Langkau ke kandungan utama

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Dalam setahun pasti ada ja artikel pasal burnout nie kan? Penat sangat ke jadi blogger?

Menjadi seorang blogger sepenuh masa bukan sekadar menulis. Ia memerlukan tenaga mental, kreativiti, dan komitmen yang berterusan. Setiap hari fikir tajuk, tulis entri, urus media sosial, fikir pasal trafik, pendapatan, ranking SEO — semua tu perlukan tenaga emosi yang besar.


Aku sendiri dah struggle hampir 9 tahun, cuba kekalkan blog supaya kekal hidup. Cuba update dengan konsisten, cuba lawan penat, cuba buat semua ikut “game” algoritma. Tapi makin lama, semua tu jadi beban, bukan lagi nikmat.

burnout menulis blog

Bila Burnout Datang, Semua Rasa Berat

Bukan setakat letih fizikal, tapi otak dan hati pun rasa kosong. Nak buka laptop pun rasa malas. Nak fikir satu tajuk entri pun boleh ambil masa berjam-jam. Dulu menulis sebab seronok. Sekarang menulis sebab terpaksa.

Bukan sebab tak bersyukur. Tapi realitinya, bila buat blog sepenuh masa, aku perlukan hasil. Aku perlukan pendapatan. Aku perlukan kepastian bahawa usaha itu dibayar. Bila tiap-tiap bulan kosong, semangat pun makin lama makin hilang.

“Teruskan je menulis walaupun tak ada hasil...”?

Ramai yang nasihat begitu. Tapi hakikatnya — semuanya perlukan duit sekarang. Nak bayar domain, nak topup data, nak guna tools SEO, semua ada kos.


Walaupun suami bagi keperluan asas, sebagai seorang anak, aku pun nak bantu mak ayah. Nak bagi sikit pun tak apa, asalkan ada. Tapi bila tak mampu, diri mula rasa kecil. Rasa gagal.

Dan dari situlah burnout tu mula mencengkam.

Aku dah cuba sertai beberapa program affiliate. Tapi terus terang, aku memang tak minat buat video. Ramai juga rakan blogger yang lain dah beralih arah menjadi ‘content creator’. Bukan tak nak ikut jejak, cuma… itu bukan passion aku.

Aku bukan dalam keadaan terdesak untuk duit. Tapi aku cuba cari alternatif — sesuatu yang boleh jadi pelengkap atau pengganti blog, selagi ia melibatkan minat menulis. Sebab itu aku mula cuba aktif di Lemon8. Ia jadi platform kedua aku selepas blog.

Cuma setakat ini, untuk menjana pendapatan dari situ belum sesuai. Meskipun ada peluang menang hadiah dan giveaway, aku masih mencari rentak.

Rehat Itu Perlu. Bukan Bererti Gagal.

Burnout bukan tanda malas. Bukan tanda lemah. Tapi tanda dah terlalu lama menahan semuanya sendiri.

Kalau sekarang tengah rasa down, biarlah. Rehat jika perlu. Padamkan semua notifikasi, berhenti fikir trafik, dan tarik nafas semula. Cari semula diri yang dulu — yang menulis sebab cinta, bukan semata kerana angka.

Walau hakikatnya bukan mudah nak telan pahitnya reliti kehidupan.

Apa Itu Burnout Dalam Dunia Blogging?

Burnout adalah keadaan di mana seseorang rasa penat secara emosi dan mental kerana tekanan yang berpanjangan. Untuk blogger, burnout boleh datang daripada:
  • Terlalu kerap menulis tanpa rehat
  • Terlalu kejar trafik dan statistik
  • Hilang arah dan matlamat menulis
  • Rasa hasil usaha tak dihargai
  • Perbandingan dengan blogger lain
Burnout bukan tanda lemah. Ia isyarat tubuh dan minda minta rehat.


Tanda-Tanda Mengalami Burnout Sebagai Blogger

  • Rasa malas atau bosan bila fikir nak tulis blog
  • Hilang minat untuk update media sosial
  • Emosi cepat terganggu bila tengok trafik menurun
  • Rasa "apa guna aku tulis ni?"
  • Tak rasa puas walaupun artikel siap
Kalau rasa dua atau lebih dari tanda di atas, mungkin sudah tiba masa untuk rehat sekejap.


Ramai takut untuk berhenti sekejap, risau blog jadi sunyi. Tapi hakikatnya:

“Lebih baik berehat sekejap dan kembali kuat, daripada terus paksa diri hingga akhirnya berhenti terus.”


Gunakan masa rehat untuk:
  • Refleksi balik kenapa anda mula menulis
  • Ambil ilham dari blog orang lain (bukan untuk banding, tapi untuk semangat)
  • Jaga kesihatan mental dan emosi
  • Luangkan masa dengan aktiviti lain yang menggembirakan

Bila Dah Bersedia, Kembali Perlahan-Lahan

Tak perlu terus tulis 3 artikel seminggu. Cukup mulakan dengan satu:
  • Kongsi cerita peribadi
  • Tulis entri pendek tapi jujur
  • Kongsikan proses healing anda (mungkin akan bantu orang lain)
  • Tak perlu sempurna. Yang penting, kembali dengan hati yang lebih lapang dan tenang.

Menulis Masih Relevan

Dalam dunia yang semakin dikuasai oleh video, trending audio, dan algoritma media sosial — tak semua orang mampu atau mahu mengejar arus itu. Dan itu bukan salah.

Tak semua orang boleh atau mahu kejar trend video.

Ada yang lebih selesa berkongsi dalam bentuk tulisan. Ada yang lebih jujur bila menulis berbanding bercakap depan kamera.

Passion menulis masih relevan.

Mungkin ia tak lagi “glamour” seperti dulu, tapi masih ada yang mencari artikel, masih ada yang baca blog. Dan lebih penting — menulis itu sendiri adalah terapi, bukan sekadar konten.

Semua berhak mencari ruang yang sesuai dengan jiwa sendiri.

Tak perlu ikut trend kalau ia menyakitkan. Pilih platform yang sesuai. Tulis bila mampu. Diam bila letih. Kembali bila bersedia.

Blog Itu Refleksi Diri

Blog takkan hidup kalau diri sendiri rasa kosong. Maka, jagalah diri dulu. Tulis bukan sebab terpaksa, tapi sebab nak memberi, berkongsi, dan menyalurkan rasa.

Korang pernah alami burnout juga? Apa yang korang buat untuk kembali semangat menulis?


Ulasan

  1. Macam Nurul, sebab blog nie dah mcm punca pendapatan, so memang akan ada masa rase burnout...sebab macam2 nak kena fikir.. Nak jaga traffic bagai.. Semoga terus bersemangat...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catatan popular daripada blog ini

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Psikologi di Malaysia

Assalamualaikum Bismillah Walaupun dah masuk 4 tahun aku graduate dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga. Terdapat beberapa orang pelajar yang masih email dan menghubungi aku untuk bertanya dan meminta aku berkongsi lebih banyak tentang bidang psikologi. Memandangkan aku tidak meneruskan pekerjaan dalam bidang psikologi, jadi aku tidak layak sebenarnya untuk bercerita lebih pasal psikologi sesuka hati aku. Walaupun begitu, aku cuba untuk kongsikan dengan korang info-info umum sahaja. Jadi hari ini setelah membuat beberapa bacaan dan mencari info, aku ingin kongsikan dengan korang senarai universiti di Malaysia yang menawarkan bidang psikologi.  Senarai Universiti Yang Menawarkan Bidang Psikologi di Malaysia 1. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) - Selangor Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Psikologi) Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Kerja Sosial) Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian (Pendidikan Khas) Sarjana Mu...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...