Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2025

Proses Blog Recovery www.siinurul.com

Dah hampir 10 tahun aku menulis blog, beribu artikel dah terhasil, dan pernah capai income yang best. Tapi sekarang rasa macam blog ni dah hilang arah.  Trafik yang dulu tinggi, sekarang turun mendadak. Adsense yang dulunya mengalir macam air, sekarang tinggal sikit ja. Google pula makin kejam dengan algoritmanya yang susah nak faham.  Tambah lagi, Core Web Vitals pun dah merah terang-terang. Nak padam artikel lama pun rasa serba salah sebab semua tu ada kenangan, usaha, dan pernah berjaya naikkan blog dulu. Tapi minggu ni, aku rasa dah sampai masa untuk mula buat blog recovery. Audit Artikel Lama: Guna Teknik "Keep / Improve / Remove" Bila blog dah penuh dengan artikel, memang susah nak tentukan mana yang patut terus ada dan mana yang perlu dibuang. Tapi, audit artikel lama ni penting sangat dalam proses pemulihan blog. Teknik yang aku guna untuk audit artikel adalah teknik "Keep / Improve / Remove". Kriteria "Remove": Trafik 0 > 6 bulan – Kalau ar...

Nasi Ayam Haji Ali - Taman Sri Aman Pontian

  Walaupun aku dah lama stay Pontian, sebenarnya tak semua restoran aku pernah cuba. Lagipun aku dan suami jarang makan luar—lebih suka makan masakan rumah. Tapi ada masa bila sendiri kat rumah, rasa teringin juga nak makan luar. Sekali sekala tu, order delivery. Kali ni aku try order dari Nasi Ayam Haji Ali, yang terletak di Taman Sri Aman, Pontian. Aku nampak ramai juga orang local recommend tempat ni, especially kalau craving nasi ayam. Kalau tengok di Grab review macam okay. Aku order dua jenis menu iaitu Nasi Ayam Sambal dan Mee Goreng Ayam. Saja nak try dua-dua sebab nak tahu sedap ke tak, berbaloi ke dengan harga. First sekali aku cuba Nasi Ayam Sambal, Pontian. Jujurnya, nasi ayam dia boleh lah, biasa-biasa ja.. Macam mana nak cakap ya—so-so gitu. Tak terlalu mengecewakan, tapi tak juga sampai buat rasa "wow". Nasi dia ok, lembut tapi tak ada rasa istimewa sangat. Sambal pula tak terlalu pedas. Kalau korang jenis suka sambal yang padu dan menyengat, mungkin sambal ...

Rehat Jika Perlu Tapi Jangan Sampai Hilang Semangat

Dalam setahun pasti ada ja artikel pasal burnout nie kan? Penat sangat ke jadi blogger? Menjadi seorang blogger sepenuh masa bukan sekadar menulis. Ia memerlukan tenaga mental, kreativiti, dan komitmen yang berterusan. Setiap hari fikir tajuk, tulis entri, urus media sosial, fikir pasal trafik, pendapatan, ranking SEO — semua tu perlukan tenaga emosi yang besar. Aku sendiri dah struggle hampir 9 tahun, cuba kekalkan blog supaya kekal hidup. Cuba update dengan konsisten, cuba lawan penat, cuba buat semua ikut “game” algoritma. Tapi makin lama, semua tu jadi beban, bukan lagi nikmat. Bila Burnout Datang, Semua Rasa Berat Bukan setakat letih fizikal, tapi otak dan hati pun rasa kosong. Nak buka laptop pun rasa malas. Nak fikir satu tajuk entri pun boleh ambil masa berjam-jam. Dulu menulis sebab seronok. Sekarang menulis sebab terpaksa. Bukan sebab tak bersyukur. Tapi realitinya, bila buat blog sepenuh masa, aku perlukan hasil. Aku perlukan pendapatan. Aku perlukan kepastian bahawa usaha...

Review Blog dcatqueen.com – Travel Blogger Aktif & Rajin Komen

Salah satu perkara yang menggembirakan diri sebagai blogger adalah apabila ada kawan blogger yang bukan sekadar membaca, tetapi juga rajin meninggalkan komen yang bermakna.   Dan kalau korang aktif dalam dunia blog, nama Fanny dari blog dcatqueen.com pasti tak asing lagi. Kat mana-mana artikel pun pasti nampak nama Fanny.  Bahkan setiap kali aku buka ruangan komen, blog Fanny hampir tak pernah ketinggalan – memang blogger yang supportive! Kadang terharu guys sebab aku kan dah lama tak blogwalking. Aku baca ja komen dan artikel blogger yang lain cuma bab komen ja kurang sikit.  Siapa Fanny? Fanny adalah  travel blogger dari Indonesia yang dah lama aktif dalam dunia blog sehingga kini masih aktif menulis. Blognya sangat konsisten dan merangkumi pelbagai topik, menjadikannya antara blog yang seronok untuk diterokai. Apa Kandungan Menarik dalam Blog dcatqueen? 1. Travelogue dan Cerita Pengembaraan Fanny banyak berkongsi pengalaman melancong – sama ada dalam negeri ata...

Tak Perlu Tunggu Anniversary! 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Kita selalu tunggu birthday, anniversary atau Hari Bapa baru nak bagi hadiah dekat suami, kan? Tapi sebenarnya… suami pun suka kejutan spontan!  Lagi-lagi kalau kita bagi  hadiah untuk suami tanpa sebab — waktu dia tengah penat kerja, tengah stres, atau waktu dia langsung tak sangka. Barulah rasa dihargai tu berganda-ganda! Jom tengok 10 idea hadiah murah untuk suami yang simple tapi confirm buat dia senyum lebar. 1. Minyak Wangi Pilihan Dia Lelaki memang suka bila orang puji bau dia wangi. Cari minyak wangi yang dia selalu pakai, atau surprise dia dengan bau baru yang macho. Mesti dia perasan dan happy! Orang lelaki lagi suka apa-apa yang dipakai dihadiahkan oleh isteri. 2. Wallet Baru (Lagi-Lagi Kalau Yang Lama Dah Koyak!) Percaya tak, ramai suami guna dompet sampai lunyai? Kadang malu nak beli baru. Dompet ni antara hadiah untuk suami yang sentiasa relevan — sebab dia guna setiap hari. Kalau isteri boleh beli handbag mahal-mahal takkan nak belikan dompet untuk suami pun ta...

Lirik Lagu Lebih Indah Berpisah - Bella Astillah, Ade Govinda

Bella Astillah, Ade Govinda - Lebih Indah Berpisah Aku sudah tak mau bicara Aku sudah dibuat tersiksa Untuk apa kupertahankan Seakan tiada berguna Lebih indah berpisah Aku bingung tak menentu Menghadapimu, semua egomu itu Tak hargai aku Aku tlah ikhlas semua Sudah cukup derita Cukup sudahlah cinta Ada yang lain yang kau puja Aku sudah tak mau bicara Aku sudah dibuat tersiksa Untuk apa kupertahankan Seakan tiada berguna Kamu terlihat tak lagi cinta Kamu tak lagi menganggap ada Untuk apa kuperjuangkan Seakan tiada berguna Lebih indah berpisah Aku sudah tak mau bicara Aku sudah dibuat tersiksa Untuk apa kupertahankan Seakan tiada berguna Kamu terlihat tak lagi cinta Kamu tak lagi menganggap ada Untuk apa kuperjuangkan Seakan tiada berguna Lebih indah berpisah Lebih indah berpisah Aku pilih berpisah Stream 'Lebih Indah Berpisah  https://bellaastillah.lnk.to/LebihIndahBerpisah

8 Cara Hasilkan Banyak Artikel Blog Yang Terbukti Berkesan

Korang tahu tak rahsia konsisten update blog dengan banyak artikel walaupun sibuk dan kekurangan idea?  Ada beberapa teknik mudah yang aku sendiri dah praktikkan sejak aku mula menulis blog dari tahun 2019. Jadi hari ini aku ingin kongsikan tips terkini dan praktikal untuk hasilkan lebih banyak artikel tanpa stres dan burnout. 1. Catat Sebelum Lupa Idea menulis blog datang tanpa diduga. Sama ada tengah lipat kain, tengah memandu, atau tengah mandi, kadang-kadang ilham menulis boleh datang mengejut. Kalau tak cepat-cepat catat, idea memang boleh hilang macam tu ja. Kalau korang jenis suka cara tradisional macam aku, bawa ja buku nota kecil ke mana-mana. Yang penting— tulis dulu sebelum lupa , walau hanya satu ayat atau keyword ringkas. Kadang-kadang satu ayat tu boleh berkembang jadi satu artikel penuh esoknya. Kalau korang jenis yang lebih suka menulis dengan tangan, cara ni memang paling sesuai. Ada orang rasa lebih "connected" bila mencatat idea secara manual—lebih pua...

Bagaimana Mendapatkan Kelulusan Pinjaman Mikro di Malaysia: Faktor Utama dan Cadangan

Apa yang mempengaruhi kelulusan pinjaman mikro di Malaysia? Pinjaman mikro semakin popular sebagai alat untuk menyelesaikan masalah kewangan jangka pendek di Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pinjaman mikro, peminjam perlu melalui beberapa peringkat, masing-masing boleh mempengaruhi keputusan pemberian pinjaman.  Dalam artikel ini, kami akan membincangkan faktor utama yang mempengaruhi proses kelulusan pinjaman mikro di Malaysia, serta memberi cadangan untuk membantu peminjam meningkatkan peluang kelulusan. Organisasi mikro-kewangan dan platform dalam talian menawarkan kemudahan dan keselesaan dalam mendapatkan pinjaman, tetapi proses kelulusan tetap agak rumit dan berperingkat. Ini berkaitan dengan keperluan untuk meminimumkan risiko kepada pemberi pinjaman dan memastikan kestabilan kewangan peminjam. Untuk meningkatkan kemungkinan kelulusan pinjaman mikro, peminjam perlu mempertimbangkan beberapa faktor utama dan mengelakkan kesilapan biasa. Proses kelulusan pinjama...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...

Setahun Sekali Tukar Langsir Sliding Door – Rutin Simple Tapi Bikin Bahagia

Tak sangka, dah setahun menyewa di rumah ni. Rasa macam baru ja pindah, tapi tengok-tengok langsir pun dah mula lusuh. Tu tandanya dah tiba masa untuk upgrade langsir sliding door ! Tahun lepas aku pilih warna biru kehijauan yang simple dan murah — beli di shopee ja. Tahun ni, aku tukar angin sikit. Kali ni, aku pilih warna cream campur coklat lembut. Kenapa Tukar Langsir? Sebenarnya langsir yang aku beli tahun lepas masih elok warnanya. Kain ringan tu masih nampak cantik dan tak pudar pun. Tapi ada beberapa sebab kenapa aku tetap buat keputusan untuk tukar juga tahun ni. Antaranya: 1. Tanda Dah Setahun Tinggal Dah setahun menetap, rasa macam nak ‘meraikan anniversary rumah sewa’ pulak. Hehe. Walaupun rumah bukan milik sendiri, aku tetap nak rasa selesa dan happy bila duduk dalamnya. Tukar langsir ni macam hadiah untuk diri sendiri juga 😄 2. Bahagian Bawah Langsir Dah Kotor Sikit Yup, tak boleh tipu — bahagian bawah langsir lama tu dah mula kotor sikit, mungkin sebab terkena lantai a...

5 Tips Cari Kerja Remote & Work From Home (Panduan 2025)

Kerja dari rumah (work from home) bukan lagi satu trend sementara – sekarang dah jadi gaya hidup! Ramai orang mula cari peluang kerja remote untuk fleksibiliti, jimat masa, dan boleh bekerja dari mana-mana saja. Tapi macam mana nak mula? Kalau korang tengah cari kerja remote, artikel ni adalah langkah demi langkah yang korang boleh ikut, siap dengan tips praktikal dan platform yang boleh bantu. Ini 5 Tips Cari Kerja Work From Home  1. Update CV atau Resume Format ATS Sebelum korang mula apply kerja remote, pastikan CV korang updated dan mesra ATS (Applicant Tracking System) . Apa benda tu? ATS ni sistem yang digunakan oleh HR untuk tapis resume secara automatik. So, pastikan: Guna format simple dan bersih Susun pengalaman kerja dari yang terkini paling atas Senaraikan kemahiran yang relevan, contohnya Canva, Microsoft Excel, Email Marketing, dan lain-lain. Jangan lupa letak sijil korang. Aku cadangkan korang ambil courses percuma seperti Google Digital Garage, Hubspot Academy, Ca...