Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2023

Rahmat Allah Mendahului MurkaNya

Alhamdulilah, kita umat islam pada hari ini baru sahaja selesai melakukan ibadah puasa dan kita sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan penuh rasa kesyukuran.  Ramai di kalangan kita begitu bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah pada bulan Ramadhan tetapi selepas daripada itu, ibadah telah diperlahankan seolah-olah ia hanyalah untuk bulan Ramadhan sahaja dan bukanlah untuk bulan-bulan yang lain. Daripada Aisyah R.Anha, Nabi SAW bersabda: اللَّهمَّ إنَّكَ عفوٌّ تحبُّ العفوَ فاعفُ عنِّي Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, dan Engkau sukakan pengampunan, maka ampunilah aku”. Hadis riwayat al-Tirmizi (no.205). Beliau menyatakan hadis ini hasan sahih. Perkataan “العفوَ” adalah salah satu daripada nama-nama Allah dan dia (keampunannya) melebihi keburukan-keburukan hambaNya dan Maha Menghapus kesan-kesan keburukan itu. Dia suka akan kemaafan dan sangat suka memaafkan hambaNya. Allah suka akan hambaNya yang saling memaafkan sesama mereka. Ketika seorang hamba ...

Tahun Kedua Beraya di Johor, Tak Dapat Balik Sabah Lagi

Assalamualaikum Bismillah Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!  Tahun ini merupakan tahun kedua beraya di Johor. Raya kali ini sedikit sayu sebab kebanyakkan semuanya balik Sabah. Tinggal kami berdua (dengan husband) sahaja.  Tahun ini aku tak buat biskut raya. Beli kat Target dan Econsave sahaja. Asal ada bikin makan. Persiapan raya kami cuma sederhana.  Sedih husband dah lama nak balik raya since PKP lagi. Cuma belum ada rezeki. Kiranya ini tahun ketiga husband tak dapat beraya di Sabah. Aku pun dah 2 kali tak dapat balik sejak kahwin. Beginilah hidup kami sebagai perantauan yang mencari rezeki di negeri orang. InsyaAllah tahun depan memang dah plan nak balik raya. Doakan kami ya.  Doakan juga kami semoga tahun ini dikurniakan cahaya mata.  Selamat Hari Raya! Take care and have a good moments with your beloved one. 

The Importance of Risk Management in Forex Trading | Protecting Your Investments

Forex trading is the world's largest financial market, commonly known as foreign exchange trade. It entails purchasing and selling currencies for a profit. The forex market is open 24 hours a day, five days a week, with a daily turnover of $6.6 trillion, making it an appealing investment option for traders worldwide. However, forex trading does not come without hazards, and traders must grasp the significance of risk management to preserve their money and no deposit bonus forex. Understanding Forex Trading Forex trading is the purchase and sale of currencies depending on the exchange rate of two currencies. Supply and demand, economic data, and geopolitical events determine the currency rate. The forex market is decentralized, with a network of banks, organizations, and individual traders operating it. Central banks, commercial banks, investment banks, hedge funds, and retail traders are the primary participants in the currency market. Because it supports international commerce and...

Amalkan Surah Al-Mulk Sebelum Tidur Agar Selamat Dari Azab Kubur

Assalamualaikum Bismillah S urah al mulk sebelum tidur Kelebihan membaca Surah Al-Mulk dapat memberi syafaat kepada yang membacanya. Surah ini akan memberi syafaat kepada kita sekiranya dibaca setiap hari. Surah Al-Mulk akan menolong kita (syafaat) sehinggalah dosa-dosa kita diampunkan. (TAZKIRAH : Syafaat Surah Al Mulk ( Selamat Dari Azab Kubur) - Ustaz Shamsuri Ahmad) Surah al-Mulk mempunyai kelebihan apabila dibaca pada setiap malam. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda: إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk. Riwayat Ibn Majah (3786) Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk h...

Malam Lailatur Qadar Serta Doa Paling Afdal Dibaca di Bulan Ramadan Pada 10 Malam Terakhir

Assalamualaikum Bismillah Tak sangka kita telah tiba pada 10 malam terakhir ramadan 2023 yang mana merupakan fasa pelepasan daripada api neraka. Dalam fasa terkhir ini juga terdapat satu malam yang penuh dengan keberkahan iaitu Malam Lailatul Qadar yang mana ia adalah malam yang lebih baik dari seribu bulan. Dalam Tafsir Surah Al-Qadr Firman Allah SWT: (۲)إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿۱﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ   لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ   Maksudnya: “Sesungguhnya kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.” (Surah al-Qadr: 1-3) Maksud Malam Lailaturqadar Perkataan Lailatulqadar adalah daripada dua kalimah: Lailah yang memberi maksud apabila tenggelamnya matahari sehingga terbitnya fajar atau berlawanan dengan siang hari. Sedangkan al-Qadar pula memberi maksud kemuliaan atau hukum dan ketetapan. Malam inila...

Komplikasi dalam Pembentukan Identiti ‘The Beloved’ di dalam buku "Heroes and Other Stories" Karya Karim Raslan

Assalamualaikum Bismillah Malam tadi aku check email, ternampak satu fail lama tentang tugasan yang aku pernah buat semasa di Universiti. Antara subjek elektif yang aku pernah ambil ialah "Sastera dan Gender".  Subjek ini antara subjek yang menarik dan seronok bagi aku.  Jadi aku mahu kongsikan di blog beberapa soalan tugasan sebagai kenangan semasa belajar dulu. Semoga bermanfaat buat mereka yang belajar subjek yang sama.  Soalan 1 : Bincangkan komplikasi dalam pembentukan identiti Alissa dan Johari yang membuatkan  mereka berpisah dan berkahwin dengan pasangan masing-masing. Berdasarkan cerpen pendek yang bertajuk ‘The Beloved’ di dalam buku Heroes and Other Stories karya Karim Raslan yang mana cepen pendek ini meletakkan Johari dan Alissa sebagai watak utama.  Komplikasi pembentukan identiti di antara Johari dan Alissa telah menjadi penyebab kepada terputusnya hubungan percintaan mereka yang akhirnya membawa kepada perkahwinan pilihan pasangan mereka masin...

PERMOHONAN JAWATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN GRED DG41 BAGI GRADUAN PENDIDIKAN TAHUN 2023

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) mempelawa graduan pendidikan yang telah menamatkan pengajian dan memperoleh keputusan senat universiti pada tarikh tutup hebahan ini bagi memohon jawatan sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 secara TETAP di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). KETERANGAN 1.1. Syarat-syarat lantikan PPP Gred DG41 secara tetap: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup hebahan jawatan; (c) Memiliki kelayakan seperti berikut:  i. ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara serta Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau   ii. ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang pendidikan daripada institusi pengajian tinggi tempatan (universiti awam dan swasta) dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denga...

Checklist 10 Amalan Sepanjang Bulan Ramadan

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, Ramadan tahun ini korang ada buat checklist tak? Hari tu aku dengar tazkirah dari Ustaz Adi Hidayat dan juga Ustaz Wadi Anuar. Kata mereka sepatutnya kita awal-awal lagi buat checklist amalan yang kita nak buat sepanjang Bulan Ramadan. Macam mana persediaan kita untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, begitu juga persiapan kita menyambut Bulan Ramadan. Dan kalau boleh tahun ini kita semua berazam untuk dapatkan Malam Lailatur Qadar. Oleh itu, dalam entri kali ini, aku dah buat  Checklist 10 Amalan Sepanjang Bulan Ramadan.  Tidak dapat amalkan semua, jangan tinggal semua. Semoga Ramadan tahun ini menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa kepada ALLAH.  1. Bangun sahur & Buka Puasa On-Time Diriwayatkan daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda: تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السُّحُورِ بَرَكَةً Maksudnya: "Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan." Riwayat al-Bukhari (1923), dan Muslim ...

Indeed, Allah is with the patient | Innallaha Ma As Sabireen

Sabr isn't easy Sabr is tears Sabr is feeling alone Sabr is swallowing insults Sabr is smiles covering tears Sabr is crying for the response of Allah But every believer has sabr Because a believer knows Indeed, Allah is with the patient.  O you who have believed, seek help through patience and prayer. Indeed, Allāh is with the patient.— (Quran al-Baqarah 2 : 153) The Virtue of Patience and Prayer After Allah commanded that He be appreciated, He ordained patience and prayer. It is a fact that the servant is either enjoying a bounty that he should be thankful for, or suffering a calamity that he should meet with patience.  A Hadith states: «عَجَبًا لِلْمُؤْمِنِ لَا يَقْضِي اللهُ لَهُ قَضَاءً إلَّا كَانَ خَيْرًا لَهُ: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ فَشَكَرَ كَانَ خَيْرًا لَهُ وإنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ فَصَبَرَ كَانَ خَيْرًا لَه» (Amazing is the believer, for whatever Allah decrees for him, it is better for him! If he is tested with a bounty, he is grateful for it and this is better fo...

Salam Nuzul Quran 2023

Sehingga kini, satu-satunya mukjizat Nabi Muhammad yang berkekalan hatta sehingga hari kiamat adalah al-Quran. Ianya merupakan Kalam Ilahi yang mana menjadi panduan kehidupan menyeluruh umat Islam dari pelbagai aspek dunia dan akhirat. Nuzul yang juga bermaksud Penuran al-Quran adalah bertujuan bagi memberikan petunjuk dan menjadi panduan agar manusia dapat membezakan antara haq dan batil. Ianya satu-satunya jalan kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunya ayat al-Quran yang pertama kepada Muhammad melalui perantaraan Malaikat Jibrail iaitu lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq hinggalah seterusnya turun secara berperingkat menjadi lengkap sebagaimana kita al-Quran yang ada pada hari ini. Kita harus mengambil inspirasi dari Nuzul Al-Quran untuk terus belajar, meningkatkan pengetahuan dan pemahaman kita tentang agama, serta mengaplikasikan nilai-nilai suci dalam kehidupan sehari-hari kita Kredit : Raudhah Rizq

Siinurul.com Blog Performance March 2023

Siinurul.com Blog Performance March 2023 Al hamdulillah 'ala kulli hal. Performance blog untuk bulan Mac menunjukkan peningkatan dari segi clicks dan impressions berbanding pada bulan Februari. Ini adalah pertama kali blog mencecah 1.75M impressions dalam masa sebulan yang mana paling tinggi setakat ini. Dan pada bahagian clicks juga meningkat sedikit.  Apa yang aku perbaiki sepanjang Bulan Mac? 1. Update artikel dengan konsisten Setelah melihat kepada perubahan yang ketara pada bulan Februari. Aku memutuskan untuk update artikel dengan konsisten. Sejujurnya aku cuba untuk update setiap hari tetapi bukan mudah. Jadi aku cuma dapat menulis sebanyak 22 artikel sahaja pada bulan Mac. Salah satu cara supaya aku dapat menulis dengan konsisten adalah dengan menyediakan notebook content calender untuk blog.  A content calendar (also known as an “editorial calendar”) is a written schedule of when and where you plan to publish upcoming content. 2. Menggunakan gambar original (Optimiza...

Bagaimana Nak Tahu Berat Badan Ideal Untuk Wanita? Bukan Sekadar Kira BMI Sahaja

Ingin turunkan berat badan? Tidak pasti apakah berat badan ideal wanita? Tahukah bahawa semua wanita mempunyai berat badan ideal yang berbeza-beza. Jadi, berat badan ideal wanita tinggi 155 dan 165 adalah tidak sama! Sebelum mengira berat ideal, korang perlulah faham apa itu BMI. Pengiraan BMI dapat membantu untuk menentukan berat ideal masing-masing. Ramai wanita menginginkan berat badan yang sihat. Namun, berat yang ideal berbeza mengikut beberapa faktor. Oleh sebab itu, semua wanita mempunyai berat ideal yang berbeza. Antara faktor yang mempengaruhi berat badan ideal seorang wanita ialah: Umur Bentuk badan Komposisi lemak dan otot Ketinggian Menurut sebuah kajian yang dijalankan pada tahun 2019, 49% wanita di negara kita mempunyai ketinggian sekitar 155-163 cm. Tambah lagi, kajian yang dimuatkan di dalam Malaysian Journal of Nutrition mendapati purata berat badan wanita di negara kita masing-masing adalah di sekitar 62.65 kg. Kebanyakan rakyat Malaysia juga obes! Bukan itu sahaja,...

Foodpanda Memantapkan Sokongan Terhadap Penunggang Penghantaran di Malaysia Menerusi Kempen 'Double Tips, Double Love'

Bagi menzahirkan penghargaan kepada rakan penghantarannya, foodpanda Malaysia akan menggandakan tip yang diterima daripada pelanggan. Inisiatif ini juga akan diperkenalkan di lima pasaran lain di mana foodpanda beroperasi mengikut fasa dan dijangka akan memberikan impak kepada lebih 124,000 penunggang penghantaran di seluruh rantau ini. Menerusi inisiatif ini, foodpanda menyasarkan untuk meningkatkan semangat penunggang penghantarannya dengan memberi penekanan terhadap peranan penting yang dimainkan oleh mereka dalam ekosistem penghantaran. Malaysia, 30 Mac 2023 – Bagi menzahirkan penghargaan kepada ramai penunggang dan pejalan kaki penghantaran yang sentiasa bekerja keras untuk menghantar makanan dan barangan runcit, foodpanda melancarkan kempen ‘double tips, double love’ pada bulan ini. Dalam kempen ini, foodpanda akan memadankan setiap ringgit tip yang diberikan oleh pelanggan kepada penunggang penghantaran melalui aplikasinya, memberi peluang kepada mereka untuk menggandakan jumla...