Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2022

Bayaran Google Adsense Kali Ke-24

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Mengenang kembali sepanjang 7 tahun berblog, pelbagai suka dan duka aku bersama blog ini.  Daripada partime kepada blogger sepenuh masa.  Daripada ZERO sehingga sekarang.  Aku yang dulu tidak tahu apa-apa macam mana nak jana pendapatan dengan blog.  Aku yang dulu tidak tahu langsung apa-apa tentang SEO.  Aku yang dulu tidak tahu macam mana nak tarik trafik ke blog. Kalau diingat balik moment aku decide jadi fulltime blogger, aku rasa macam mahu menangis pun ada.  Aku tak sangka selama ini hanya tengok orang lain sahaja dapat bayaran Google Adsense. Selama ini hanya mampu bermimpi sahaja untuk dapat pageview berjuta-juta.  Sekarang, apa yang aku impikan selama ini jadi kenyataan. Dan untuk sampai ke tahap ini tidak terluah bahawa susah dan pahitnya jalan menjadi blogger sepenuh masa ini. Alhamdulullah, Allah permudahkan. Alhamdulillah, Allah yang menjadikan impian ini jadi kenyataan. Journey Google...

Resipi Sotong Goreng Tepung Che Nom Memang Menjadi

Assalamualaikum Bismillah Selepas mendirikan rumahtangga, banyak yang aku belajar terutama sekali bab memasak. Setiap hari berfikir apa yang mahu dimasak hari ini. Pelbagai jenis resepi dah yang aku cuba.  Sampaikan tak tahu dah nak masak apa. Hari-hari pun tanya husband nak makan apa. Walaupun jawapan husband tetap sama "apa-apa sahaja" Hahaha Dan suami kerap juga bawa balik sotong. Aku jarang sekali masak sotong. Jadi sebab tak tahu nak masak apa dengan menu sotong, biasanya pilihan terakhir memang rujuk resepi dari Che Nom. First time aku cuba masak sotong goreng tepung, dan memang menjadi kalau tiru resepi Che Nom Resipi Sotong Goreng Tepung  Bahan untuk lembutkan sotong (untuk dibilas): 400g sotong 1 sudu kecil garam 1 sudu kecil baking powder Bahan untuk tepung perapan: 1 biji telur putih ½ sudu besar serbuk cili 1 sudu kecil serbuk lada putih ½ sudu kecil serbuk lada hitam ½ sudu besar serbuk perasa Sedap 1 sudu besar sos tiram ½ sudu kecil garam 5 sudu besar tepung ...

Macam Mana Korang Boleh Menulis Sehingga 100 Artikel Sebulan?

Assalamualaikum Bismillah Macam mana korang boleh ada motivasi menulis sehingga 100 artikel sebulan? Ada ramai blogger yang aku sangatlah respect kerana mereka boleh menulis 50 - 100 artikel sebulan.  Aku belum sampai ke tahap macam tu lagi walaupun aku mahu juga sebenarnya menulis lebih banyak, lebih kerap dan kalau boleh setiap hari.  Ada beberapa sebab kenapa susah nak menulis banyak artikel di blog.  1. Fokus dengan niche blog Blog yang fokus dengan niche bagi aku sangat sukar nak buat artikel yang banyak. Sebagai contoh untuk blog aku yang fokus dengan tips-tips blogging memerlukan banyak bacaan dan rujukan.  Untuk menulis satu tips blogging sahaja aku perlu banyak membaca dan kena buat perkaitan dengan pengalaman aku berblog.  2. Kualiti Artikel Bagi aku yang fokus kepada artikel SEO dan berkualiti memang memerlukan masa untuk menyiapkan satu artikel. Konten yang memerlukan penjelasan yang terperinci mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Disebabkan ...

Tanda-Tanda Rahim Tidak Sihat, Semak Sekarang

Kadangkala kita tidak sedar sebenarnya ada masalah pada rahim memandangkan organ tersebut berada di dalam tubuh, betul tak? Bagaimana nak tahu ciri-ciri rahim bermasalah untuk menentukan ia sihat atau sebaliknya? Masalah pada rahim Keadaan yang menjejaskan rahim atau mana-mana bahagian lain sistem pembiakan wanita dirujuk sebagai masalah rahim. Berikut antara beberapa masalah rahim seperti: 1. Fibroid rahim Punca sebenar fibroid rahim tidak diketahui. Beberapa faktor seperti hormon, sejarah keluarga dan kehamilan meningkatkan risiko fibroid rahim. 2. Kanser Kanser rahim menyebabkan pendarahan faraj yang tidak normal. Jenis yang paling biasa ialah kanser endometrium. Ia memerlukan rawatan yang agresif jika ia telah merebak ke luar rahim. Hiperplasia endometrium punca ciri ciri rahim bermasalah Berlaku apabila terlalu banyak sel tumbuh dalam lapisan rahim – kesannya rahim menjadi sangat tebal dan menyebabkan pendarahan tidak normal. Ia bukan kanser tetapi dalam beberapa kes, ia boleh m...

Giveaway Sweet December By Syazni Rahim Blog

klik banner untuk join Tarikh segment: Bermula dari 17/11/2022 sehingga 30/11/2022.  Pada 1 Disember, SR akan umumkan pemenangnya. Pemenang akan mendapat: 3 pemenang akan dipilih secara undian rawak, dan akan menerima: 1 kotak misteri! Backlink dalam setiap entry yang akan SR post sepanjang bulan Disember 2022 ini! Syarat Penyertaan: 1. Buat 1 post bertajuk Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog. 2. Letak banner Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog seperti di atas. 3. Linkkan post kepada entry Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog di blog SR ini. 4. Kongsikan link ke post penyertaan kalian di bahagian komen entry ini. 5. Alamat untuk menerima kotak misteri adalah dalam Malaysia sahaja. 6. Seorang blogger boleh sertai lebih dari sekali sekiranya ada banyak blog, dengan syarat semua blog harus follow syarat 1 - 4. Selamat bersegmen. Jom join giveaway ini!

Cara Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Seminggu

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku mahu kongsikan pengalaman kempiskan perut buncit dalam masa seminggu. Dah banyak kaedah yang aku guna untuk kempiskan perut buncit ini tetapi tidak berkesan.  Alhamdulillah setelah mencuba pelbagai cara akhirnya aku berjaya kurangkan perut buncit selama seminggu menggunakan beberapa kaedah di bawah.  1. Kira Berat Badan Ideal & Kalori Yang Diperlukan  Pertama sekali apa yang aku buat ialah aku kira berapa berat badan ideal (BMI) dan kalori yang diperlukan oleh tubuh kita. Ada banyak cara korang boleh check BMI dan BMR korang, antaranya ialah : Let's Kurus Online Berat badan ideal : 48KG (BMI 20.5) BMI Sekarang : 27.7 Kalori sehari diperlukan : 1010 kcal Hello Doktor Berat badan ideal : 48KG (BMI 20.5) BMI sekarang : 27.8 (Anda dikira obes tahap 1 jika BMI jatuh di antara 25 hingga 29.9) Kalori sehari diperlukan : 1270 kcal Calculator.net Berat badan ideal : 48KG (BMI 20.5) BMI Sekarang : 27.8 (overweight) Kalori sehari diperluka...

Terima Bayaran Kedua Innity

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal, selepas 8 bulan, akhirnya terima bayaran kedua untuk Innity. Sebenarnya bukan mudah nak jana pendapatan pendengan Innity.   Selain memerlukan trafik yang tinggi, Innity juga dibayar dengan Ringgit Malaysia (RM). Jadi, tidaklah lumayan seperti Google Adsense. Walau bagaimanapun, aku lebih suka memohon Innity sebab iklan yang dipaparkan simple sahaja.  Tidak seperti iklan MGID. Tetapi aku tahu ramai yang suka iklan MGID sebab dibayar dengan USD. Salah satu alternatif untuk blogger yang nak jana pendapatan selain Google Adsense.  Selama 2 tahun dengan Innity, ini ialah bayaran kali kedua aku dapat. Memang agak susah juga sebab Innity susah nak agak bagaimana iklan ini dikira. Sangat berbeza dengan Google Adsense yang kebanyakkan orang senang faham.  Syarat yang dikenakan kepada publisher pun agak ketat. Tak boleh sesuka hati pamerkan income. Even nak cerita tips-tips Innity pun rasanya tak boleh. Kalau cari kat...

Hukum Aurat Perempuan Bersalin Dengan Doktor Lelaki

Apakah Hukum Perempuan Bersalin Dengan Doktor Lelaki? HUKUM : Tidak dibenarkan kecuali terdapat keperluan & darurat.  Tidak dibenarkan di sisi Hukum Syarak bagi lelaki untuk melihat kepada aurat wanita ajnabi, melainkan terdapat ḥājah (keperluan) dan ḍarurah (keperluan mendesak) untuknya.  Antara bentuk pengecualian ialah rawatan al-faṣdu (venesection, venipuncture, phlebotomy), berbekam, dan rawatan am. Ini kerana jika diharamkan akan mendatangkan ḥaraj (kesukaran) sedangkan ḥaraj dihilangkan oleh Syarak. Justeru harus bagi lelaki merawat wanita dan wanita merawat lelaki, dengan syarat Jika wujud perawat yang muslim , maka tidak boleh digantikan. Ditemani oleh mahram, suami atau wanita yang thiqah (terpercaya). Ketiadaan perawat wanita, atau perawat lelaki bagi pesakit lelaki. Perawat boleh melihat kepada bahagian-bahagian badan selama mana ada keperluan kepadanya. Ini berdasarkan hadis Jabir RA: أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْ...

Cara Daftar atau Buka Akaun Tik Tok Buat Beginners

Assalamualaikum Bismillah Orang lain dah ada akaun Tik Tok, aku pula baru mahu buka akaun Tik Tok . Haha. Sebenarnya bukan tak berminat nak ada akaun Tik Tok, cuma aku jarang juga tengok video.  Even reels instagram dan facebook pun aku jarang sekali tengok. Aku selalu buka Youtube sahaja sebab video kat youtube lebih panjang.  So, hari ini aku rasa nak buka akaun Tik Tok untuk Belajar Buat Blog. Sekiranya berminat nak follow, korang follow lah, cuma aku tidak post apa-apa video lagi.  InsyaAllah, ada kelapangan aku cuba buat content pasal blog. Itupun kalau korang berminatlah.  Cara Daftar atau Buka Akaun Tik Tok Buat Beginners 1. Daftar/Sign Up  akaun Tik Tok   Korang boleh sign up dengan menggunakan phone, email, facebook, google account, twitter, LINE atau KakaoTalk.  Jangan lupa untuk masukkan Kod Jemputan  BE29998978   untuk memperoleh ganjaran tunai. 2. Setelah itu, masukkan Tarikh Lahir korang. Klik NEXT.  Dah siap! Belajar Buat...

Dikelilingi Orang Yang Baik Adalah Rezeki

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Yang Maha Baik kepada hambaNya. Aku sangat bersyukur kerana dikelilingi oleh keluarga, sahabat, jiran dan orang-orang yang baik.  Hari ini berlaku peristiwa tiang elektrik hadapan rumah tiba-tiba meletup. Mujurlah tiada kebakaran berlaku. Kejadian berlaku dalam jam 9.30 malam tadi. Suami tiada kat rumah sebab kerja. Mungkin hari Isnin baru balik.  Apabila duduk sorang kat rumah ni memang cepat panik jugalah. Aku keluar rumah sahaja nampak ramai orang keluar. Semua pun tak nak duduk di rumah. Tak lama lepas tu bomba pun datang.  Apabila tanya kat jiran katanya kabel elektrik macam ada masalah. Risau saja litar pintas. Masa tu dalam fikiran cuma pegang handphone saja.  Sebenarnya aku agak trauma dengan kebakaran sebab dulu rumah aku pernah terbakar. Kalau banjir korang boleh sempat lagi packing barang-barang. Tetapi bab api nie memang tak boleh main-main.  Sambil tunggu ipar dan mertua aku datang rum...

Target 200k Pageviews Blog Tak Tercapai, Dapat 199k Pun Bolehlah

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Walaupun target 200k pageviews untuk Bulan Oktober tak tercapai, tetapi bolehlah sampai juga 199k pageviews. Sebenarnya nak target 10 juta pageviews untuk tahun ini. Tetapi nampaknya tahun depan baru dapat kot. Apa yang aku buat untuk tingkatkan trafik blog? 1. Update dengan lebih kerap & konsisten Salah satu penyumbang untuk peningkatan trafik blog adalah dengan menulis dengan kerap dan konsisten. Sekiranya korang perhatikan kat blog ini aku post artikel 10 - 13 artikel sahaja sebulan. Dan pada bulan oktober aku post sebanyak 17 artikel.  Biasanya pageviews blog dalam sebulan anggaran 140k - 160k sahaja. Tetapi apabila aku post dengan kuantiti yang banyak, trafik blog meningkat sedikit daripada biasa.  Apa yang aku dapat simpulkan untuk dapatkan 200k pageviews, aku kena post sekurang-kurangnya 20 artikel setiap bulan. InsyaAllah, bulan November ini aku usahakan untuk menulis 20 artikel.  2. Post di media sosi...