Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya kisah ni dah berlalu beberapa bulan yang lepas. Tetapi aku rasa nak kongsi juga pengalaman pahit manis dengan belajar Bahasa Jepun. Sebelum ini aku pernah berkongsi tentang pengalaman aku terpaksa mengulang Bahasa Jepun Tahap 3 sebanyak dua kali. Aku tidak ingat dari mana nak mulakan cerita. Yang aku tahu, setiap semester aku mesti tersangkut kat Bahasa Jepun Tahap 3. Sampaikan aku rasa nak putus asa sudah untuk ambil subjek ini. google image Akhirnya, pada tahun terakhir aku membuat keputusan untuk tidak mengulang Bahasa Jepun Tahap 3 dan fokus kepada subjek yang lain. Keputusan aku ini akan memberi kesan dimana aku terpaksa extend selama 1 semeter untuk mengulang Subjek Jepun sahaja. Aku rasa inilah keputusan yang terbaik aku telah lakukan. Aku berserah sahaja. Dalam fikiran aku, semester hadapan aku cuma fokus kepada subjek Jepun sahaja tanpa gangguan daripada subjek lain. It's okay . Biarlah ...
I just love to write