Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! Hari ini aku nak kongsikan berita baik yang pasti akan menggembirakan ramai di luar sana. Baru-baru ini, Ringgit Malaysia telah menunjukkan prestasi yang semakin kukuh berbanding lebih 24 mata wang lain di dunia! Menurut berita dari Sinar Harian , Ringgit kini lebih kuat berbanding mata wang seperti USD, Saudi Riyal, Chinese Yuan, dan Thailand Baht. Hebat, kan? Dengan kadar pertukaran semasa USD 1 bersamaan RM4.10, ini bermakna banyak manfaat yang boleh kita nikmati hasil daripada pengukuhan Ringgit ini. Jom kita lihat beberapa peluang yang boleh kita manfaatkan! Sumber: Sinar Harian 1. Harga Barangan Elektronik dan Teknologi Lebih Rendah Dengan Ringgit yang lebih kuat, harga barangan elektronik yang diimport seperti telefon pintar, komputer riba, dan peralatan rumah akan menjadi lebih murah. Malaysia mengimport banyak komponen elektronik dari negara lain, terutama dari China dan negara-negara Asia Timur. Ini membantu rakyat Malays...
I just love to write