Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

ZStar Global - Servis Pemasaran Digital Malaysia

Assalamualaikum Bismillah Hai semuanya! Entah mengapa sejak kebelakangan ini aku sering terbaca tentang ZStar Global ini. Maka, aku rajin-rajinkanlah diri ini membaca artikel daripada rakan blog lain dan website rasmi ZStar Global ini. Rupanya bagus tau! Sangat recommended untuk pemilik syarikat yang ingin meningkatkan kualiti dalam servis pemasaran digital terkini. Apakah Itu ZStar Global? (We Plan. We Create. We Manage) Dengan pengalaman lebih dari 5 tahun, Zstar Global menyediakan perkhidmatan pemasaran dan pengiklanan secara semua dalam satu (All In One).  ZStar Global membantu pemilik syarikat dalam membentuk sebuah perincian kandungan yang hebat, membina kesedaran jenama produk dan meningkatkan penjualan produk syarikat anda. Lima Kelebihan Yang Dimiliki ZStar Global 5 tahun pengalaman Sudah mempunyai lebih daripada 70 pelanggan yang setia bersama kami sepanjang empat tahun ini. Antara SEO terbesar yang mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Telah mencapai pening...

Resepi Sayur Kobis Masak Kicap Paling Ringkas

Assalamualaikum Bismillah Perasan tak kalau semua resepi aku buat mesti ringkas dan paling simple punya. Jangan tanya kenapa aku tak letak banyak bahan sebab memang itu sahaja bahan ada kat rumah. Dalam erti kata lain tak sempat nak beli bahan lagi-lagi ketika pkp nie kan. Dalam seminggu kami beli belanja dapur 3 kali sahaja.  So kerja aku di rumah, apa yang aku boleh masak dengan bahan yang begitu sikit. Sekiranya korang mempunyai masalah seperti aku, bolehlah mencuba resepi sayur kobis masak kicap yang paling ringkas ini.  Bahan-Bahan 1 mangkuk sayur kobis 2 ulas bawang merah (dihiris) 2 ulas bawang putih (dihiris) 1 mangkuk fishcake Sos tiram Kicap manis Garam / Perencah cukup rasa Boleh letak bahan lain seperti : lobak, cili merah, ikan bilis Cara-cara memasak : 1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dah dihiris sehingga naik wangi. 2. Masukkan fishcake, sos tiram dan kicap secukupnya. Gaul rata. 3. Masukkan sayur kobis. Kacau rata sehingga lembut....

Kenapa Aku Berhenti Buat Review Produk Berbayar??

Assalamualaikum Bismillah Aku telah lama fikirkan nak buat entri pasal ini. Alhamdulillah, sejak aku mula serius dalam berblog ada banyak jenis job yang aku dapat. Tetapi dalam banyak kerja menulis yang aku dapat aku tidak berapa berkenan sangat untuk buat review produk berbayar. Memang sangat lumayan guys kalau dapat review produk berbayar (paid review) ini. Bayangkan kalau pageviews blog korang tinggi, buat saja proposal dan submit email kat mana-mana brand yang tengah buat kempen. InsyaAllah pasti ada 2 - 3 brand yang akan sangkut. Aku pernah dapat 6 paid review dalam sebulan dan bayaran pun boleh tahan masyuk juga. Boleh dapat hampir RM2,000 juga lah. Itupun belum masuk lagi gaji dari adsense, kerja menulis yang lain seperti servis buat blog, pasang domain, dan design template blog.  Tapi korang kena ingat. Semakin banyak job menulis korang dapat, semakin tinggi komitmen dan kualiti pun kenalah setanding dengan harga yang ditawarkan.   Alhamdulillah, sepanjang buat paid r...

2020 Cuma Ada Januari & Februari. Yang Lainnya Latihan Akhir Zaman

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya kata-kata itu diambil daripada posting rakan aku di facebook. Dalam tak sedar tak sangka dalam berapa bulan lagi kita akan akhiri tahun 2020. Bercampur-baur juga perasaan sebenarnya. Banyak perkara yang dirancang terpaksa cancel atau ditangguhkan. Apabila difikirkan hikmah disebalik semua ini tiada kata yang diungkap selain rasa syukur dan redha dengan ketentuan Allah. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi walaupun tengah menghadapi pandemik yang semakin teruk.  Bersyukur kerana masih dapat bersama keluarga kerana aku sendiri tidak tahu sampai bila semua ini akan berakhir. Sementara masih hidup ini kena jalankan juga kehidupan seperti biasa walaupun aku tahu kalau boleh tak nak keluar rumah. Tapi apakan daya kerana rasa tanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak, dan adik-adik-beradik kena kuatkan hati juga dan bersabar. Bersyukur kerana sekurang-kurangnya aku masih dapat makan & minum sementar...

Hadiah Istimewa Buat Blogger | Azie Zieya & Diana Rashid

Assalamualaikum Bismillah Sukacita, aku ingin sampaikan berita gembira buat blogger yang selalu blogwalking dan rajin komen blog ini. Aku ingin memberikan hadiah istimewa. Aku sebenarnya dah lama niat buat macam ini, tetapi ada sahaja halangan. Alhamdulillah, ada rezeki lebih memang nak bagi hadiah buat kawan-kawan blog yang lain. Dalam keadaan ekonomi yang tak berapa baik ini pun teringin sangat nak berkongsi rezeki dengan rakan blogger. Blogger yang terpilih untuk menerima hadiah istimewa ini ialah  Atie Zieya  dan  Diana Rashid Sebenarnya aku dah agak lama juga perhatikan dua orang blogger yang bertuah ni. Hahaha~ Terima kasih sangat sebab selalu singgah dan rajin komen kat blog ini walaupun aku jarang blogwalking dan balas komen di blog korang huhu. Kalau Atie Zieya ini jangan cakap lah memang ada ja nampak nama dia di ruangan komen blog haha. Manakala Kak Diana Rashid pula aku selalu juga baca blog dia. Memang santai dan seronok baca.  Jadi aku rasa macam nak ...

Cara Semak BPN 2.0 (Bantuan Prihatin Nasional)

Assalamualaikum Bismillah 1. Klik link BANTUAN PRIHATIN NASIONAL  untuk semakan. 2. Masukkan No MyKad dan tekan butang search. 3. Masukkan Captcha yang diberikan dan klik Butang ‘Semak’ setelah selesai mengisi CAPTCHA Untuk buat permohonan baharu BPN 2.0 boleh isi borang di bawah : BORANG PERMOHONAN BPN 2.0  Untuk Panduan Pengguna BPN 2.0 klik PDF di bawah :  DOWNLOAD PANDUAN PENGGUNA BPN 2.0 PDF

Review Jus Dara Vogue Untuk Kesihatan Dalaman Wanita

Assalamualaikum Bismillah Dulu ketika masih belajar di Universiti, roommate aku selalu cerita pasal jamu. Katanya orang perempuan ni kalau betul-betul nak jaga badan kena amalkan makan jamu. Aku tak tahu rupa jamu ni macam mana. Minum pun tak pernah. Dengar sahaja perkataan jamu dah terbayang "tak sedap dan pahit".  Sejak dah meningkat dewasa umur 20-an ini ada jugalah kesedaran nak jaga kesihatan dalaman. Cuma nak cari produk yang betul-betul sesuai ini memang payah juga.  Tiada istilah malas berusaha bagi yang sangat menitikberatkan aspek penjagaan kulit wajah dan diri. Wanita ini kena sentiasa yakin setiap individu itu mempunyai kecantikan tersendiri asalkan rajin dan konsisten. Dalam banyak produk kesihatan untuk wanita, aku sekarang tengah amalkan JUS DARA VOGUE yang dikeluarkan oleh Syarikat Teja.  Apa yang menarik dengan Jus Dara Vogue ini ialah kandungan bahan yang ada dalam jus ini mempunyai 12 jenis ramuan semula jadi yang terpilih. Antaranya ialah : Madu Delim...

Aku Tak Jumpa Kerjaya Yang Mampu Memberi Kepuasan Selain Berblog

Assalamualaikum Bismillah Kenapa Memilih Blog Sebagai Kerjaya?  Sebenarnya ini adalah soalan yang paling hangat sekali aku dapat daripada pembaca setia blog ini. Ada yang sampai katakan rugi aku belajar sampai ijazah tetapi akhirnya aku memilih untuk menjadi blogger. Malah blogger sepenuh masa pula tu.  Dulu kalau cikgu tanya cita-cita aku nak jadi apa? Jawapan yang biasa aku jawab "Nak jadi cikgu". Sebab itu saja satu-satunya pekerjaan yang biasa aku lihat. Lagipun kerjaya sebagai seorang "guru" adalah suatu yang mulia kerana kita menyampaikan ilmu kepada pelajar.  Apabila dah meningkat remaja, aku mula memikirkan apa sebenarnya aku nak jadi selepas habis SPM nanti. Aku tak yakin boleh jadi guru yang boleh handle ramai pelajar. Haha aku bukan penyabar orangnya.  Baca Sini :  Dah Habis SPM? Lepas Ini Nak Sambung Mana....   Cita-Cita Dari Dulu Memang Nak Jadi Blogger... Aku baru sedar selepas aku mula ada blog, aku memang dari dulu ada cita-cita untuk jadi...

TUTORIAL CARA PASANG USERS ONLINE DI BLOG [ THANK YOU FOR 43 USERS ONLINE! ]

Assalamualaikum Bismillah Lama dah tidak buat tutorial blog kan. So hari ini aku kongsi cara paling simple macam mana mahu pasang users online seperti di sidebar blog aku tu. Penting ke USERS ONLINE di blog? Bergantung dengan blogger itu sendiri juga. Bagi aku penting untuk  naikkan semangat dan mood menulis blog.  Apabila nampak ramai yang tengah baca blog kita, aku rasa macam lagi semangatlah nak buat entri baru. hehe TUTORIAL CARA PASANG USERS ONLINE DI BLOG 1. Korang pergi ke link FREE USERS ONLINE 2. Masukkan link blog korang. Dan klik GET THE CODE! Copy sahaja kod yang diberi.  3. Pergi ke blogger.com (login blog korang). Pilih LAYOUT.  4. Kalau nak letak USERS ONLINE di sidebar, pilih ADD A GADGET di sebelah kanan untuk sidebar.  5. Pilih  HTML/JavaScript dan PASTE CODE tadi. SAVE CHANGES. Selesai! Users online ini tidak wajib pun. Tapi kalau nak pasang takda masalah pun. 

Sensory Play Colour Experiment

Assalamualaikum Bismillah Pada minggu lalu, aku telah membuat aktiviti sains eksperimen bersama dengan adik bongsu aku (Akim). Aktiviti yang kami lakukan ialah " Sensory Play Colour Experiment " . Kalau yang ada follow instagram aku mungkin ada yang dah nampak insta-story aku share. Kebiasaannya aku selalu buat aktiviti seperti mewarna, DIY, kemahiran motor halus (fine motor). So why not aku cuba buat eksperimen pula dengan menggunakan bahan sedia ada kat rumah.  Cara untuk melakukan Ekperimen Warna ini mudah sahaja. Bahan-bahan yang diperlukan adalah : 1. Bekas ais 2. Air suam 3. Pewarna  4. Gelas kaca Pertama sekali anda perlu isi bekas ais dengan air dan letak pewarna makanan (food colouring) .  Aku menggunakan warna hijau, merah dan kuning. Bekukan semalaman.  Untuk kesan yang lebih baik, letak pewarna makanan lebih sikit. Keesokkan harinya, anda dah boleh lakukan aktiviti ini bersama anak anda. Seperti...

Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29

Assalamualaikum Bismillah Hi guys, hari ini aku ingin kongsikan pengalaman temuduga daripada Cik Chipsmore yang dikongsikan di laman Facebooknya.  Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit bayangan dan persediaan tentang bagaimana mahu menghadapi soalan temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29. Contoh Soalan Temuduga Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29 1. Introduce yourself in English 2. Apa sumbangan kamu jika ditawarkan jawatan ini? 3. Apa kelebihan yang kamu ada dari calon yang lain? Macam mana kamu mahu pikat hati kami? 4. Apa kelemahan diri kamu? 5. Jika kamu berjaya temuduga kamu sanggupkah ditempatkan di mana-mana cawangan di seluruh Malaysia? 6. Berapa tahun pengalaman bekerja? 7. Sebelum ini kamu pernah berkhidmat di tempat lain? Di mana? 8. Ada apa-apa soalan? a. Pada pandangan panel pengerusi apa kekurangan pada diri saya pada hari ini untuk saya perbaiki? b. Adakah pegawai sedang be...

Permohonan Innity Ditolak? Mungkin Ini Sebabnya...

Assalamualaikum Bismillah Sebenarnya aku dah lama memohon Innity ini. Kali pertama aku daftar Innity pada bulan April 2020. Masa ini aku memang saja nak mencuba. Padahal trafik belum memenuhi kriteria yang diinginkan oleh Innity lagi.  Kalau korang tengok syarat 2018 agak sedikit longgar berbanding syarat terkini yang agak sedikit ketat.  Syarat-Syarat Untuk Memohon Innity 2020 Should have a minimum of 200,000 page views or a minimum of 40,000 unique visitors per month.  Must be content-based , not simply a list of links or advertisements, nor can the site be centered on making money off our advertisers. Must be fully functional at all levels; no "under construction" sites or sections. Cannot contain any adult content nor link from, or to, any adult materials. Content cannot infringe on any personal, intellectual property or copyrights. Content cannot include audio/video download, online streaming and file-sharing. Content must be updated frequently (daily ) Traffic cann...