Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Setelah 4 tahun, permohonan kali kedua untuk jawatan Pegawai Psikologi Gred S41 telah melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh suruhanjaya. Aku pun bukalah laman web SPA9 untuk lihat status permohonan semasa. Kemudian, aku nampak alamat email yang didaftarkan di SPA9 perlu pengesahan dahulu. Pengesahan Maklumat Akaun Pengesahan pada seksyen di bawah diperlukan bagi membantu pihak pemohon; dan juga pihak SPA dalam menguruskan keselamatan akaun pemohon. Oleh itu, semua pemohon wajib buat pengesahan email untuk memastikan permohonan jawatan yang dipohon terus diproses. Cara Buat Pengesahan Alamat Email SPA9 (Updated 2023) Cara untuk membuat pengesahan alamat email SPA9 mudah sahaja. Ikuti perkongsian di bawah : 1. Login ke laman web SPA9 → https://spa9.spa.gov.my/login. Masukkan nombor kad pengenalan beserta kata laluan yang telah didaftarkan. 2. Korang boleh terus klik PENGESAHAN EMEL seperti...
I just love to write