Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2021

Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti di Blog Yang Anda Perlu Tahu

Assalamualaikum Bismillah Aku dah lama nak kongsikan tentang  cara menulis artikel seo berkualiti.  Ada beberapa rakan blog yang mengadu mereka tak pandai menulis artikel seo.  Sejujurnya aku sendiri tidak mahir. Apa yang aku selalu buat adalah aku selalu praktikkan apa yang aku baca secara langsung di blog aku.  Dan aku buat analisis sendiri adakah teknik tersebut berkesan digunakan di blog aku atau tidak.  Banyak info tentang seo cuma dari kita sahaja kena usaha lebih sikit untuk rajin menulis. Tiada idea? Kekangan masa? Semua tu bukan penghalang.  Aku terima banyak pertanyaan tentang bagaimana mahu menulis artikel seo? Oleh itu, dalam artikel ini aku membahaskan 13 cara menulis artikel seo yang di blog beserta contoh yang lengkap.  Cara Menulis Artikel SEO Berkualiti di Blog Yang Anda Perlu Tahu 1. Tentukan Topik  Tentukan topik ini bukan 'Judul Artikel' tetapi tema seperti parenting, pendidikan, kesihatan, isu semasa ataupun kewangan. Ikut su...

Cara Memilih Template Yang Sesuai Untuk Blog

Assalamualaikum Bismillah Pada entri sebelum ini aku ada kongsikan bahawa pemilihan template yang sesuai sangat mempengaruhi earning adsense kan? Ada beberapa faktor kenapa template yang sesuai memberi kesan terhadap trafik dan pendapatan adsense.  Kesan Pemilihan Template Yang Tidak Sesuai Apabila kita memilih template yang tidak sesuai dengan niche blog, ia akan memberi kesan negatif kepada prestasi blog seperti : 1. Kelajuan blog (pagespeed blog) akan semakin merosot.  Korang boleh tengok kelajuan blog kat  PageSpeed Insights , GTMetrix , dan Pingdom Website Speed Test  Biasanya aku hanya menggunakan 3 website ini sahaja untuk test kelajuan blog.  Apa yang menyebabkan blog kita menjadi slow dan berat?  Pertama sekali ialah imej. Saiz imej yang terlalu besar, tak compress, kelebaran dan ketinggian tidak sesuai dengan layout blog dan lain-lain.  Kedua ialah iklan yang terlalu banyak. Malahan ada yang mengganggu pembacaan pembaca. Berpada-pada ya ka...

Cara Dapatkan 10USD Google Adsense Setiap Hari

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah semuanya dengan izin-Nya aku berjaya dapatkan 10USD google adsense setiap hari. Akhirnya azam blogging 2021 untuk dapatkan 10USD google adsense dah berjaya dicapai.  Happy sangat dan masih tidak percaya sebenarnya boleh dapat earning macam ini. Aku tahu tidak mustahil. Tetapi untuk dapat dalam masa yang singkat macam nie memang di luar jangkaan aku.  Gembira dan rasa terharu sebenarnya. Tak sangka apa yang aku dah usaha selama ini akhirnya membuahkan hasil. Azam untuk dapatkan 10USD tu sebenarnya aku berharap dapat merasa sekali dua kali kira okaylah. Tak sangka Allah beri lebih. Bersyukur sangat-sangat! Oleh itu, untuk menzahirkan perasaan gembira ini, aku kongsikan dengan korang apa yang aku buat untuk tingkatkan pendapatan adsense sehingga 10USD setiap hari? Dia punya struggle nak maintain income adsense tu tak tahu macam mana nak luah. Nak jadi blogger sepenuh masa ini  memang kena betul-betul hati sado,...

Habiskan RM50 di Watson Untuk Produk Skincare

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku telah habiskan RM50 di Watson untuk produk skincare. Sebelum ini aku sama sekali tidak mempunyai rutin penjagaan muka yang tetap. Setiap hari hanya pakai pembersih muka (face cleanser) sahaja. Hal ini kerana aku merasakan dengan hanya mencuci muka sahaja sudah cukup. Selain itu aku memang tak mampu lah nak beli produk penjagaan kulit yang lain selain pencuci muka. Kalau aku beli macam suncreen, moisturizer, atau toner ke, mesti mama aku cakap "kenapa beli banyak betul? Pencuci muka sahaja kan dah cukup.." Mama aku memang tak tahu pun pasal skincare semua ni. Aku pun memang tak tahu juga mulanya sebab tu tak berapa nak peduli sangat. Kenal Pasti Masalah Kulit Muka Aku mula berjinak-jinak dengan produk skincare ini sebab aku mempunyai masalah sunburn dan whitehead & blackhead. Disebabkan masalah tersebut aku mula tulis beberapa review produk untuk mengatasi masalah kulit yang aku hadapi. Sejak dari itu, aku mula membaca banyak r...

THINGS YOU SHOULD TELL YOURSELF EVERYDAY [PART 1]

Assalamualaikum Bismillah THINGS YOU SHOULD TELL YOURSELF EVERYDAY [PART 1] Apa yang kita fikirkan setiap hari akan mempengaruhi kehidupan harian kita. Ini kerana apa yang kita fikir itulah yang kita percaya. Oleh sebab itulah betapa pentingnya kita harus berfikiran positif tentang diri kita.  1. Set a goal and take action. Tetapkan matlamat (niat) dalam apa jua yang kita lakukan. Setiap perbuatan itu disertakan dengan niat. Niat merupakan perkara yang penting kerana ia akan  menentukan hala tuju perbuatan  kita. Ini kerana, niat tidak dapat dipisahkan daripada setiap perbuatan kita. Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:  Ø¥ِÙ†َّÙ…َا الأَعْÙ…َالُ بِالنِّÙŠَاتِ Maksudnya:  “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. [Riwayat al-Bukhari (1)]. Sumber :   IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-142: NIAT SEORANG MUKMIN LEBIH BAIK DARIPADA AMALANNYA Apabila kita meletakkan sesuatu matlamat maka kita akan sedaya upaya untuk melaksanakannya...

Makanan Tinggi Kalori Punca Kegemukan

Sejak kebelakangan ini, sudah menjadi trend di mana setiap hidangan itu ditambah dengan pelbagai bahan atau topping seperti cheese leleh.  Makanan tinggi kalori seperti ini sememangnya enak, namun ia sangatlah tidak baik untuk kesihatan kita. Ini bahaya menu tinggi kalori jika kerap diambil setiap hari. Apakah yang dimaksudkan dengan kalori? Sebelum kita pergi dengan lebih lanjut mengenai bahaya makanan tinggi kalori , adalah lebih baik jika kita memahami terlebih dahulu apakah itu kalori. Kalori yang terdapat dalam makanan memberikan tubuh kita tenaga dalam bentuk haba agar badan dapat terus berfungsi. Ini bermakna, kita perlu mengambil sejumlah kalori dalam makanan untuk meneruskan kehidupan dengan sihat dan baik. Namun, tidak semua kalori dalam makanan adalah sama. Anda boleh mendapatkan 150 kalori hanya daripada sebiji gula-gula atau daripada 30 cawan salad segar. Oleh itu, kita perlu mengetahui sumber makanan dan jumlah kalorinya agar kita tidak mengambil kalori secara berl...