Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur

Assalamualaikum Bismillah Review SEBORIN Activ Hair Tonic 300ml Untuk Rambut Gugur | Aku dah lama nak beli SEBORIN Activ Hair Tonic ini sebab aku ada masalah rambut gugur yang agak teruk. Aku dari dulu lagi suka sangat rambut panjang tetapi setiap kali rambut dah panjang, mesti ada masalah gugur rambut. Mulanya aku tak kisah sangat sebab gugur rambut ini ada benda biasa saja. Cuma dia jadi semakin membimbangkan apabila aku bangun dari tidur sahaja rambut gugur bukan sedikit ya.  Banyak sangat. Kadang tu sampai segenggam penuh dengan rambut aku.  Setiap kali mandi tu habis gugur rambut aku. Mujurlah rambut aku agak tebal. Dah pelbagai jenis produk yang aku guna tetapi hasilnya kurang memuaskan.   Sampailah satu masa aku tak tahu baca dari mana. Masa tu memang viral lah pasal seborin hair tonic  ini.  Agak lama juga baru terbuka hati nak guna produk ini haha. Salah satu sebab, harga dia boleh tahan mahal juga bagi aku. Tetapi sebab betul-betul nak selesaikan mas...

Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten

Assalamualaikum Bismillah Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews & Tips Menulis Dengan Konsisten | Alhamdulillah, akhirnya capai 7M selepas 2 bulan. Bulan Ogos ini aku jarang menulis walaupun hari-hari juga aku buka blog. Aku memang setiap hari buka blog dan menulis draft tetapi jarang juga publish artikel.  Sekiranya korang nak tahu apa sebenarnya rutin harian apabila dah jadi blogger sepenuh masa, korang boleh baca  Rutin Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa [Blog Cara Sii Nurul]  Aku dah tulis beberapa aktiviti blogging yang aku lakukan setiap hari. Kalau korang tak tahu macam mana nak manage masa sebagai seorang blogger, boleh juga baca Jadual Harian Sebagai Blogger Sepenuh Masa . Boleh rujuk jadual tu dan set masa ikut kesesuaian korang di rumah.  Blog Sii Nurul Capai 7 Juta Pageviews &  Tips Menulis Dengan Konsisten Alhamdulillah, walaupun bulan ini aku kurang menulis, tetapi dapat capai juga 7M bulan ni. Penting kah pageview nie? Ehhh... penting sa...

Kedai Baju Blouse Muslimah di Shopee Yang Murah

Assalamualaikum Bismillah Hai guys, aku sebenarnya dah lama nak kongsikan kat korang senarai kedai baju blouse muslimah di Shopee yang murah. Sejak PKP ni kan, susah sangat nak beli pakaian, sebab kedai-kedai pakaian semuanya tutup. Jadi aku pun beli melalui online saja.  Aku kurang gemar sebenarnya beli pakaian secara online sebab tak boleh nak agak saiz. Walaupun kadang dah ukur tapi kalau sampai ja mesti tak muat di badan. Selain tu, susah nak tahu kain dia jenis apa.  Ada seller dia tak jelaskan material dia apa. Nak tengok review orang pula, jarang yang share betul-betul punya review. Siap bagi gambar lain-lain lagi kat bahagian review. hahaha Susahlah nak beli pakaian kalau macam nie.  Tetapi kalau tunggu habis PKP ini pun tak tahu lah bila nak habis kan. Asyik kes tinggi ja terus. Jadi, nak tak nak terpaksa beli jugalah online. Jadi di bawah aku senaraikan  kedai baju blouse muslimah di Shopee yang murah. Kedai-kedai ini antara yang aku suka sebab harga yang m...

Terima Bayaran Dari Intellifluence

Assalamualaikum Bismillah Sebelum ini aku pernah kongsikan dengan korang kan macam mana nak jana pendapatan dengan Intellifluence. Bayaran dalam USD pula tu. Boleh daftar kat Intellifluence sekarang! Pendaftaran percuma sahaja.  Hari ini aku kongsikan pula, boleh percaya ka tidak laman Intellifluence ini kan. Seperti yang korang tahu aku ada buat Task pada Bulan Julai yang lalu. So, inilah bukti pembayaran diterima dari Intellifluence. Terima Bayaran Pertama Dari Intellifluence Proses Pembayaran Dari Intellifluence ke Paypal Selepas sahaja kita dah siap buat task yang diberikan. Kalau nak tengok task mana yang dah siap atau belum boleh pergi ke bahagian Message. Korang boleh lihat lah senarai task yang dah complete, waitlisted, ataupun task yang dah expired.   Proses pembayaran mengambil masa dalam 15 hari macam tu. Dan korang akan terima payment di Paypal pada setiap hari Jumaat sahaja.  Don't worry, korang akan tahu bila tarikh payout. (Rujuk gambar) Dan paling best...

Review Aqua Whitening Cream Hansaegee Nature

Assalamualaikum Bismillah Hari ni aku nak berikan sedikit perkongsian tentang Aqua Whitening Cream . Produk ni adalah produk kecantikan dari Korea yang berfungsi sebagai pelembap, memutihkan kulit dan mempunyai ekstrak herba. Fungsi Aqua Whitening Cream Aqua Whitening Cream ni adalah krim yang berasaskan titisan air ataupun “water drop based cream”.   1. Pelembap Titisan Air “Water Drop Moisturizer” Mempunyai kesan penghidratan yang sangat baik. Titisan air akan memberikan kelembapan pada kulit dan tidak akan melekit. Kulit akan terasa sejuk dan lembut. Krim ni akan berubah menjadi titisan air selepas diletakkan di atas kulit.  Ia akan memberikan kesan kelembapan yang tinggi pada kulit sepanjang hari. 2. Pemutih dan Penghidrat Berfungsi sebagai pemutih dan menghidratkan kulit. Kandungan Niacinamide membolehkan krim ini untuk membantu memutihkan dan membaiki tona kulit yang tidak sekata selain membersihkan kulit. 3. Diformulasi dengan Ekstrak Herba Dengan adanya 8 jenis ekstrak...

Pentingnya Google Search Console untuk SEO

Assalamualaikum Bismillah Pentingnya Google Search Console untuk SEO | Hari ini aku ingin menjelaskan kepada korang tentang SEO. Apa yang aku kongsi ini hasil daripada pembacaan dan perkongsian daripada blogger yang mahir tentang SEO. Aku cuba untuk terangkan dalam bahasa yang paling mudah.  Aku tak berapa pandai sangat tulis ayat teknikal atau formal ini. So kita belajar untuk memahami SEO berdasarkan apa yang aku faham ya. Haha~ Apa itu SEO SEO itu singkatan bagi “search engine optimization.”. SEO ini ialah cara kita meningkatkan kualiti dan kuantiti trafik sesebuah website sehingga mudah untuk berada dalam carian.  Website yang mempunyai SEO yang baik akan mudah berada di ranking teratas dalam carian. Apabila website atau pun mempunyai ranking tertinggi di search engine , potensi untuk mendapatkan trafik organik juga semakin meningkat.  Selain menghasilkan trafik organik yang tinggi, SEO juga akan membantu dalam mendapatkan trafik yang tepat. Jadi korang tidak hany...

Cara Mudah Buat Blog Versi 2021

Assalamualaikum Bismillah Pada mulanya aku memang tak pernah bercadang pun nak buat tutorial macam mana nak buat blog sebab di google dah ramai yang berkongsi. Maksud aku info tentang cara nak buat blog ini ada di mana-mana dah.  Tetapi sejak belakangan ini, ramai yang tanya macam mana nak buat blog. Apa yang aku dapati cara mendaftar blog tidak sama seperti yang aku mula-mula daftar dulu. Banyak yang dah kena update. So here I'm sharing version 2021 punya.  Sebelum nak buat blog, korang kena tahu tujuan apa korang buat blog. Sekiranya korang berhasrat untuk menjadikan blog ini jangka masa panjang ataupun untuk tujuan bisnes.  Baca Sini : Macam Mana Nak Jadi Blogger Sepenuh Masa Basically korang memang seriuslah menulis blog. Aku cadangkan korang beli domain. Tetapi sebelum beli domain, kena buat blog dulu lah. Buat blog menerusi platform blogspot adalah percuma, yang penting mempunyai akaun dengan Google (Gmail).  Sebaik-baiknya create Gmail dulu ya.  Cara Mud...

Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords

Assalamualaikum Bismillah Beberapa hari yang lepas aku ada post kat personal facebook if anyone nak tanya apa-apa pasal blog. Aku dapat banyak soalan daripada blogger yang mempunyai masalah macam mana nak tengok keywords. Kebanyakkan bagitau tidak faham macam mana nak tengok keywords dan buat artikel berdasarkan keywords tu. Sebelum ini aku dah kongsikan cara nak tengok keywords melalui Google Search Console. Boleh baca di entri  Blog Sii Nurul Capai 6 Juta Pageviews & Tips Mudah Tengok Keywords Blog Ada banyak cara juga sebenarnya dan paling senang sekali tengok keywords di blog kita sendiri. I'm not sure bagi pengguna wordpress ya. Cara ini aku tunjukkan khas untuk pengguna blogspot.  Tips Mudah Tengok Keywords Blog & Buat Artikel Berdasarkan Keywords Paling senang kalau kongsi teruslah macam mana aku buat entri berdasarkan keywords ni ya. Pertama sekali korang pergi bahagian stats (Rujuk gambar di bawah ya). Klik More About This Blog Di sini korang boleh pilih sama...