Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2022

Random Thoughts About Blog

Assalamualaikum Bismillah Memang kalau berblog ini ada fasa-fasa tertentu ke?  Fasa berblog masa belajar lain. Fasa berblog time menganggur lain. Fasa berblog as partime lain. Berblog sepenuh masa lain. Berblog waktu masih single lain. Dah kahwin lain dan seterusnya. Tak tahulah macam mana nak luahkan kat korang. Nak kata dah tak minat berblog pun tidak juga. Masa awal kahwin hari tu memang ambil masa juga untuk menyesuaikan diri dan mencari masa yang sesuai untuk berblog. Setelah 5 bulan mendirikan rumahtangga, Alhamdulillah aku dah boleh urus masa untuk berblog. Cuma aku rasa perasaan berblog tu dah tak sama.  Nak kata rindu perasaan berblog sebelum kahwin tu tak juga. Cuma macam mana ya. Aku rasa lagi tenang dan selesa dengan keadaan sekarang. Sebelum ini aku rasa banyak betul fikir. Macam mana nak kekalkan trafik dan income blog. Supaya ada gaji bulan-bulan. Senang nak tolong family dan adik-adik.  Sekarang ini kadang risau juga pasal trafik dan income. Cuma tak banya...

Tips Ringkas Cara Melakukan Audit Blog

Assalamualaikum Bismillah Hai guys, dah lama kan tak sembang tentang tips blogging. Hari ini aku kongsikan dengan korang  Tips Ringkas Cara Melakukan Audit Blog  Ini bukan audit untuk cukai pendapatan individu tau haha..  Perlu ke Audit Blog? Pada pendapat aku perlu sangat audit blog sekurang-kurangnya sebulan sekali. Blog kita ni ibarat rumah tau, apa jadi kalau tak bersihkan selama sebulan? Pasti banyak habuk, debu, dan sampah kan.  Jadi begitu juga dengan blog. perlu sentiasa dikemaskini dan melakukan kerja-kerja pembersihan supaya performance blog kita baik, trafik okay, tampilan blog menarik dan pengunjung pun rasa nyaman gitu buka blog kita. Bukan itu sahaja, apabila kita melakukan audit, maka kita dapat mengenal pasti masalah-masalah yang ada pada blog kita.  Tapi sekiranya korang tidak berminat untuk menyelesaikan masalah blog, maka tak perlu audit pun tak apa. Kerana kerja-kerja audit blog ini memakan masa dan setiap masalah tidak dapat diselesaikan pad...

Apa Aku Beli di Watsons dan Guardian

Assalamualaikum Bismillah Hari ini mahu tulis entri yang santai-santai saja. Dah lama tak membebel kat blog kan. Asyik tulis artikel info saja. Sekali-sekala merapu di blog. Aku cuma nak kongsikan dengan korang apa yang aku beli kat Watson dan Guardian sampai boleh habis hampir RM200. Siapa yang suka masuk kat Watsons ataupun Guardian? Akulah salah satunya... Apa yang aku beli di Watsons? 1. Herbal Essences Argan Oil of Morocco Shampoo - RM30.90 Mulanya niat aku pergi Watsons tu nak beli conditioner sahaja. Tapi.. asal masuk kat Watsons saja confirm beli lebih dari satu barang. Hahaha~ Aku dah cuba pelbagai jenis shampoo dan conditioner tetapi kebanyakkan tidak sesuai dengan rambut aku. Selepas aku buat research dan tengok review kat youtube akupun buat keputusan untuk beli shampoo argan oil.  Dan dalam banyak brands, aku tertarik dengan  Herbal Essences Argan Oil of Morocco Shampoo. Dah lama nak beli cuma hari ini terdorong nak beli sebab ada promosi haha.  2. Herb...

Bake With Yen celebrates Pesta Kaamatan and Hari Gawai with special Everyday Low Price initiative

Bake With Yen launches major price initiative ahead of World Baking Day Aims to help bakers mitigate rising food prices KUALA LUMPUR, 11 May 2022 - Bake With Yen (BWY), Malaysia’s largest baking supplies retailer, today announced the rollout of a major price initiative, BWY Everyday Low Price , which aims to support bakers nationwide as they face the challenge of rising food costs. Through the Everyday Low Price initiative, Bake With Yen commits to having a variety of baking essentials favoured by bakers at the lowest prices in the market year-round. The announcement comes just ahead of the annual World Baking Day on May 17. Announcing the initiative, BWY Group Chief Executive Officer, Alexandre Rosso said, “Globally, the entire retail industry is facing supply chain challenges, as well as rising input costs. This has resulted in price increases in food products around the world. Managing this is a priority for BWY as we see it as our responsibility to help the baking community in Ma...

7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah

Assalamualaikum Bismillah Masalah kesakitan gigi bukan sahaja boleh mengganggu aktiviti di siang hari, kadangkala nak tidur malam pun susah. Ada ke cara hilangkan sakit gigi dengan mudah? Penjagaan oral sememangnya penting bagi memelihara kualiti hidup individu. Oleh sebab masalah ini boleh berpunca daripada pelbagai jenis faktor, rawatan boleh jadi berbeza mengikut asbab yang tersendiri. https://siraplimau.com/ 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah! 1. Kumur dengan air garam, cara hilangkan sakit gigi yang mudah Ini merupakan satu kaedah yang agak popular. Asal ada individu yang mengadu gigi sakit, pasti nasihat ini akan menyusul. Air yang telah dilarutkan dengan garam mempunyai sifat disinfektan (anti bakteria) semula jadi. Selain itu, ia juga merupakan medium yang boleh meloloskan sisa makanan yang tersekat di celahan gigi. Tujuannya untuk mengurangkan proses keradangan dan mempercepatkan penyembuhan luka pada ruang oral. 2. Tuam bahagian yang sakit dengan kain sejuk/ ais Anda p...

4 Amalan Pembuka Pintu Rezeki dan Penghilang Kesusahan

Assalamualaikum Bismillah Salah satu hobi yang dari dulu aku suka buat ialah menulis (taking notes) sebab aku jenis yang mudah lupa. Just mau sharing few notes daripada Tazkirah Syekh Ali Jaber. 4 AMALAN PEMBUKA PINTU REZEKI & PENGHILANG KESUSAHAN.  1. Perbanyakkan Solat Malam (Qiyamullail) Amalkan Solat Sunat Tahajjud Cuba solat Tahajjud walaupun seminggu sekali. Tinggalkan istirahat dan kurangkan tidur semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, InsyaAllah tiada kesusahan dalam hidup orang yang mengamalkan solat Tahajjud. Dalam solat Tahajjud ditekankan tentang Sujud & Berdiri. Saat berdiri kita akan menjadi lembut hati kerana mata kita tertumpu di tempat sujud. Kita akan berasa Allah di hadapan kita. Kita rasa malu untuk mengangkat muka atau berpaling. Saat bersujud kita tunjukkan kerendahan hati (posisi ini yang paling dekat seorang hamba dgn ALLAH). Betapa kita sangat memerlukan ALLAH ketika ini, sangat merindukan mahu dekat dengan ALLAH. Panjangkan sujud dengan be...

Resepi Mee Goreng Ayam Masakan Sabah

Assalamualaikum Bismillah Hai hari ini aku mahu kongsikan dengan korang masakan sabah, which is masakan aku lah hehe iaitu Mee Goreng Ayam ataupun Mee Goreng Kicap.  Kenapa aku kata masakan Sabah?  Sebab ada bahan dalam masakan ini hanya dari sabah. Apa yang specialnya? Jom kita lihat apa bahan-bahannya. Bahan-bahan Mee kuning Bawang merah Bawang putih Sayur sawi Isi ayam Cili / cili padi Telur Sos tiram  Garam secukupnya Kicap Soya Manis Cap Ayam Sabah (Inilah bahan yang tiada kat Pontian nie) Cara-cara memasaknya 1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih beserta cili padi sehingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam. Gaul sebati. Kemudian masukkan telur. 3. Setelah itu, masukkan sos tiram. 4. Kemudian masukkan mee kuning. Gaul sehingga sebati dan masukkan kicap sabah.  5. Masukkan sayur dan tambah perasa garam dan ajinamoto (Orang sabah suka guna ajinamoto) 6. Siap! Sedia untuk dihidang. Klik Join & Subscribe Channel Telegram di bawah untuk ilmu dan...

Pengalaman Menginap di Regalo Hotel, Kota Laksamana Melaka

Assalamualaikum Bismillah Tahun ini tidak dapat balik Sabah untuk beraya, maka kami pun beraya di Melaka. Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki ke Bandar Bersejarah. Suami dah banyak kali ke sini.  Perjalanan dari Pontian, Johor ke Melaka mengambil masa selama 2 jam 50 minit. Itu kalau kita ikut waze atau google maps lah. Bergantung juga dengan kesesakan lalu lintas.  Kami bertolak dari rumah selepas zohor. Untuk lebih bajet, awal-awal lagi dah sarapan kat rumah. Dan terus masak tengah hari. Sampai ja Melaka boleh terus makan bekalan dari rumah. Jadi jimat sikitlah dari segi makan.  Perjalanan sebenar dari Pontian ke Melaka mengambil masa selama 5 jam sebab terpaksa hadap kesesakan. Sampai saja di Pantai Klebang, kami terus makan tengah hari. Picnic tepi pantai sambil berehat melihat pemandangan.  Kemudian, kami terus mencari tempat penginapan. Ipar aku suggest untuk kami menginap di Regalo Hotel, Melaka. Katanya hotel ini antara yang paling murah.  Regalo...

Resepi Vietnamese Spring Rolls

Bahan-bahan popia. Rice paper wrapper (boleh dibeli dipasaraya) Daun pudina Udang yang direbus dan dibuang kulit Lobak merah yang dipotong memanjang Bihun yang telah dicelur Timun batang yang dipotong halus memanjang Bahan-bahan sos 4 sudu besar cuka 4 sudu besar sos ikan 1 cawan air 1 sudu besar gula 1 ulas bawang putih (ditumbuk) Cili padi dipotong kecil-kecil Kacang tanah tumbuk Cara-cara membuat popia 1. Mulakan dengan melembutkan rice paper wrapper. Celupkan rice paper tersebut dalam semangkuk air suam. Buat perlahan-lahan, kerana rice paper ini senang koyak.  2. Kemudian, letakkan rice paper yang telah lembut tadi, di atas pinggan. Susun daun 3 helai daun pudina di atas rice paper tadi. Kemudian susun udang (saya letak 3 ekor udang untuk setiap spring roll). 3. Letakkan bihun, lobak merah dan timun di atas udang tadi.  4. Dengan berhati-hati, lipat rice paper seperti melipat popia. 5. Lipat bahagian tepi dahulu, dan gulung rice paper sehingga selesai. 6. Siap sedia untuk...

Berapa Kerap Sepatutnya Rawatan Karang Gigi Dilakukan

Assalamualaikum Bismillah Kini, sudah ramai yang mula mengambil berat akan kesihatan mulut dalam masyarakat kita. Prosedur cuci gigi sudah tidak asing lagi untuk menyingkirkan karang gigi, bahkan banyak ditawarkan di klinik gigi kerajaan dan swasta. Apa itu cuci gigi? Proses mencuci gigi ataupun scaling merupakan prosedur pembersihan plak gigi yang dilakukan oleh doktor gigi menggunakan alatan ultrasonik. Karang gigi ialah pembentukan dan pengumpulan plak yang mengeras pada permukaan gigi. Ia boleh menyebabkan gigi tampak kuning dan tidak bersih. Alat ultrasonik scaler akan menghasilkan getaran yang mampu menghancurkan karang gigi menjadi cebisan kecil di antara gigi. Selain itu, ia juga boleh membersihkan karang gigi pada garis gusi yang sukar dibersihkan menggunakan berus gigi. Semasa prosedur ini dijalankan, gusi boleh kelihatan bengkak, terasa ngilu bahkan berdarah. Hal ini kerana gusi dan gigi yang berkarang sedang menyesuaikan diri dengan proses tersebut. Apakah itu karang ...

Jana Pendapatan Dengan Innity | Terima Bayaran Pertama

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku nak berkongsi sedikit tentang Innity. Selain Google Adsense, aku juga jana pendapatan melalui Innity.  Permohonan Innity ini sedikit ketat berbanding Google Adsense kerana ia lihat kepada performance dan trafik blog kita. Kalau korang mempunyai trafik blog yang tinggi bolehlah memohon Innity.  Cuma ramai blogger tak suka sebab dari segi bayaran tidak setinggi Google Adsense kerana ia dibayar dengan MYR.  Selain itu, susah sikit nak agak earning dikira macam mana. Ada masa earning tiba-tiba mencanak naik, ada masa turun.  Best Tak Jana Pendapatan Dengan Innity? Ada kelebihan dan kelemahan dia juga sebenarnya.  Aku suka jana pendapatan melalui Innity sebab format iklan dan jenis iklan yang dipaparkan bagi aku sangat simple. Ada pilihan untuk iklan desktop dan mobile. Sama juga seperti Google Adsense. Iklan Innity juga relevan dan tidak merepek. Sedap mata memandanglah. Kalau Google Adsense ni banyak iklan yang kita kena ta...

Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya perkongsian ini aku dapat melalui Twitter @anisssurayaaa . Dia kongsikan tentang cara dapatkan balik duit hilang dalam akaun bank.  Jom ikuti perkongsian kat bawah.  Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank 1. Call nombor belakang kad bank Perkara pertama sekali korang kena buat adalah terus call nombor yang ada dekat belakang kad tu. Korang kena informkan customer service berkenaan unknown transaction. Kemudian pihak bank akan siasat dan block kad korang.  2. Screenshot semua transaction dan highlight unknown transaction tersebut. Korang kena screenshot dan highlight unknown transaction sebagai bukti kepada pihak bank. 3. Download 'Dispute Form' Korang search je dekat google dispute form, download dan terus isi. Boleh download  DISPUTE FORM - Maybank2u Contoh 'Dispute Form' untuk bank-bank lain : TRANSACTION DISPUTE FORM - CIMB Disputed Transactions Form.pdf - Hong Leong Bank DISPUTED TRANSACTION FORM - RHB 4. Email...

Tak Dapat Balik Sabah, Beraya di Johor Saja

Assalamualaikum Bismillah Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Maaf Zahir dan Batin. Masih belum lagi terlambat bah kan nak bagi ucapan raya. Raya tahun ini cukup berbeza sekali buat aku.  Raya tahun ini banyak sekali kejutan kan. Persiapan pun tiada. Sedar tak sedar tiba-tiba Ramadan dah berlalu. Sedih sebenarnya, Ramadan pergi tanpa sempat nak kata 'Selamat Tinggal'. Entah bila kita dapat jumpa Ramadan lagi.  Image : johorkini.my Tahun ini memang tidak banyak buat persiapan untuk Hari Raya. Aku ada jugalah buat biskut raya sedikit dan masak rendang. Walaupun sambutan raya kali ini tidak meriah sebab jauh dari keluarga, raya tetap raya kan. 1. Beraya di Pontian, Johor Pertama kali aku beraya di Johor. Tak tahu nak kata apa. Sebenarnya gembira dan dalam masa yang sama sedih juga. Rindu mahu makan ketupat yang mak buat. Nak tahu suasana beraya dengan keluarga husband macam mana. I mean, raya kali ini semuanya first time buat aku sejak aku berkahwin.  Paling sedih tu bila...