Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2022

Bagaimana cara untuk menggunakan 'Medical Card Insurance'

Assalamualaikum Bismillah Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah memiliki kad kesihatan atau lebih popular dengan nama ‘medical card‘. Pun begitu, malangnya masih ada yang mungkin masih belum faham sepenuhnya tentang bagaimana cara betul untuk guna kad insurans perubatan ini apabila perlu. Apa itu insurans perubatan? Insurans perubatan adalah satu tabung caruman yang membolehkan pencarum menerima manfaat berbentuk kewangan jika berlaku sebarang kecemasan kesihatan. Kecemasan yang dimaksudkan ini termasuklah jika anda mengalami kecederaan, kemalangan atau sebarang keadaan kesihatan yang memerlukan rawatan dan ubatan. Dengan ini, maka segala atau separuh kos perubatan dalam bentuk rawatan atau ubatan yang kalian terima itu dapat dibiayai oleh insurans yang anda carumkan. Jika anda ada penyakit kronik pula dan inginkan wang secara ‘lump sum‘, caruman di dalam pelan insurans penyakit kritikal mungkin adalah pilihan yang lebih baik. Kepentingan insurans perubatan dalam kehidupan...

Labur Duit Ke Kelas Bisnes, Pertimbangkan 9 Faktor Ini Dahulu

Adakah perlu habiskan wang untuk ke kelas bisnes? Jika baru mula bisnes, pasti kita inginkan ilmu. Ya, tetapi untuk menghabiskan wang, tidak semestinya. Kelas bisnes pun ada banyak jenis yang boleh kita sertai. Sebelum memilih kelas bisnes yang ingin kita sertai, anda perlu tahu dahulu apa yang anda inginkan. Lebih mudah, pertimbangkan faktor ini sebelum masuk kelas bisnes.  Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Labur Duit Ke Kelas Bisnes Apa kepentingan yang perlu anda lakukan untuk bisnes anda sekarang, adakah perlu buat marketing dahulu, operasi, urus kewangan dan lain lagi?  Kenalpasti perkara yang perlu anda fokus yang paling urgent. Kenalpasti siapa yang bakal mengajar anda, selidik latar belakang mereka. Kenalpasti apa yang akan dipelajari dalam kelas tersebut Ketahui apakah kesan setelah menyertai kelas tersebut Pastikan ada jaminan Harga kelas adakah berbaloi dengan perkara yang bakal dipelajari Adakah anda benar-benar perlukan kelas atau ilmu tersebut pada waktu ...

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2u (Updated 2022)

Assalamualaikum Bismillah Apa itu penyata bank? Penyata bank (bank statement) ialah sebuah dokumen yang dihantar oleh pihak bank melalui online ataupun pos yang menunjukkan ringkasan (summary) transaksi akaun bank sepanjang bulan berserta baki yang ada.  Apabila korang meminta penyata bank, terdapat banyak maklumat yang ada dalam penyata bank seperti : 1. Tarikh penyata bank dikeluarkan 2. Pemegang akaun bank 3. kod akaun 4. Butiran urusniaga 5. Jumlah transaksi 6. Baki akaun   Berikut adalah cara dapatkan bank statement Maybank melalui Maybank2u (Updated 2022) 1. Login ke Maybank2u , masukkan username dan password. 2. Kemudian, akan terpapar halaman utama Maybank2u. (Rujuk gambar) 3. Klik pada 3 titik tersebut . . . (sebelah kanan Saving Account-i) 4. Pilih pada 'View Statements'. Kemudian akan terpapar penyata bank Maybank. 5. Di bawah adalah contoh penyata bank Maybank (e-Statement).  Pilih dan klik pada tarikh penyata bank yang diperlukan (terletak di bahagian atas m...

Cara Semak & Bayar Bil SESB Secara Online Melalui MySESB

Assalamualikum Bismillah Terima kasih aku ingin ucapkan kepada pembaca blog ini yang bagi infomasi bahawa nak semak bil sesb dan bayar melalui OCS Quick dah tak boleh digunakan. Sekarang korang dah boleh semak dan bayar bil sesb secara online melalui MySESB yang boleh dimuat turun di playstore. Cara Semak & Bayar Bil SESB Secara Online Melalui MySESB  1. Pertama sekali korang pergi ke playstore dan muat turun aplikasi MySESB. 2. Kemudian, korang boleh register akaun MySESB sekiranya belum sign up. Sekiranya korang pernah daftar OCS, cuma masukkan email dan password yang berdaftar di OCS.  3. Korang akan menerima emel untuk RESET PASSWORD. Korang tekan butang 'Click Here' yang tertera pada emel. 4. Seterusnya, pastikan nama yang tertera sama seperti dalam resit bil elektrik korang ya. Kemudian masukkan password baru untuk reset.  5. Password hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 8 karakter, Huruf Besar, Huruf Kecil, Nombor dan Simbol. Kemudian tekan SUBMIT....

Koleksi Aneka Resepi Rendang Yang Mudah Dimasak di Rumah

  1. RESEPI RENDANG DAGING Bahan-bahan (5-6 orang) 500 gm daging 8 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci lengkuas 1/2 inci kunyit hidup 7 biji cili padi 3-4 batang serai – dititik 1 sudu besar cili kisar 1 sudu besar kerisik 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose / serbuk kari 1 sudu besar gula Melaka 1 mangkuk santan 5 helai daun kunyit 5 helai daun limau purut Garam dan gula Cara-cara memasaknya 1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit dan cili padi. 2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang telah dikisar dan serai. 3. Masukkan cili kisar, rempah cap bunga ros, gula Melaka, kerisik dan santan. Kacau sehingga sekata, kemudian masukkan daging. 4. Masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat. Siap untuk dihidangkan dengan nasi putih, nasi himpit atau ketupat. Sumber: dapurmalaysia. 2.  RESEPI RENDANG TOK ASLI PERAK Bahan-bahan 1 1/2 kg daging (dipotong dadu mengikut saiz dikehendaki...

Senarai Barang Keperluan Asas Rumah Buat Pasangan Yang Baru Kahwin

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal Allah permudahkan semuanya dari mula bertunang sehinggalah kahwin. MasyaAllah setiap kali teringat moment dengan suami rasa bersyukur sangat-sangat. Kenal tak sampai seminggu suami confess dan tak sampai sebulan kami jumpa untuk kenal.  Dan aku terima janjinya kerana aku yakin dialah 'The Right One'.  Kami hanya jalinkan hubungan jarak jauh selama setahun dan balik saja suami ke Sabah terus aku bawa jumpa family. Tak lama lepas tu terus bertunang, tak sampai 2 minggu terus nikah. Allah... Rasa macam tak percaya. Allah mudahkan semuanya. Jumpa suami hanya 3 kali saja. Tup tup terus kahwin.  Alhamdulillah, sejak berkahwin rezeki bertambah-tambah. Syukur selepas berhijrah ke Johor akhirnya dapat rumah sewa baru. Walaupun susah sangat nak cari sebenarnya, nak yang dekat dengan pekan dan tempat kerja suami. Tetapi tidak mustahil Allah kabulkan kalau kita berdoa dan meminta kepadaNya.  Rumah sewa kami baru renovate. J...

Segmen Giveaway Sii Nurul (TAMAT)

Assalamualaikum Bismillah Hai semua, lama dah kan aku tidak buat giveaway. Kali terakhir buat giveaway tahun lalu. Sebenarnya aku buat giveaway ini bertujuan untuk kembali semangat nak berblog. Haha~ 2 bulan lebih cuti berblog betul-betul buat momentum menulis aku jatuh. Sesiapa yang ada kelapangan bolehlah join segmen giveaway ini ya. Syarat-syaratnya mudah saja : Segmen Giveaway Sii Nurul  1. Follow Blog Sii Nurul dan Inspirasi Kami 2. Copy and paste banner di atas. Buat entri "Segmen Giveaway Sii Nurul" 3. Komen link penyertaan di komen di bawah. Hadiah Untuk Pemenang Giveaway : FREE CONSULTATION (Boleh tanya apa-apa pasal blog)   - 3 Orang Pemenang Design Template Blog - 1 Pemenang Giveaway berlangsung bermula 19 Februari 2022 - 12 Mac 2022  Mungkin hadiah ini tidaklah seberapa. Hopefully korang sudilah join segmen ini ya. Terima kasih semua.  SENARAI PESERTA 1. https://salinasafea.blogspot.com/2022/02/segmen-giveaway-sii-nurul.html 2. https://kitadoksohor.blog...

Apa beza kehidupan seorang blogger single vs blogger yang sudah berkahwin?

Assalamualaikum Bismillah Sejak 2 bulan tak update blog, aku punya semangat mahu menulis blog pun merundum. Alhamdulillah, sekarang dah ada laptop tetapi semangat nak menulis tu tiba-tiba hilang.  Terlalu lama senyap, nak kumpul momentum untuk naik balik pun payah juga ya. Bukan tak ada idea. Aku punya draft kat nota tu banyak sangat benda nak kongsikan di blog ini. Sejujurnya tak tahu macam mana mahu mula balik. Sejak kahwin memang banyak yang berubah. Mungkin inilah yang dinamakan proses 'adaptation'. Haha~  Alhamdulillah, suami aku seorang yang sangat memahami kerjaya sebagai seorang blogger dan sangat supportive. Malah selalu tanya bila aku nak start buat kerja blog? Hahaha~ Sejak dah bergelar isteri ini macam tak percaya saja sebenarnya dah bersuami. Jodoh sampai pada waktu yang tepat dan perjalanan Allah SWT tu sangat cantik.  Oleh kerana semangat menulis blog itu jatuh, jadi mungkin dengan bercerita santai macam ini mood menulis tu pun kembali.  Jadi sajalah ...

Prosedur Lengkap Pengurusan Sebelum Nikah di Sabah

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk menulis dan berkongsi di blog. Sudah 2 bulan sebenarnya aku bergelar seorang isteri. Jadi hari ini aku ingin berkongsi secara ringkas macam mana prosedur pengurusan sebelum akad nikah di Sabah berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku faham ramai yang mungkin tak tahu mahu mula kat mana kan? Mana nak fikir lagi pasal persiapan persandingan, katering, tempahan baju dan sebagainya. Memang pening.  Sebenarnya korang boleh selesaikan pengurusan untuk akad nikah tu tak sampai seminggu kalau tahu prosedurnya. Apabila tak tahu prosedur boleh jadi tarikh nikah korang terpaksa ditangguhkan. Oleh itu, aku kongsikan dengan korang prosedur lengkap pengurusan sebelum nikah di Sabah. Ini hanya pengalaman aku saja ya.  1. Kursus Pra-Perkahwinan Sebelum urus pasal pernikahan, pastikan korang serta bakal suami/isteri sudah mengikuti kursus kahwin ya. Sekiranya tiada sijil kursus pra-perkahwinan korang memang tidak dapat...

Tips Nak Dapatkan Job Review di Blog

Assalamualaikum Bismillah Ada banyak cara nak jana pendapatan dengan blog. Salah satunya adalah dengan membuat review produk atau servis. Selain itu, ada juga kolaborasi dengan beberapa brand yang terkenal seperti Foodpanda, McDonald, dan traveloka.  Kalau ada rezeki dapatlah buat review daripada brand luar negara. Pun best juga sebab bayaran dalam USD.  Sebelum aku kongsikan tips macam mana nak tarik client untuk bagi job review kat kita. Aku ceritakan serba sedikit dahulu macam mana aku boleh dapat paid review boleh dikatakan setiap bulan.  Seperti yang korang sedia maklum. Sebelum dapat job review ni, aku cuma fokus Google Adsense sahaja. Aku dapat offer review produk untuk pertama kali selepas 3 bulan aku jadi blogger sepenuh masa.  Apa yang aku buat? Aku tak buat apa-apa pun. Aku cuma fokus naikkan trafik blog sahaja.   Biar betul naikkan trafik boleh dapat job review? YES! Cuma kunci dia adalah pertama kali korang dapat client inilah korang kena buat bai...