Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2021

Review Template Blog RisenMagz Dari Themeindie

Assalamualaikum Bismillah Beberapa hari ini aku tidak bersemangat nak berblog sebab line internet yang tak berapa nak laju. Bukan itu sahaja, loading blog aku belakangan ini sangat teruk. Pageview memang jatuh teruk.  Kalau korang perasan, semalam 3 kali aku tukar template blog. Susah nak cari template yang aku suka. Aku tu sebenarnya tak nak dah tukar template sebab dah selesa dengan template lama. Tetapi aku terpaksa juga tukar sebab memang teruk sangat dah. Aku nak view blog sendiri pun lambat betul. Kalau view dari mobile lagilah teruk.  Akhirnya, dengan berat hati aku pun tukar template baru. Biasanya aku selalu guna template kat Gooyaabi Template . Kali ini aku cuba beli template berbayar.  Selepas beberapa jam survey, akhirnya aku memilih template dari  Themeindie .   RisenMagz - Responsive and Mobile Friendly for Magazine Blogger Template Template yang aku gunakan sekarang ialah template dari  RisenMagz . Template yang mesra mobile dan responsive. ...

Cara Untuk Mendapatkan Rahmat ALLAH | Surah Ali 'Imran Ayat 132 - 136

Assalamualaikum Bismillah Surah Ali 'Imran Ayat 132 - 136 Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat. ( 3:132)  Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa; ( 3:133)  Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya , dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik ; ( 3:134)  Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah laku...

Himpunan Doa Nabi-Nabi Dalam Al-Quran

Berdoalah kepada Tuhan kamu dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya.  (Surah Al-A'raaf 7: Ayat 55 - 56) Himpunan Doa Nabi-Nabi Dalam Al-Quran 1. Doa Nabi Ibrahim AS "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" (Surah Ibrahim 14: Ayat 40 - 41) "Wahai Tuhanku, berikanlah daku ilmu pengetahuan ag...

Sertai PGMall dengan Kerjasama JD Worldwide Untuk Kembangkan Perniagaan Anda

Assalamualaikum Bismillah PG Mall adalah platform e-commerce tempatan yang sangat sesuai untuk membeli-belah dalam talian Malaysia. Ianya dikendalikan oleh PG Mall Sdn. Bhd. (836625-K) dan disokong oleh Public Gold Marketing Sdn. Bhd. PG Mall. Ia sudah ditubuhkan sejak 2017 lagi. PG Mall ini adalah sebuah platform e-commerce tempatan No.1 di Malaysia yang menawarkan pelbagai jenis barangan seperti keperluan harian, barangan dapur, pakaian sehinggalah barangan kesihatan serta kosmetik, termasuklah emas. PG Mall telah mengembangkan perniagaannya ke tahap yang lebih tinggi sebagai Tempat Paling Dikunjungi dan menjadikannya sebagai salah satu dari TOP 3 laman web marketplace di Malaysia berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh iPrince Insight  Sertai PG Mall dengan Kerjasama JD Worldwide Untuk Kembangkan Perniagaan Anda Pada 28 April yang lalu, secara rasminya, PGMall telah melancarkan Program Jualan ke China di Le Meridien Kuala Lumpur Hotel.  JD.com adalah platform peruncit ...

SUPRISE GIVEAWAY BY AIENIENKA

Assalamualaikum Bismillah Masih sempat lagi nak join giveaway ini. Aku tertarik nak join sebab syaratnya kena cerita pasal surprise yang kita pernah dapat. Klik Banner Untuk Join The best suprise yang pernah dapat sebelum ni.  Aku tak pernah lagi dapat surprise apa-apa even time birthday. Aku jenis yang tak suka bila kawan-kawan nyanyi 'Happy Birthday ' sebab malu hahaha xD  Setakat ini aku pernah dapat surprise panggilan telefon sahaja daripada sahabat lama masa aku sekolah rendah. Kami memang sangat rapat. Dia pindah sekolah masa Darjah 3.  Suatu hari, masa aku Tingkatan 3 aku dapat panggilan telefon. Katanya aku terpilih dalam Program Celik Pintar. Kebetulan aku pun masa tu lulus untuk ujian saringan Permata Pintar UKM1 dan UKM2. Jadi macam berfikir jugalah takkan ada program lain lagi.  Yang lucunya aku pun hampir percaya jugalah hahaha~ Sebab dia sebut nama penuh dan sekolah menengah aku pula tu.  Cuma waktu kena call tu aku dah boleh agak mesti orang ini ...

Main Game Online di Solitaire.org Tanpa Perlu Download Apps

Assalamualaikum Bismillah Siapa sini yang suka sangat main game tapi tak ada banyak pilihan? Hari ni aku nak kongsi tentang satu website yang memang terkenal dengan bermacam-macam jenis pilihan game.  Pernah dengar pasal Solitaire.org? Kalau belum, mari teruskan baca perkongsian aku hari ini. Sebenarnya aku pun tak tau sangat pasal website ni. Aku tau sebab kawan aku bagitau dekat aku. Benda baik mestilah nak kongsi kan?  Lagi satu, main kat game ni percuma tau. Lepas tu tak ada ads pula tu. Kadang kalau main game yang korang download dari playstore, mesti keluar ads juga kan? Tapi kat sini, memang langsung tak ada! Main Game Online di Solitaire.org Tanpa Perlu Download Apps Pelbagai pilihan online games Antara games yang ada termasuklah Mahjong Games (https://www.solitaire.org/mahjong-games/) Hidden Object Games (https://www.solitaire.org/hidden-object-games/) Card Games (https://www.solitaire.org/card-games/) Connect 3 Games (https://www.solitaire.org/match-3-games/) ...

Jom Join GIVEAWAY #1 by AisyahNizam

Klik untuk join Sebenarnya aku mahu support giveaway sahabat kita ini kerana katanya ini first giveaway dia. Aku faham sangat kalau pertama kali buat giveaway ni. Haha Selain itu, InsyaAllah kalau ada rezeki menang hadiah ikan bilis salted egg ini bolehlah merasa kan. Boleh buat review kat blog sekali.  Semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan ya semua. Good luck yang join!  

Giveaway by Shida Radzuan

Assalamualaikum Bismillah Klik Banner Untuk Join Aku menjemput semua rakan blogger untuk join Giveaway Shida Radzuan. Syaratnya mudah sahaja. Apa yang aku suka tentang blog shida Apa yang aku suka sangat dengan blog Shida ni. Senang sangat nak loading. Sampai sekarang aku masih usaha lagi nak buat blog aku loading lebih baik haha~ Masa mula-mula follow Shida ini aku banyak belajar edit blog, design semua pun dari Shida juga. Alhamdulillah sangat membantu aku masa awal-awal berblog dahulu. Terima kasih sangat atas perkongsian ilmu blogging. Kalau korang perasan, kat blog Shida ini ada senarai Geng Kuat Komen . Aku ini dari dulu lagi konon mahu sangat tersenarai dalam top komentator di mana-mana sahaja blog. Masalahnya aku tak rajin.. Aiihhh.. Apapun terima kasih kerana sudi anjurkan giveaway ini. Kebelakangan ini pun mood menulis merundum. Jadi, giveaway ini sangat membantu untuk kekalkan momentum juga untuk terus menulis.  Semoga dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan dan bahagia ...

Belajar Sambil Bermain - Matematik Aiskrim

Assalamualaikum Bismillah Kita tahu bahawa ais krim adalah sejenis makanan yang sedap untuk dimakan terutama pada waktu panas. Namun, aiskrim juga dapat digunakan sebagai salah satu alat untuk mengajar kanak-kanak tentang konsep mengira dalam Matematik.   Aktiviti ini dilakukan dengan membina sebuah kon aiskrim sekali gus melatih kanak-kanak dalam kemahiran mengira  (counting skills). Bahan-Bahan Kertas lukisan  Kertas berwarna coklat Kertas warna (3 jenis warna) Gam  Gunting Pensel Pen marker Cara Aktiviti Dilakukan  1. Gunting 9 helai kertas berwarna coklat bersaiz segi tiga. Pastikan size kon aiskrim betul-betul muat di atas kertas lukisan nanti. 2. Gunting 45 keping kertas berwarna (3 jenis warna) bersaiz bulat.  3. Nomborkan kon segi tiga daripada 1 sehingga 9 menggunakan pen marker. 4. Gam kertas kon tersebut di atas kertas lukisan mengikut urutan nombor menaik. 5. Bimbing kanak-kanak untuk gamkan bilanga...

Resepi Ayam Bakar Madu Guna Oven

Assalamualaikum Bismillah Pertama kali masak ayam bakar madu ni. Alhamdulillah menjadi jugalah walaupun ada kurang satu bahan. Resepi asal aku ambil dari Youtube Channel Buat Orang Lapo   Aku bab memasak ini memang tak berapa. Alhamdulillah sekarang senang dah nak belajar masak sebab ramai yang kongsi resepi di blog dan youtube. Aku simpan resepi di sini untuk rujukan hehe. Bahan-bahan 1 mangkuk ayam (6 - 8 ketul ayam) ¼ cawan sos cili ¼ cawan sos tomato ¼ cawan sos tiram 3 sudu besar madu 1 sudu besar gula perang ½ sudu besar garam 1 sudu besar serbuk cili  1 sudu besar lada hitam 2 ulas bwg putih di tumbuk lumat 2 sudu besar butter Bakar 200ºc selama 40 minit Cara-Cara Penyediaan 1.  Panaskan butter. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan madu. 2. Seterusnya, masukkan gula perang, garam, serbuk cili, serbuk lada hitam dan bawang putih. Gaul sebati. 3. Matikan api. Kemudian masukkan bahan tadi di mangkuk berisi ayam. Dan perapkan selama sejam. Lagi lama pera lagi s...

Cara Semak Bantuan Khas Covid-19

Assalamualaikum Bismillah BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.  Proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021. Cara Semak Bantuan Khas Covid-19 1. Pergi ke SEMAKAN STATUS BANTUAN KHAS COVID-19 2.  Masukkan No IC korang dan Kod yang terpapar. 3. Seterusnya, kata kunci keselamatan akan dipaparkan. Sekiranya itu adalah kata kunci korang. Klik YA.  4.  Kemudian, masukkan NO IC dan Kata Laluan korang yang didaftarkan di BPR sebelum ini.  5. Korang boleh lihat STATUS PENERIMA BKC 2021 beserta Amaun yang diterima.  6. Klik Maklumat Bayaran untuk melihat bila pengkreditan ke akaun.  Pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Secara Online

Assalamualaikum Bismillah Salah satu azam terbesar aku ialah melangsaikan hutang PTPTN secepat yang mungkin sekurang-kurangnya sebelum umur aku 30 tahun. Dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini agak sukar sebenarnya untuk bayar hutang sekaligus.  Walaupun begitu, aku tetap juga pasang niat nak bayar hutang PTPTN. Alhamdulillah, walaupun bekerja sebagai blogger sepenuh masa aku masih mampu untuk bayar ansurans bulanan. Semoga Allah mudahkan semuanya.  Macam mana kita nak tahu Nombor pinjaman PTPTN? Baiklah, bagi korang yang tak tahu apa nombor pinjaman PTPTN. Aku dah kongsikan cara di bawah :  Cara Semak Nombor Pinjaman PTPTN Secara Online Cara Pertama 1. Pergi ke link i-online ptptn 2.  Login permohonan pinjaman / semakan penyata 3. Sekiranya korang tidak ingat kata laluan. Just klik Lupa Kata Laluan untuk reset kata laluan. Password kini di reset dan password baru di hantar ke alamat email korang.  Pastikan semak email yang korang daftarkan pertama kali s...