalam psikologi.

4. Psikologi Mempunyai Peluang Kerjaya Yang Luas

Sebenarnya agak meyinggung perasaan juga apabila ada segelintir individu yang berkata "Psikologi tidak mempunyai banyak peluang pekerjaan" Hahaha. Tak belajar maka anda takkan tahu.

Aku memohon kerana minat. Aku tidak kisah pun sama ada bidang itu mempunyai permintaan kerja atau tidak. Aku tidak pernah belajar kerana untuk kerja. Insya'Allah rezeki pekerjaan itu akan datang yang penting kita berusaha. 

Psikologi merupakan satu bidang yang luas serta boleh dipecahkan kepada beberapa pengkhususan. Bagi mereka yang khusus kepada psikologi kaunseling, biasanya kaunselor membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang berkaitan sama ada dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun pelarasan yang lebih baik perlu dilakukannya. 

Bagi mereka yang melibatkan diri dalam bidang psikologi klinikal pula, mereka perlu menilai dan merawat pesakit yang mengalami masalah psikologi. Mereka menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dengan memberi kaunseling dan terapi. Selain itu, ahli psikologi sentiasa bekerjasama dengan doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah pesakit. 

Bidang psikologi pendidikan pula menawarkan kaunseling dan bantuan kepada pelajar remaja bermasalah di bidang pelajaran dan perkembangan tingkah laku. Mereka ini sentiasa memberi kerjasama kepada klien iaitu pelajar, guru dan ibu bapa. 

Sementara bidang psikologi industri dan organisasi melibatkan permasalahan berhubung perlakuan organisasi dan pekerja. Bidang ini menyentuh hal berkaitan antaranya, kepuasan dan tekanan bekerja, dinamika kumpulan, masalah kesatuan sekerja, kepemimpinan dan pengaruh, prejudis dan diskriminasi dalam organisasi, perkembangan organisasi, latihan dan pembangunan kerjaya. 

Bidang psikologi menjanjikan peluang kerjaya yang cukup baik sama ada di sektor awam, swasta atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Bukan itu sahaja, anda boleh berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial, pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, pegawai perjawatan, eksekutif sumber manusia, eksekutif latihan dan perunding. 

Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?
Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/ 

5. Psikologi Ada Di Sekeliling

Salah satu yang menarik minat aku untuk mempelajari psikologi adalah kerana ilmu psikologi itu ada disekeliling. Tidak terhad di dalam makmal, kelas ataupun kuliah. Prinsip psikologi dapat dilihat dalam kehidupan seharian kita.

Dalam bidang yang aku ambil sendiri iaitu Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, ada banyak perkara yang dapat dilihat. Bermula daripada perkembangan bayi sehinggalah tua. 

Apabila belajar tentang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga, maka anda akan berfikir 10 kali untuk bekahwin awal. Hahaha Sebab untuk membina sebuah keluarga itu bukan senang, nak jadi parents pun bukan senang. Banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Persiapkan diri dengan ilmu sebelum berkahwin. Ilmu parenting itu penting.

Dah banyak kes kita dengar tentang perceraian, penderaan kanak-kanak & warga emas, pembuangan bayi, Kanak-Kanak HIV & AIDS, stres di tempat kerja, peningkatan dalam kes jenayah rogol. Semua ini ada kaitan dengan psikologi. 

6. Psikologi Dengan Teori Berpisah Tiada

Apabila anda mula mempelajari bidang psikologi, maka bersiap sedialah untuk mengenali semua tokoh-tokoh dalam psikologi. Dengan mengenali tokoh psikologi, anda akan memahami konsep serta teori yang diperkenalkanoleh tokoh tersebut. Sebagai contoh, Albert Bandura terkenal dengan Social Learning Theory dimana seseorang itu belajar daripada pengalaman, pemerhatian, peniruan dan modeling. 

Manakala Jean Piaget terkenal dalam perkembangan kognitif, dimana beliau menyatakan bahawa seseorang individu itu akan melalui 4 peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu sensorimotor, preoperational, concrete operational and formal operational. 

Mungkin ada yang berpendapat bahawa teori dalam psikologi itu hanya sekadar teori dan tidak diaplikasikan dalam kehidupan. Di sini aku akan tekankan bahawa psikologi dengan teori itu tidak dapat dipisahkan. Apa jadi sekiranya kita pisahkan? Maka, anda akan digelar sebagai seorang yang hanya bercakap kosong tanpa bukti & fakta. 

7. Psikologi Belajar Tentang Tingkahlaku Normal & Abnormal

Apabila menyebut tentang psikologi, ramai yang kaitkan dengan psikologi abnormal seperti Obsessive Compulsive Disorder (OCD), Personality Disorder, Narcissistic Personality Disorder, Phobias, dan lain-lain.

Memang betul dalam psikologi ada belajar tentang psikologi abnormal tetapi kami juga banyak mempelajari tentang tingkahlaku normal. Apa yang menarik tentang Semester 4 ini, apabila kami belajar tentang Asas Perubahan Tingkah Laku, di mana kami mempelajari tentang tingkah laku berlebihan, defisit dan juga normal. 

Tugasan kumpulan kami iaitu melakukan pemerhatian terhadap subjek yang korang pilih serta kenal pasti tingkahlaku tersebut. Contohnya, tingkahlaku berlebihan subjek iaitu suka menonton Running Man sambil ketawa terbahak-bahak. 

Tingkahlaku ini dikenali sebagai berlebihan sebab ia melebih-lebih sehingga mengganggu orang sekeliling yang mahu belajar misalnya. So, kami diminta untuk memilih teknik untuk mengurangkan tingkahlaku tersebut supaya subjek kurang atau memperlahankan volume suaranya apabila menonton movie. 

Contoh bagi tingkahlaku defisit pula, subjek malas mencuci pinggan selepas makan. Tingkahlaku ini disebut sebagai defisit kerana tingkahlaku mencuci pinggan itu tidak kerap dilakukan. Maka, kami diminta untuk mencari teknik modifikasi yang sesuai untuk meningkatkan tingkahlaku subjek supaya kerap mencuci pinggan selepas makan. 

Apa Yang Aku Belajar Dalam Psikologi?
Sumber Image: https://eduadvisor.my/psychology/ 

"We Share, We Care"- Child & Family Psychology. 
Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat memberi manfaat kepada semua orang


Sebarang pertanyaan boleh terus hubungi di :
  • email nurulatikayunus23@gmail.com 
  • Instagram : https://www.instagram.com/ciknurul23/ 

تعليقات

  1. seronok belajar psikologi. kalau ada chance nak amik master related tu psychology subject

    ردحذف
    الردود
    1. Yea.. mmg best Nurul Rasya :D
      Kalau nak ambik Master terus tak pastilah pula

      حذف
  2. saya pun minat bidang psikologi actually, eksaited nk tahu dengan lebih mendalam lagi pasal ni. maybe oneday boleh amik bidang ni. :))

    ردحذف
    الردود
    1. Insya'Allah Izzah. Kalau berminat boleh ambik bidang Psikologi nanti :D

      حذف
  3. Woow..bagus tu..saya bidang penjagaan dan pendidikan awal kanak2

    ردحذف
    الردود
    1. Bestnyaa Rabiahtul.. sy pun minat juga tue,,

      حذف
    2. Saya baru dapat tawaran bidang psikologi kanak kanak dan keluarga. Nervousnyaa :')

      حذف
    3. Tahniah! Semoga Allah permudahkan segalanya..

      حذف
  4. Kenal tak mana2 child psychologist kat malaysia?

    ردحذف
    الردود
    1. Salah satu Child Psychologist yg dikenali adalah Dr Azlina Wati (Psikologis klinikal), Puan Farah Farhana (Terapis Pertuturan), Aiman Amri (Terapis Autisme)

      حذف
  5. Dulu belajar kat mane ye? Sebab cadang nk ambik course ni kat time degree nnty

    ردحذف
    الردود
    1. Kalau nak ambik course psikologi ada di Universiti Malaysia Sabah

      حذف
  6. Salam,cik nurul tgah belajar bidang pikologi kaa dah habis?

    ردحذف
    الردود
    1. W'salam.. Sy dah habis belajar .. Sy graduate tahun lepas 2018..

      حذف
  7. Sy lepasan spm2018.nak tanya,kalau sy nk ambik bidang psikologi klinikal, macam mane ye?

    ردحذف
    الردود
    1. Sebelum nak ambil bidang psikologi klinikal kena ambil ijazah dlm bidang psikologi dahulu.

      حذف
    2. Dia kena ambil ijazah bidang psikologi yg general je ke? Kalau drpd bidang kaunseling?

      حذف
    3. Dia tidak kisah Ijazah bidang psikologi kaunseling, psikologi kanak-kanak & keluarga ke, asalkan Ijazah dalam psikologi.. Kaunseling itu adalah salah satu bidang dalam psikologi. Mcm sy ambil bidang psikologi kanak-kanak & keluarga. Ada yg ambil bidang psikologi industri & organisasi.

      حذف
  8. Apa result SPM yg layak utk ambil bidang psiklologi?

    ردحذف
    الردود
    1. sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
      Matematik/Matematik Tambahan
      Sains/Biologi/Fizik/Kimia
      Bahasa Inggeris

      حذف
  9. hi.. i graduated in 2018(spm).. im thinking for taking psychology course because ive been attracted to this field.. after finishing the psychology programme in university what will i be doing next?

    ردحذف
    الردود
    1. It will depends on what course you choose in University. What you want to be after graduated in U? If you want to be a counselor then you can choose degree in counselling. Everything is depends on you because in U, you are not learn psychology in general then after that you can be psychologist as you want. There are lot of subcourse in psychology and you must choose one. Whether you to take child psychology, counselling, industrial psychology etc.

      حذف
  10. Sayaa minat sgt dgn bidang ni T^T cuma saya keliru..kalau bole saya nak ambk psikologi klinikal tapi saya tak thu lps spm apa yg saya perlu buat, mana saya nak pergi.. akak terangkan bole? :(

    ردحذف
    الردود
    1. Sebelum nak ambil bidang psikologi klinikal kena ambil ijazah dlm bidang psikologi dahulu..

      Mana hala tuju nak pi tu sy tak bole nak tetapkan.. Cuma kalau betul2 b'minat dlm bidang psikologi d'ums yg penting sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
      Matematik/Matematik Tambahan
      Sains/Biologi/Fizik/Kimia
      Bahasa Inggeris...

      Dan bole sambung samada STPM, Matriks, asasi atau diploma dlm psikologh

      حذف
    2. kalau tak belajar addmath , bio,fizik,kimia still boleh ambil course psikologi tak ?

      حذف
  11. Kak, Saya lepasan stpm. Sy dh dpt twrn untuk smbung dlm fakulti sy minat iaiatu fakuti psikologi kaunseling di ums. Persoalan sya, nnti Kat ums,
    1.apa subjek yg belajar?
    2.apa kerja kursus yg diberi?
    3.ada tmpt tinggal Tak Sana?
    4.berapa Kos pmbelajaran sepanjang Kat Sana?

    Hehe tq��

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah, Tahniah kerana telah berjaya masuk UMS di Fakulti Psikologi & Pendidikan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Psikologi (Kaunseling). Kalau psikologi kaunseling akan belajar 8 semester iaitu 4 tahun.

      1. Belajar subjek apa?
      Banyak subjek yg akan dipelajari. Adik akan belajar dari teori sehinggalah praktikal secara mendalam. Ini ada link utk beberapa subjek yg akan dipelajari
      https://ciknurul23.blogspot.com/2018/09/subjek-yang-dipelajari-dalam-psikologi.html tetapi tidak semua adik akan belajar kerana kita dlm sub bidang yg berbeza.

      2. Kerja Kursus/Assignment
      Setiap subjek akan ada tugasan individu dan kumpulan yg akan diberi. Semasa kelas tutorial ada penyarah yg membuat kuiz atau ujian. Bergantung dgn pensyarah. Ada pembentangan, midterm dan final exam.

      3. Tahun pertama di UMS akan diberikan tempat tinggal (wajib tinggal hostel). Pada tahun kedua pelajar akan memohon secara online kembali utk tinggal di hostel.

      4. Kos pembelajaran (yuran utk pertama kali masuk) boleh lihat di laman rasmi UMS. Sy pun tak ingat dah. Setiap semester yuran akan dipotong secara automatik melalui pinjaman ptptn. Sekiranya tidak memohon ptptn, adik kena bayar sendiri secara online. Segala maklumat mengenai yuran atau kos pengajian boleh lihat di page UMS sendiri.

      Semoga membantu.

      حذف
    2. Asslm akak ... Boleh tak sye nk tanye tentng masalah sye ... 😊

      حذف
  12. Hai, nak tanya .. Ada temuduga ka untuk masuk bidang psikologi di ums ni atau di pilih secara rawak? Sebab dlm permohonan utk program psikologi d ums adalah program bertemuduga ..

    ردحذف
    الردود
    1. Hanya psikologi kaunseling sahaja yg ada temuduga.. Utk psikologi kanak-kank dan keluarga, psikologi industri & organisasi pemilihan adalah berdasarkan syarat kelayakan dan bilangan kuota yg masih kosong.

      حذف
  13. Aslm slalu nya temuduga dalam bhasa apa?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam. Sy kurg pasti sbb sy tidak ambik kaunseling. Rasanya Bahasa Melayu

      حذف
  14. Hi, nak tanya.. Ada tak kwn2 kakak yg pernah menjalani temuduga psikologi kaunseling dahulu? Klau bole nak minta sharekan tips atau contoh2 soalan yg bakal ditanya masa temuduga tu nanti sb sy bakal menjalani sesi temuduga tak lama lagi �� jadi nervous sikit sb tak pasti soalan apa yg bakal ditanya nti.

    ردحذف
    الردود
    1. Ada x di tetapkn tarikh bila awak pergi temuduga?atau terpulang dgn calon utk temuduga diantara 2 tarikh tu?

      حذف
    2. Takda pula,, cuma diberitahu yg tarikh temuduga tu pada 16-17 mei saja kalau bahagian sabah pnya (sb ada 3 bahagian, sabah swk, semenanjung tpi pd tarikh yg berbeza

      حذف
    3. Salam, tentang soalan temuduga kaunseling sy akan cuba tanya kawan yg ambil kaunseling. InsyaAllah kalau dapat sy share kat blog esok ya. Maybe malam gitu. Semoga takda halangan :)

      حذف
    4. Thank you kak :D, kalau bole, bole tak tlg tnya kwn kakak mcm mna mereka memperkenalkan diri mksud sy apa point2 yg mereka bagitau? Hehe,, thanks kak :D

      حذف
  15. Baca di sini untuk mengetahui lebih lanjut tentang TEMUDUGA CALON IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI KAUNSELING DI UMS :

    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/05/temuduga-calon-ijazah-sarjana-muda.html

    ردحذف
  16. Assalam
    Sy nk tanye... Bidang psychology ni subjek apa kena lulus yer? Sbb sy amik stpm... Tp bukan aliran sains...

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam

      Kelayakan Minimum STPM
      Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.50 pada peringkat STPM dan sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :

      - Matematik/Matematik Tambahan
      - Sains/Biologi/Fizik/Kimia
      - Bahasa Inggeris
      - Tahap 2 (Band 2) dalam MUET

      حذف
    2. Assalamualaikum kak. saya nak tanya. if saya drop addmath, saya masih berpeluang ke untuk ambil bidang psikologi di uni?

      حذف
  17. Assalamualaikum . Saya nak tanya . Bidang psikologi ni untuk yang ambik sains tulen je ke ? Kalau ambik bidang sains sukan , boleh mohon ?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam.. Tidak semestinya.. Apa2 bidang masa SPM pun boleh yg penting :

      sekurang-kurangnya Gred C pada peringkat SPM bagi subjek :
      -Matematik/Matematik Tambahan
      -Sains/Biologi/Fizik/Kimia
      -Bahasa Inggeris
      -Tahap 2 (Band 2) dalam MUET

      Boleh pilih samada nak sambung STPM, Matrik/Asasi atau Diploma

      حذف
  18. Hi.. di mana boleh ambil diploma psikologi di malaysia untuk ipta?

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh klik link ini :

      http://kalaumencarikerja.blogspot.com/2015/01/universiti-kolej-di-malaysia-yang.html

      حذف
  19. Assalamualaikum.. Sy nk tnya boleh ke sy further study utk master in psychology klu background diploma n degree sy in office mgt n office system? Boleh ke trus amek master in different field? Atau mmg kne amek degree dlu bru bole smbung master in psychology?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam, apa yg sy tahu kalau nak sambung master at least ada degree dlm bidang psikologi baru boleh ambil master bidang psikologi. Apapun boleh search google, mungkin ada certain Uni or collenge yg ada syarat kelayakan gtu..

      حذف
  20. Hi..saya nak tanya..masa spm saya tidak ambil subjek bio tapi ambil fiz & kimia .masih ade layak ke ambil psikologi?

    ردحذف
    الردود
    1. yeaa.. yg penting kredit bagi salah satu subjek sains :)

      حذف
  21. Hai, nak tanya, apa cabang kerjaya yang boleh kita apply in course psychology and counselling

    ردحذف
    الردود
    1. anda boleh berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial, pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, pegawai perjawatan, eksekutif sumber manusia, eksekutif latihan dan perunding.

      حذف
    2. Kalau nak jadi pensyarah tu kene ada master la kan? Any kerjaya yang berkait dengan goverment tak?

      حذف
  22. Assalamualaikum akak. Boleh tak kalau saya amik foundation in arts lepastu sambung degree in psychology. Lagi satu, boleh saya tahu apa pekerjaan akak sekarang ni setelah graduate?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam.. kena tgok syarat kelayakan juga. Mcm kat UMS dia akan tgok keputusan SPM sains, maths & BI, serta CGPA.. Sy tidak bekerja..

      حذف
  23. Hi sis Nurul. Saya student deg. psikologi industri. Sis boleh bantu untuk tajuk thesis yg sesuai related to course sy?

    ردحذف
    الردود
    1. Hai.. Alamak sy ambil psikologi kanak2 dan keluarga. Kalau IO sy kurg pasti, bole email sy di nurulatikayunus23@gmail.com ... Nti sy cuba tanya kwn yg ambik IO..

      حذف
  24. Assalamualaikum.. Nak tanya, psikologi kaunseling tu camna ya ?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam... Psikologi Kaunseling tertumpu pada menyediakan rawatan terapeutik kepada klien yang mengalami pelbagai gejala. Ia juga merupakan salah satu bahagian khusus yang terbesar dalam bidang Psikologi. Mereka bekerja dengan pelbagai jenis individu, termasuk mereka yang mengalami kesusahan dan kesukaran yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa hidup dan peralihan, membuat keputusan, kerja/kerjaya/pendidikan, Keluarga, hubungan sosial, kesihatan mental dan masalah kesihatan fizikal.

      حذف
  25. Assalamualaikum.. Nak tanya, psikologi kaunseling tu camna ya ?

    ردحذف
  26. Nak tanya.Boleh ke org rabun ambil bidang ni? sbb sy ade terbace org rabun tak boleh ambil bidang nii..sy minat nk ambil bidang nii tapi sy rabun.��

    ردحذف
    الردود
    1. Boleh.. sbb ramai je coursemate sy yg rabun ambil bidang nie..

      حذف
  27. Assalam kak nak tnya tapi maaf lah bnyk sikit soalan saya hehe
    1. Kebiasaannya univ apa yg ada menawarkan asasi or diploma in psychology?
    2. Klu ambil bidang psikologi ni kita kena ambil bhasa ke dua ka?
    3.dlm pendapat akak.. Apa peluang pekerjaan psikologi io ni?
    4. Soalan terakhir ni lari tajuk sikit hehe...ums ni kita kena ikut kawad2 tu ehhh..klu x nak kawad..kita boleh ambil kokum lain ke?

    ردحذف
    الردود
    1. walaikumsalam..

      1. Boleh baca di sini (http://kalaumencarikerja.blogspot.com/2015/01/universiti-kolej-di-malaysia-yang.html) utk U yg menawarkan psikologi

      2. Kalau UMS mmg akan belajar Bahasa Asing. Smua subjek psikologi dalam bahasa melayu & english

      3. Seperti yg dinyatakan di entri di atas, bidang psikologi industri dan organisasi melibatkan permasalahan berhubung perlakuan organisasi dan pekerja. Bidang ini menyentuh hal berkaitan antaranya, kepuasan dan tekanan bekerja, dinamika kumpulan, masalah kesatuan sekerja, kepemimpinan dan pengaruh, prejudis dan diskriminasi dalam organisasi, perkembangan organisasi, latihan dan pembangunan kerjaya. Peluang pekerjaan itu luas boleh bekerja di sektor kerajaan & swasta.

      4. Kawad tu wajib kalau pointer bawah 2.5 rasanya. Sy pun kurg pasti. Boleh ambil kokum yg lain. Lgipun kalau ambil unit beruniform akan ditapis lgi.

      حذف
  28. HI , assalamualaikum ...saya nak tnya..saya pelajar matrikulasi ..modul 2 (physics,maths,scomputer,chemistry) ...tak ambil biologi...bole ke degree nnti saya ambil psikologi?

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam. sy ada adik yg ambik matrikulasi Labuan. Pilihan utk isi UPU tu bergantung dgn keputusan CGPA .. I mean adik sy dapat CGPA 2.8 lebih then masa isi UPU dia x dapat pilih psikologi. Kalau ikut syarat kelayakan mmg boleh ambik psikologi, tp xda dalam pilihan UPU dia.. Jawapan kpd soalan ini sy kurg pasti boleh ambik atau tidak.

      حذف
  29. Assalammualaikum kak, sy lepasan diploma dlm penolong pegawai perubatan. Sy teringin nak sambung belajar dlm bidang psychology boleh ke. Cgpa sy 3.82 .

    ردحذف
  30. Assalamualaikum dear, saya nak tanya lebih lanjut melalui email dengan izin insyaAllah Boleh dapatkan email akak? Juga utk bertanya berkenaan psychology. ❤

    ردحذف
    الردود
    1. Walaikumsalam .. boleh email sy di nurulatikayunus23@gmail.com

      حذف
  31. Assalam.. Sy nk tanya, apa pendapat sis klu futher study kos bacelor of psychology in honour di oum? Adakah cert dr oum laku? Dan boleh tak digunakan kenaikan pangkat dlm govern sector?

    ردحذف
  32. bolehkah dari diploma nursing nak ambil degree psikologi?

    ردحذف
  33. Universiti di semananjung ada tak yang menawarkan course psikologi? Kalau ada,boleh berikan contoh??

    ردحذف
  34. Assalamualaikum,sya bdk lepasan spm 2017 dan stpm 2019,bgaimna cara untuk saya mnnjdi psikologi klinikal sbb sya berminat..

    ردحذف
    الردود
    1. walaikumsalam.. kena ambil mana2 bidang psikologi dahulu.. sbb psikologi klinikal hanya ditawarkan kpd pelajar master

      حذف
  35. assalamualaikum akak, bolehke pelajar bukan kelas sains amnil jurusan psikologi?

    ردحذف
  36. Akak nak tanya akak ambil kos psikologi ni mcm mna mmng dah ditawarkan ke atau macam mana ?

    ردحذف
  37. some people pandang remeh when it comes to psikologi without realising sbnrnya psikologi memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan seharian.

    ردحذف
    الردود
    1. Betul tu Ray.. Psikologi bidang yg sgat penting tp tak ramai yg tau sgat bidang nie.. mostly kaunseling dan psikologi klinikal sahaja

      حذف
  38. akak nak tnya . kalau saya bukan aliran sains tapi nak ambik bhagian psikologi bileh ke ? then apa syarat atau klulusan untuk ambk bahagian psikologi ?

    ردحذف
  39. أزال المؤلف هذا التعليق.

    ردحذف
  40. hi assalamualaikum , saya baru dapat results upu dan saya pilih untuk sbunf form 6 subjek apa ya yang menjurus dalam bidang psychology?

    ردحذف
  41. Kalau waktu form 4 tak ambik aliran sains boleh ke ambik bidang psikologi di universiti

    ردحذف
  42. Doakanlah saya semoga keputusan spm tahun ni,memudahkan saya untuk masuk bidang ni

    ردحذف
  43. teringin nak belajar tentang course ni . tapi macam tak yakin dengan diri sendiri sebab tak pandai macam orang lain '(

    ردحذف
  44. Nak tanya.. kat M'sia ni ada tak IPT yang menawarkan kos ijazah sarjana muda psikologi klinikal terutamanya kalau diploma kos lain.

    Ada kawan saya merancang nak ambek degree psikologi klinikal.. setahu saya ada dalam peringkat master je kan.. tolong bagi pencerahan sis. TQ

    ردحذف
  45. Saya sekarang diploma in marketing, boleh sambung degree psychology ke? Saya dah lama minat bidang ni dulu tapi saya ingat cuma untuk pelajar sains. Sekarang saya rasa semangat nak sambung bidang ni.

    ردحذف
  46. Saya nak jadi pakar psikiatri. Tapi saya ambil aliran akaun. Adakah saya masih layak untuk gapai cita2 ni?

    ردحذف
  47. Saya ingin menjadi pakar psikiatri. Tapi saya mengambil aliran akaun. Adakah masih layak untuk saya gapai impian ni? :'(

    ردحذف
  48. Course ni semua subject dlm inggeries ke?

    ردحذف
  49. Assalamualaikum sis. Saya nak Tanya, kalau stpm amik aliran sastera boleh ambil ke course psychology ni? And klinikal psikologi tu amik time degree ke master? Part ni selalu confuse...🥺

    ردحذف
  50. Assalamualaikum kak nurul..saya shafika asal Perak ..saya ada bnde nk tnye dan sekaligus minta pendapat tntg masalah saya..saya sangat minat belajar dalam bidang kaunseling dan psikologi tp saya mendapat tentangan dari ayah saya kerana ayah saya cakap,kalau saya blaja kos nih ii menjamin ke masa depan saya boleh dapat kerja sesuai dengan apa yang belajar nih? sbb saya lepasan diploma kaunseling Islami dan smpai sekarang saya x dpt kerja lagi..saya stres sbb apa yang minat x dpt sokongan ayah..saya nk sambung amek psikologi ni..kak nurul tlg laa saya..saya buntu apa yang patut saya buat :_(

    ردحذف
  51. assalamualaikum kak , kalau nak jadi guru kaunseling boleh ka ambil course ni ? apa laluan untuk jadi guru .. tq

    ردحذف

إرسال تعليق

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

المشاركات الشائعة من هذه المدونة

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...