Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2021

Cabaran 15 Hari | Cara Anda Berfesyen

Assalamualaikum Bismillah Ya Allah lamanya nak habiskan cabaran nie kan haha. Aku takda idea nie nak tulis apa di blog, sebab tulah aku nak sambung tulis cabaran 15 hari menulis blog ni. Cabaran yang dah gagal pun tetapi takpa kita habiskan saja hehe~ Cabaran 15 Hari | Cara Anda Berfesyen You know what, masa buat cabaran ni kan my fesyen sangat berbeza dengan sekarang ya. Cepatnya manusia berubah kan. Benda yang aku tidak expect pun perubahan dari segi berpakaian. Bukanlah sebelum ni tak okay, cuma for me dah lama nak fesyen macam sekarang.  So, fesyen terkini aku lebih suka pakaian yang muslimah dan bertudung labuh. Aku baru juga belajar pakai tudung labuh dan aku rasa selesa dengan cara berpakaian sekarang. Selalu guna tudung labuh bidang 45. Sekarang dah guna tudung labuh bidang 55 atau 60. Aku beli semuanya kat shopee. Memang murah, cepat dan baju pun padan dengan harga. Suka sangat-sangat! Baju Tshirt Muslimah : ATIEF DESIGN Tshirt Muslimah DILAILA (RM39.99) Seluar : Mus...

Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 (RM500 untuk B40)

Assalamualaikum Bismillah Bantuan Zakat Kecemasan ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.  Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini. Makluman : Bantuan Zakat Kecemasan MCO 3.0 akan dibuka bermula 15 Jun 2021 (Selasa). Sebarang perubahan atau maklumat terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman web rasmi MAIWP. Sekian, harap maklum. Cara Memohon Bantuan Zakat Kecemasan 3.0 (RM500 untuk B40) 1. Pergi ke laman ini  PORTAL e-BAITULMAL 2. Klik  Sistem eZ-Zakat  untuk memohon. 3. Klik PENGGUNA BARU bagi yang baru mahu mendaftar. 4. Sila lengkapkan maklumat berikut : NO. KAD PENGENALAN  KATA LALUAN  PENGESAHAN KATA LALUAN NAMA PENUH EMAIL Pemohon perlu mengisi SEMUA butiran diri termasuk kata laluan yang akan digunaka...

Resepi Mudah Nasi Goreng Kampung Guna Perencah

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku mahu kongsi resepi mudah nasi goreng kampung guna perencah sesuai dimasak untuk orang yang paling malas nak masak dan nak ringkas saja. Macam akulah, kalau masa rajin tu memang tak guna perencah apapun. Cuba kalau masa tengah malas. Bubuh ja perencah nasi goreng, siap tak payah susah-susah.  Bahan-Bahan  2 mangkuk nasi  3 ulas bawang merah (hiris) 2 ulang bawang putih (hiris) Sayur kangkung 1 mangkuk kecil ikan bilis (cuci & toskan) Perencah nasi goreng kampung Cara Penyediaan 1. Panaskan minyak. Tumis bawang yang dah dihiris sehingga naik bau. 2. Masukkan ikan bilis. Gaul sehingga sebati. Masukkan perencah nasi goreng.  3. Selepas tu masukkan pula nasi. Gaul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan sayur kangkung.  Siap untuk dihidang. Ada orang dia tak suka letak perencah. Terpulang. Tetapi kalau aku bergantung juga. Kalau nak ringkas selalu masak macam nie. Adik-adik pun suka makan. Aku bukannya apa, setiap orang kan t...

Main Game di Plays.org Percuma Tanpa Iklan

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah website yang terbaik untuk main game. Dalam website ini terdapat lebih 100 pilihan game yang korang boleh pilih dan main.  Percuma pula tu! Kalau korang seorang yang kaki game, bolehlah pergi ke website Plays.org   Siapa yang suka memang suka sangat main game tu boleh terus main game kat Plays.org . Percuma dan tak ada iklan. Aku pun baru juga tahu kewujudan laman website ini. Aku bukanlah seorang yang selalu main game, tetapi sekiranya ada masa terluang, selalu jugalah habiskan masa main game di smartphone aku.  Cuma sejak belakangan ini aku rasa bosan pula dengan game yang ada. Candy Crush, Crossword, Magic Tiles dan banyak lagi yang yang ada ini banyak makan data internet. Terutama game SuperStar YG hehe. Yang tak bestnya main game kat handphone ni kalau line slow sangat. Memang berjanggut lah menunggu, lastly tak dapat main. Sejak aku tahu tentang website Plays.org ni aku memang jar...

Jam Tangan Buruj Orion Untuk Solat & Penunjuk Arah Kiblat Memudahkan Muslim Untuk Jaga Waktu Solat

Assalamualaikum Bismillah Hidup kalau tiada masa boleh huru-hara tak tahu waktu rehat, waktu bekerja ataupun waktu untuk beribadah. Betapa pentingnya waktu dalam kehidupan harian kita. Cuma bagaimana kita menggunakan masa 24 jam yang Allah bagi tu untuk sesuatu yang bermanfaat.  Pada masa kini jam tangan bukan sahaja menjadi keutamaan untuk melihat waktu tetapi juga menjadi aksesori tambahan kepada lelaki dan juga wanita.  Kiranya kebanyakkan orang menggunakan jam tangan ini sebagai fesyen juga. Sekarang ni hampir semua orang ada smartphone , dan lihat waktu di dalam handphone saja.  Jam Tangan Buruj Orion beli di Muslim Store Tetapi ada juga yang masih pakai tangan sebab dan terbiasa. Macam aku sendiri tak biasa pakai apa-apa aksesori seperti jam tangan, gelang dan sebagainya sebab mempunyai kulit yang sensitif. Setiap kali pakai jam mesti tanggalkan balik sebab gatal kat pergelangan tangan.  Kalau korang nak tahu, sebelum ini aku tak pernah pakai jam tau. Salah sa...

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Frontliner Perubatan melalui Kempen #KitaBoleh

McDonald's Malaysia Menunjukkan Penghargaan kepada Frontliner Perubatan McDonald’s Malaysia baru-baru ini penghantaran makanan kepada lebih 70 buah hospital yang merawat pesakit COVID-19 di seluruh negara, yang menjangkau sekitar 30,000 pekerja penjagaan kesihatan (frontliners). Kempen ini merupakan salah satu usaha terbaru dari McDonald’s Malaysia. Ini adalah kesinambungan dari rali organisasi #KitaBoleh di seluruh negara, yang dimulakan syarikat itu semasa Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) pertama tahun lalu. "Sudah lebih dari satu tahun sejak Perintah Kawalan Gerakan (MCO) pertama dilaksanakan di Malaysia. Sejak itu, kita rakyat Malaysia telah melalui berbagai tahap kehidupan selama wabak ini," kata Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald's Malaysia. Kita sendiri sedia maklum dengan suasana di hospital yang merawat pesakit Covid-19 melalui berita-berita harian. Mereka semua memainkan peranan yang sangat penting sejak berlakunya penularan ...

Resepi Sambal Kacang Ikan Bilis Paling Simple Pilihan Keluarga

Assalamualaikum Bismillah Untuk pengetahuan korang, aku tidak pernah tau masak sambal. Resepi ini aku olah daripada beberapa resepi ikut selera makan seisi keluarga. Sambal ini kurang pedas. Kalau korang suka pedas boleh tambah cili kering.  Macam-macam jenis dah sambal aku buat tapi susah nak cari rasa yang semua orang suka makan. Haha~ Akhirnya terhasillah resepi ini. Simple sangat ikut selera family aku lah. Haha~ Bahan-Bahan 1 mangkuk Ikan Bilis 1/2 mangkuk Kacang Tanah 2 sudu besar gula putih 3 sudu besar gula nisan/gula melaka 1/3 cawan air asam jawa 1/4 sudu kecil garam (optional tak letak pun boleh) Bahan Kisar 3-4 biji bawang merah kecil 4 ulas bawang putih 5 Sudu Cili Giling (Cili kering pun boleh) Cara Memasaknya  1. Bersihkan ikan bilis dan rendam selama 10 minit. Kalau nak ikan bilik yang rangup, tak perlu rendam pun boleh. Dah cuci just toskan sahaja. 2. Cuci kacang tanah dan toskan. 3. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga ranggup. Perlu kerap kacau....

99 Nama Allah (Asmaul Husna) Makna & Kegunaannya

Assalamualaikum Bismillah Dari Abu Hurairah ra bahawa Nabi saw bersabda: “Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga.” Sahih Bukhari. Fadhilat ini dipetik dari tajuk buku “Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran”, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi 1. Ya Allah Apabila dizikirkan 500 kali setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati. 2. Ya Rahman – Maha Pemurah Apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500 kali, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah. 3. Ya Rahim – Maha Penyayang Apabila dizikirkan sebanyak 100 kali setiap hari, Insya Allah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita. 4. Ya Malik – Maha Merajai/Pemerintah Apabila dizikirkan seba...