Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

Penantian 2 Tahun Berakhir | Google Adsense Capai 100USD!!

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, penantian 2 tahun akhirnya berakhir apabila berjaya mencapai target Google Adsense 100USD. It;s not easy guys. Nampak macam senang je tapi sebenarnya tidak. I'm crying because this is what we called hard word and effort finally been paid off.  Kalau rasa menulis blog itu senang then cubalah untuk buat blog sendiri dan menulis baru tahu senang atau tidak. Menulis itu memang senang tetapi nak tulis artikel atau info yang ramai orang cari dan baca bukannya semudah kita menaip di papan kekunci. Mudah sahaja kalau nak tulis gosip viral ataupun cerita politik. Tetapi maaflah aku tak nak tulis perkara yang tidak pasti kesahihan infonya. Takut menjadi fitnah bikin tambah dosa saja.  Nak menulis kena fikir macam mana nak tulis artikel yang memberi manfaat kepada orang yang membacanya. Kena buat banyak research dan pembacaan bagaimana nak tarik orang untuk membaca artikel di blog kita. Semuanya mengambil masa.  Ka...

Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Cimb Clicks

Assalamualaikum Bismillah Pada 14 Oktober aku telah menerima Notis Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Aku percaya ramai graduan yang graduate 2018 menerima notis yang sama. Alhamdulillah, Allah murahkan rezeki aku untuk bulan ini. Hasil daripada berblog aku dapat membayar sedikit hutang PTPTN untuk bulan ini.  Sekarang ini ada banyak cara untuk bayar PTPTN. Cuma untuk hari ini aku hanya berkongsi  Cara Bayar Pinjaman PTPTN Melalui Cimb Clicks sahaja.  Kepada yang bercadang ingin membayar balik pinjaman PTPTN secara online melalui Cimb Clicks, korang boleh ikut langkah yang aku tunjukkan kat bawah okay.  1. Layari laman web CIMB Bank Berhad https://www.cimbclicks.com.my 2. Masukkan Login ID dan Password anda. 3. Pilih Pay Bills 4. Taip PTPTN. Dua pilihan akan dipaparkan. Pilih Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan. 5. Masukkan Nombor IC anda (peminjam).  Borrower IC Number : Contoh: 880921146889 6. Masukkan Nombor Telefon yang a...

Dashboard Terbaru Blogger, Yay or Nay?

Assalamualaikum Bismillah Perasan tak kat ruangan dashboard blog kita ada "Try the new Blogger!". Pada mulanya aku agak hairan juga apakah yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Aku tak berani nak mencubanya sebab takut tiba-tiba blog aku menghilang. hehe~ Setelah terbaca blog daripada Aiman , rupanya blogger telah menampilkan wajah baru dashboard Blogger melalui versi web dan juga aplikasi Blogger di Android. Antara perubahan interface yang kita boleh lihat adalah dari segi statistik, komen dan juga tema.  Korang perasan juga tak Keywords, Traffic Sources dan Audience tu dah tak nampak? Kalau mahu  lihat lebih terperinci seperti lihat Keywords, Traffic Sources dan Audience korang boleh tekan pada bahagian More About This Blog.  Korang akan lihat dengan lebih terperinci  Top Referrers, Top Referrering URLs, Audience, Search Keywords, dan Top Locations dalam bentuk yang lebih tersusun dan menarik.  Dan paling m...

Pengalaman Kerja Part-Time

Assalamualaikum Bismillah 1. Kerja Kilang (2009) Ini adalah kerja pertama aku sebagai part-time. Aku mula kerja kilang semasa cuti sekolah seminggu rasanya. Masa ini aku baru Tingkatan 2. Aku dapat kerja ini pun sebab mama aku pernah bekerja di kilang tersebut. Pada mulanya parents aku memang tidak benarkan aku untuk bekerja. Tetapi memandangkan kilang itu tidak jauh dari rumah kami dan bos kilang tu pun kenal mama aku. Aku dibenarkan untuk bekerja.  Susah tau budak bawah 18 tahun ni kerja. Itupun mujurlah ada kabel. Alasan aku nak kerja masa cuti pun sebab aku bosan duduk rumah. Dan aku nak rasai sendiri pengalaman bekerja macam mana. Upah aku bekerja pada masa itu adalah RM20 sehari. So dapatlah rm140 untuk seminggu bekerja. Masa pertama kali terima gaji tu memang excited gila. RM140 pun bagi student macam aku cukup banyak dah.  Kerja aku di kilang adalah packing baju T-Shirt. Mula-mula tu memang janggal sebab tak pernah lagi buat kan. Selepas beberapa h...

Dapat Notis Bayaran Balik Pinjaman PTPTN | Sii Nurul

Assalamualaikum Bismillah Pagi tadi aku dikejutkan dengan email daripada PTPTN yang memaklumkan kepada peminjam PTPTN untuk membuat bayaran balik pinjaman mengikut jumlah ansuran yang telah ditetapkan. Tidak sedar sudah hampir setahun aku tidak mempunyai pekerjaan yang tetap rupanya. Perkara inilah yang merisaukan aku apabila dah habis belajar.  Baca Sini :   Permulaan Kerjaya Sebagai Blogger Sepenuh Masa   Sedihnya dengan diri sendiri bila dapat notis ini. Sebenarnya aku memang merancang untuk membuat pembayaran sebelum hujung tahun ini. Cuma yang aku tidak sangka notis itu datang lebih awal. Silap aku juga sebab salah calculation , ingatkan notis diberi pada awal tahun hadapan. Rupa-rupanya tarikh bayaran ptptn itu dikira dari mula habis konvo lagi. Aku konvo tahun lalu pada bulan Nov.  Apa yang perlu anda lakukan setelah dapat notis ini? Notis Bayaran Balik akan dihantar kepada peminjam pada bulan ke tiga belas (13) selepas tamat peng...

Cara Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online | Sii Nurul

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku baru tahu macam mana nak  Semak Baki Hutang PTPTN Secara Online. Pening kepala tadi mencari macam mana nak login. Perlu call pihak PTPTN ke? Siap take note lagi nombor pejabat PTPTN nak tanya.  Alhamdulillah, berita gembira ini aku nak kongsi kepada anda semua khasnya kepada PEMINJAM PTPTN (macam aku). Dah pinjam kenalah ambil tahu berapa baki hutang yang tinggal.  Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda ikuti: Langkah 1  Pertama sekali, anda pergi ke laman PTPTN dan pilih SEMAK PENYATA PINJAMAN   (seperti dalam gambar di atas).  Masukkan NO IC dan KLIK SEMAK. Langkah 2  Klik pada bahagian  TERLUPA KATA LALUAN untuk RESET KATA LALUAN.  Langkah 3 Masukkan NO IC dan KOD YANG DIPAPARKAN (abjad/nombor) Langkah 4 Password anda kini di reset dan password baru di hantar ke alamat email anda.  Pastikan anda semak email yang anda daft...

Taufan Super Hagibis di Jepun | #TyphoonHagibis

Assalamualaikum Bismillah Menurut Aled Evans dalam laman twitternya, langit di Osaka, Jepun bertukar ungu. Ramai penduduk yang terpaksa menyimpan stok makanan berikutan taufan yang melanda. Malah Pegawai di negeri Chiba di timur Tokyo, yang teruk dilanda taufan Faxai sebulan lalu, memberitahu orang ramai supaya menyediakan bekalan makanan dan air selama tiga hari. - sumber bHarian Completely empty... Stay safe Everyone #PrayForJapan

Road To 600k Pageviews Achieved! + Tips Nak Naikkan PV Blog

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah, selepas 2 bulan akhirnya dapat juga capai 600k pageviews. Tiada apa nak dibanggakan pun sebenarnya. Cuma inilah salah satu cara untuk aku tingkatkan lagi motivasi menulis.  Sebagai penghargaan kepada diri sendiri kerana menghabiskan setiap masa dengan blog, mencari idea untuk berkongsi infomasi dan pengalaman yang mungkin berguna untuk pembaca blog ini.  Blog Capai 600k Pageviews Terima kasih kepada semua sokongan yang diberikan kepada blog ini. Mungkin bagi sesetengah blogger ia merupakan angka yang kecil. Tetapi bagi blogger yang tidak seberapa macam aku ia merupakan satu pencapaian yang amat berharga sekali.  Ada juga blogger yang tak kisah sangat dengan pageviews. Bagi aku yang memilih kerjaya sebagai blogger sepenuh masa adalah sangat penting untuk melihat statistik blog. Sekurang-kurangnya aku tahu ada juga yang sudi baca blog aku. Ada juga yang rajin tinggalkan komen kat blog aku. So, it's really meaning...

8 Aktiviti Ini untuk Elak Masa Terbuang Sepanjang Cuti

Time tak cuti, mati-mati minta cuti. Tapi bila dah cuti, aduhai~ bosan pula duduk rumah. Cuti semester tanpa perancangan memang boleh buat masa terbuang begitu saja. Jadi, kenalah bijak cari aktiviti bermanfaat supaya cuti tak sia-sia. "Jangan dibiar masa kita itu tanpa agenda. Nanti pasti syaitan dan nafsu menyusun agenda untuk kita. Hati-hati." - unknown Antara aktiviti masa cuti bermanfaat yang boleh dibuat sepanjang cuti semester, cuti sekolah atau cuti panjang yang lain. Cuti Panjang? Lakukan 8 Aktiviti Ini untuk Elak Masa Terbuang! 1. Kerja Part-Time dari Rumah Kerja part-time memang selalu masuk dalam perancangan bila cuti semester. Tapi memandangkan parents sibuk kerja, adik-adik semua sekolah, dan abang pula kerja, terpaksalah cancel plan nak kerja part-time. Akhirnya, jadi full-time babysitter kat rumah. Hahaha~ Manfaatnya, bukan saja dapat jaga adik, tapi dapat juga pahala bila ikhlas bantu keluarga. Kalau dapat kerja part-time pun, boleh tambah duit poket. Anta...

Nurul Rasya My Fav Blogger All The Time + Japan Planner Giveaway

Assalamualaikum Bismillah Amboi tajuk tu kan.. Actually seperti yang dijanjikan dalam Segmen Bloglist sebelum ini, aku merancang nak buat review blog kan. So, entri kali ini aku mulakan dengan membuat review blog yang aku sangatlah suka dan admire since the first day I was blogging. The blogger name is Nurul Rasya . Aku mula berblog tahun 2015 dan blogger pertama aku follow ialah Nurul Rasya. Aku follow blog Rasya sebab aku suka content dia dalam English.  Even my first post di blog ini ada mention nama Rasya haha~ Selain itu, Rasya juga masa tu study kat Jepun.  So, makin bertambah lah aku suka blog dia sebab impian aku dari dulu lagi nak belajar Bahasa Jepun dan melancong ke Jepun. Kalau korang ada impian nak ke Japan jangan lupa baca entri Rasya tau.  Alhamdulillah wishlish nak belajar Bahasa Jepun tercapai walaupun banyak kali repeat subjek ini. Baca sini  Ulangan Bahasa Jepun . Kalau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur mungkin su...

Pertama Kali ke Labuan | Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL)

Assalamualaikum Bismillah Pada 3hb September bersamaan hari Selasa, pertama kali aku pergi ke Labuan. Ini bukan cerita percutian ya. Tujuan aku ke sana adalah untuk teman adik aku mendaftar di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).  Alhamdulillah, adik aku dapat tawaran di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Teknologi Multimedia.  Perjalanan Dari Kota Kinabalu ke Menumbok (2 jam 30 minit). Sebelum ini adik aku study kat Matrikulasi Labuan. So, setiap kali cuti memang parents aku dah biasa ke Menumbok. Cuma ini baru pertama kali aku ikut sekali.  Kami bergerak dari rumah selepas subuh, sebelum jam 6 gerak dah dari rumah. Barang-barang pun sebulan lebih dah packing. Memandangkan ini bukan pertama kali adik aku tinggal kat hostel, jadi memang takda masalah sangat pun nak senaraikan barang apa nak dibawa.  Dalam jam 9.30 macam tu kami dah sampai kat Menumbok. Sampai ja kat Menumbok, kami terus ke kaunter untuk tengok masa...