Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2022

Padam Akaun Twitter & LinkedIn

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah akhirnya aku tutup akaun twitter & linkedin.   Antara sebab aku buat keputusan untuk delete akaun tersebut kerana aku tidak aktif pun. Boleh dikatakan dalam setahun aku hanya buka 2-3 kali sahaja.  Pada mulanya aku memang nak fokus naikkan personal banding di linkedin. Tetapi sejak aku berkahwin tujuan aku berblog pun dah tak sama macam dulu. Sekarang aku lebih santai dan fokus dengan blog aku yang lain. Salah satu cara nak naikkan personal branding adalah dengan membuat banyak akaun media sosial. Sekarang yang popular sudah tentulah instagram dan tiktok.  Ramai juga dalam kalangan blogger yang mula beralih ke digital creators.  Kalau macam aku yang lebih cenderung menulis berbanding buat video, aku rasa facebook, blog, telegram dan instagram pun dah cukup buat aku serabut. Mungkin disebabkan lemah dalam pengurusan media sosial kot. Blog sendiri pun tak terjaga. Menulis pun tidak konsisten haha.  Lagi pula aku b...

Renew Domain Blog siinurul.com Untuk 2 Tahun Lagi

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Blog siinurul.com dah masuk tahun ke-3 berdomain. Walaupun dah lama berblog, kalau dikira menggunakan domain rupanya baru 3 tahun.  Untuk blog siinurul.com aku memang renew domain untuk 2 tahun sekaligus. Renew untuk setahun rasa singkat sangat masa tu. Aku kena fikirkan kos untuk berblog juga.  Perlu ke Beli Domain? Semuanya bergantung dengan diri sendiri kenapa korang memilih untuk berdomain? Ada yang memang menulis untuk suka-suka tetapi memilih untuk ada domain kerana blog senang untuk dikenali.  Ada blogger memang tak jana pendapatan secara online, tetapi disebabkan nak blog mudah dikenali pembaca mereka memilih untuk beli domain.  Tetapi sekiranya korang memilih sekadar untuk menulis tanpa menghiraukan trafik dan pembaca, maka tak berdomain pun tiada masalah. Berbaloi ke menggunakan domain? Pada pendapat aku domain blog sangat penting, khususnya kepada blogger yang menjana pendapatan secara online.  ...

Blog Bercuti 2 Minggu

Assalamualaikum Bismillah Dah lama tak update blog sebab sekarang aku tengah bercuti di Sabah. Alhamdulillah 'ala kulli hal, semuanya dipermudahkan. Dah setahun di Pontian baru ada kesempatan untuk balik kampung halaman. Banyak sangat nak cerita cuma nak habiskan masa sebaik-baiknya dengan family sebab aku dan suami tak lama pun bercuti di Sabah.  Memang sibuk sangat sebab kejap di Kota Kinabalu, kejap di Kudat. Biasalah selepas dah kahwin kena banyak ulang-alik dah walaupun family asalnya memang dari Kudat juga. Tetapi disebabkan dah lama menetap di Kota Kinabvalu, memang dah jadi orang KK. Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah permudahkan selanya buat kami. Dapat bercuti dengan family, pergi pantai, buat BBQ, jalan dengan adik-adik. Sebetulnya masih bercuti lagi.  Tetapi disebabkan rindu dengan blog, nak juga menaip sikit konon. Begitulah ceritanya.

Cara Mudah Menentukan Niche Blog

Assalamualaikum Bismillah Apa Itu Niche Blog? Niche dalam bahasa paling mudah ialah tema blog (topik khusus yang kita bina) untuk blog. Kita sendiri yang menetapkan sesuatu topik untuk dibahaskan di dalam blog. Niche adalah suatu hal yang berhubungan dengan konten dan isi suatu blog dimana dalam konten tersebut harus berfokus pada satu topik yang jelas dan dikembangkan lebih lanjut dalam micro niche. Kepentingan Niche Kepada Blog? 1. Pengunjung memahami dan tahu blog kita pasal apa. 2. Menjadikan aktiviti blog lebih terarah (direction) 3. Menjadikan kita lebih fokus akan dengan topik tertentu 4. Blog menjadi rujukan ramai orang 5. Meningkatkan CTR Iklan - Iklan yang releven dengan niche blog lebih banyak klik dari pembaca 6. Menarik minat pembaca yang mempunyai minat dalam topik yang sama Cara Mudah Menentukan Niche Blog 1. Tentukan Niche Berdasarkan Minat, Kemahiran & Pengetahuan. Kenali minat korang pasal apa. Misalnya, aku minat menulis tentang topik yang berkaitan dengan blog....

Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Akhirnya genap setahun perkahwinan kami. Banyak suka dan duka telah kami lalui. Aku percaya untuk tahun hadapan lebih banyak cabaran yang kami akan lalui bersama.  Perkahwinan sesuatu yang sangat indah bagi aku. Allah mengurniakan seseorang yang menemani kala suka dan duka. Yang sentiasa menyokong dan membimbing. Yang sentiasa mengingatkan diri untuk jadi lebih baik lagi. Tahun pertama perkahwinan memang banyak yang indah dan banyak juga cabaran dan dugaan. Lebih manis lagi apapun semua ujian-ujian itu dilalui bersama-sama dengan pasangan.  Entri kali ini aku bukan nak bagi tips rumahtangga. Aku cuma nak berkongsi cabaran tahun pertama perkahwinan. Mungkin perkongsian ini tidak memberi makna apapun pada kalian.  Aku cuma ingin merakam moment di blog ini sebagai ingatan kami selama setahun dalam rumahtangga. Cabaran Tahun Pertama Perkahwinan 1. Cabaran Kewangan Tidak dinafikan masalah kewangan merupakan cabaran palin...

Target 200k Pageviews Tercapai, Bila Waktu Sesuai Post Artikel?

Assalamualaikum Bismillah Target 200k Pageviews Tercapai! Alhamdulillah, aku tidak expect pun bahawa aku dapat capai target 200k pageviews Bulan Lepas. Hal ini demikian kerana tidak banyak artikel yang aku tulis pada bulan November berbanding dengan bulan Oktober. Menulis blog ini memang tidak boleh jangka dengan kita punya trafik. Ada masa trafik naik dan ada ketika trafik menjunam habis.  Bila Waktu Sesuai Post Artikel? Tiada jawapan yang tepat untuk tahu bila waktu yang sesuai untuk post artikel blog.  Tetapi aku boleh kongsi dengan korang pengalaman aku sendiri macam mana nak tentukan bila nak post artikel. 1. Niche Blog Apa yang aku perhatikan niche blog sangat mempengaruhi waktu posting artikel.  Kalau korang perasan, blog yang popular seperti Siakap Keli, Sirap Limau, The Vocket dan Denai Hati. Website mereka post artikel setiap sejam. Dalam sehari mereka post lebih dari 50 artikel.  Dan kebanyakkan niche blog isu semasa post artikel lebih banyak dalam sehari...