Sejak aku berhenti menjadi blogger sepenuh masa, ada satu persoalan yang selalu bermain dalam fikiran.
Adakah aku sudah hilang minat menulis blog?
Aku sendiri tidak pasti jawapannya.
Dulu, menulis terasa begitu mudah. Aku sentiasa ada idea, sentiasa ada sesuatu yang ingin dikongsikan. Blog bukan sekadar hobi, tetapi sebahagian daripada rutin hidup aku.
Hari ini, semuanya terasa berbeza.
Aku masih membuka dashboard blog. Aku masih membelek draf yang belum siap. Tetapi setiap kali mahu mula menulis, aku akan berhenti seketika.
Aku tidak tahu hendak menulis tentang apa.
Aku pernah suka menulis tentang dunia blogging. Berkongsi pengalaman, memberi tips dan bercerita tentang perjalanan sebagai seorang blogger.
Tetapi selepas semuanya berubah, aku rasa seperti kehilangan arah.
Semakin lama aku berfikir, semakin aku sedar.
Mungkin yang hilang bukanlah minat untuk menulis.
Yang hilang ialah tujuan aku menulis.
Dulu aku ada sebab untuk membuka laptop setiap hari. Ada artikel yang perlu disiapkan, ada pembaca yang menunggu, ada sasaran yang ingin dicapai.
Kini, semua itu sudah tiada.
Bila tujuan itu hilang, aku mula mempersoalkan diri sendiri.
"Aku Nak Tulis Apa?"
Aku bukan seorang yang selalu berjalan ke sana sini.
Aku tidak travel.
Aku tidak gemar memasak.
Aku memang suka menonton anime, tetapi aku juga bukan jenis yang suka membuat ulasan tentang anime.
Kebanyakan hari aku hanya berada di rumah.
Kadang-kadang tidur lebih lama daripada biasa. Dan kadang-kadang... hanya duduk diam.
Bila melihat kehidupan sendiri, aku selalu terfikir. Apa yang menarik untuk ditulis?
Blog Terasa Semakin Asing
Perasaan itu sukar dijelaskan. Aku masih sayangkan blog.
Tetapi setiap kali ingin menulis, aku rasa seperti orang asing di tempat yang suatu ketika dahulu sangat aku kenal.
Aku melihat blogger lain berkongsi tentang perjalanan, keluarga, makanan, hobi dan pelbagai aktiviti. Aku pula hanya memandang skrin kosong sambil berfikir.
"Aku nak cerita apa?"
Semakin aku fikirkan, mungkin aku sebenarnya bukan sudah berhenti menyukai dunia penulisan. Aku cuma sedang mencari semula siapa diri aku selepas meninggalkan dunia blogging sepenuh masa.
Selama bertahun-tahun, identiti aku begitu rapat dengan blog. Apabila identiti itu berubah, aku turut berubah. Mungkin sebab itulah aku rasa kehilangan arah.
Aku Harap Perasaan Ini Hanya Sementara
Aku masih berharap suatu hari nanti aku akan kembali menulis dengan rasa teruja seperti dahulu. Bukan kerana mahu mengejar jumlah pembaca atau trafik.
Tetapi kerana aku benar-benar rindu perasaan apabila setiap patah perkataan mengalir dengan sendirinya.

Sentiasa juga ada perasaan itu.. sebab tu selalu org kata macam air di lautan yang ada pasang surut.. dan life itu sendiri adalah bulat kdg2 di atas dan kdg2 di bawah.. apa pun semoga bersemangat semula :D
ReplyDeleteBetul tu… kehidupan memang ada pasang surutnya. Ada masa kita sangat bersemangat, ada masa kita rasa kosong dan hilang arah. Saya rasa fasa ini mungkin salah satu proses untuk mencari semula apa yang saya mahu dalam menulis. Terima kasih atas kata-kata semangat.
DeleteFaa penah rasa perasaan ini sebelum Faa delete my 1st blog. Setelah beberapa tahun, minat tu datang balik. Even sekarang susah nak bahagikan masa sedia ada dengan berblogging. Tak terfikir nak delete dah. Biarlah ada atau tidak pembaca, biar jadi kenangan utk Faa.
ReplyDeleteFaa harap Nurul kembali mendapat 'spark' dalam menulis blog.
Saya suka bila Faa kata biarlah ada atau tiada pembaca, biar jadi kenangan. Mungkin itu yang saya perlu ingat semula…Semoga kita terus menulis bila hati rasa ingin berkongsi 🤍
DeleteJust my one cents - Ingatlah bahawa ketika kamu mahu menulis, carilah inspirasi dari penulis yang berilmu. Kerana tulisanmu itu akan berkekalan hingga kamu telah tiada. Tulisanmu yang baik-baik itu yang akan menyelamatkan di alam sana. Keep on writing, dont giveup!
ReplyDeleteTerima kasih Aynora atas nasihat yang sangat bermakna. Betul, tulisan yang kita tinggalkan mungkin menjadi sesuatu yang kekal walaupun kita sudah tiada nanti. Sebab itu sekarang saya lebih cuba memilih untuk menulis perkara yang dekat dengan hati dan memberi manfaat.
DeleteDoakan saya terus istiqamah menulis dan semoga setiap perkongsian membawa kebaikan 😊
Saya rasa ramai blogger pernah melalui fasa seperti ini, termasuk saya. Kadang-kadang bukan tiada idea, tetapi hilang semangat untuk menulis seperti dahulu. Namun saya percaya setiap orang ada rentaknya sendiri, dan tidak mengapa jika perlu berehat seketika sebelum kembali berkongsi. Terima kasih kerana menulis dengan jujur. Perkongsian ini membuat saya sedar bahawa rasa seperti ini memang normal dalam dunia blogging.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Saya setuju, kadang-kadang bukan sebab tiada idea, tetapi semangat dan rasa itu yang berubah mengikut keadaan hidup.
DeleteSaya rasa setiap blogger ada perjalanan masing-masing. Mungkin dulu kita menulis dengan cara yang berbeza, sekarang pula kita lebih mencari makna di sebalik tulisan. Terima kasih kerana memahami dan berkongsi pengalaman. Semoga kita semua terus berkarya mengikut rentak sendiri 🤍
biasanya ammi suka cari blog nurul untuk cari info sebab content nurul lebih senang difahami. ada step by stepnya...
ReplyDeleteteruskanlah menulis
Samalah kita sii nurul. kadang rajin jengah laman blog rakan blogger lama-lama dulu. Bila injak dunia selepas era pkp dulu memang terasa banyak yang berubah. Kadang tak tahu betulkah aku yang pernah teruja menulis itu masih orang yang sama dengan aku yang menulis sekarang?
ReplyDeleteLain betul rasanya. Lebih lagi bila pelbagai platform menulis yang lebih menarik telah wujud.
Tapi orang kata itu suatu fasa. Semua akan berlalu...
keep writing okay! ^_^
Dulu ada angin pasang surut berblog. Sekarang ni masih konsisten menulis di blog sendiri share je apa2.
ReplyDeleteSama jugalah Sis.. sikit masa dulu merajuk juga dengan blog sebab rasa macam ada ke orang nak baca blog sebab dah ramai beralih ke media sosial lain.. tapi pujuk hati.. inilah minat Sis nak meulis, nak berkongsi apa yang Sis rasa nak kongsi seadaanya.. tak perlu nak makan sana sini, travel ke, cukup kongsi rutin Sis, dan kekadang tu suka menulis bebel entah apa entah hahaha.. jadi rasa happy dan suka apa yang Sis buat, so Sis teruskan menulis kembali...
ReplyDeletePernah juga rasa macam Nurul rasa. Masa tu, rehat sekejaplah dari blog. Setelah beberapa ketika, semangat nak menulis tu datang balik. Itu yang buat blog baru. Blog lama sudah delete sebab hidup sudah bertukar arah.
ReplyDeleteI feel you sis. Kadang-kadang banyak je benda yang nak cerita. Tapi bila dah tengok skrin putih, terus blank tak tahu nak tulis apa dah. Last-last blog walking je.
ReplyDeleteSamalah sy ada jgk perasaan mcm tu
ReplyDeletePernah beberapa tahun tinggalkan blog, sebab di media social lain. Namun kembali ke blog, lain perasaannya. Tak pandai menulis panjang2, hanya menyimpan foto2 sebagai kenangan. Juga tak memaksa diri, hanya bila bersedia berkongsi di sini.
ReplyDeleteSemoga kekal bersemangat dalam Dunia blogging ya! Terima kasih untuk segala tips Dan info yang pernah dikongsi bersama. Saya pernah jugak ke tahap tu tapi bila ingat semula tujual asal menulis u tuk apa..Kadang sekadara nak mele0askan rasa, kadang sebab tak nak hilang kenangan atau memori yang terfipta maka kongsikan info kat blog ..Hehe..
ReplyDelete