Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2025

Bagaimana Mendapatkan Kelulusan Pinjaman Mikro di Malaysia: Faktor Utama dan Cadangan

Apa yang mempengaruhi kelulusan pinjaman mikro di Malaysia? Pinjaman mikro semakin popular sebagai alat untuk menyelesaikan masalah kewangan jangka pendek di Malaysia. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan pinjaman mikro, peminjam perlu melalui beberapa peringkat, masing-masing boleh mempengaruhi keputusan pemberian pinjaman.  Dalam artikel ini, kami akan membincangkan faktor utama yang mempengaruhi proses kelulusan pinjaman mikro di Malaysia, serta memberi cadangan untuk membantu peminjam meningkatkan peluang kelulusan. Organisasi mikro-kewangan dan platform dalam talian menawarkan kemudahan dan keselesaan dalam mendapatkan pinjaman, tetapi proses kelulusan tetap agak rumit dan berperingkat. Ini berkaitan dengan keperluan untuk meminimumkan risiko kepada pemberi pinjaman dan memastikan kestabilan kewangan peminjam. Untuk meningkatkan kemungkinan kelulusan pinjaman mikro, peminjam perlu mempertimbangkan beberapa faktor utama dan mengelakkan kesilapan biasa. Proses kelulusan pinjama...

Perlukah Tukar Domain Blog? Tips Penting Untuk Blogger (2025)

Bagi seorang blogger, membina identiti dalam dunia digital sangat penting. Salah satu langkah besar yang sering dipertimbangkan ialah menukar domain blog daripada subdomain seperti blogspot.com kepada domain sendiri seperti .com, .net, atau .my. Tapi... perlukah tukar domain blog? Apa kelebihan dan cabaran bila buat keputusan ini? Dan bagaimana caranya supaya blog tidak kehilangan trafik selepas tukar domain? Jom kita terokai bersama! Apa Itu Domain Blog? Domain ialah alamat unik yang membawa pelawat ke blog kita. Contohnya: Subdomain (blogspot): ciknurul23.blogspot.com Domain sendiri: siinurul.com Domain sendiri biasanya lebih pendek, profesional, dan mudah diingati. Kelebihan Tukar Domain Blog Ramai blogger berpengalaman mengesyorkan bertukar ke domain sendiri atas sebab-sebab berikut: 1. Nampak Lebih Profesional Domain sendiri menunjukkan bahawa blog kita serius dan berdedikasi. Ini membantu menarik peluang kolaborasi dengan syarikat, PR agency, atau platform pengiklanan. Con...

What to Write in a Journal or Blog? (Easy Ideas for Beginners)

Journaling and blogging are powerful ways to express yourself, capture memories, and even spark new ideas. But sometimes, you might feel stuck wondering, "What should I actually write about?" Good news: There are endless possibilities! Here are seven easy and meaningful ideas you can write in a journal or blog — perfect for beginners and seasoned writers alike. 1. A Daily Routine One of the most classic forms of journaling is simply documenting your day. You can write about: What you did today Who you spent time with How you were feeling Any highlights or challenges Imagine looking back years from now and reading what your life was like on April 26, 2025! Daily routine entries act like a time capsule for your future self. Plus, they help you build a habit of writing consistently. Tips: Keep it short if you’re busy — just 5–10 minutes. Try adding photos if you're blogging! 2. Frustrations and Emotional Downloads Feeling stressed, angry, or overwhelmed? Your journal or blo...

Template Blog Lama vs Template Blog Baru: Transformasi Blog Sii Nurul

Kalau korang pernah follow blog aku sejak 2017, korang mesti pernah baca tentang aku tukar wajah baru blog masa tu. Masa tu, aku gunakan khidmat makeover blog daripada Sis Mayy Jie — memang puas hati, sangat cantik dan kemas.  Kini, tahun 2025, aku kembali update artikel ini untuk kongsi transformasi perjalanan blog Sii Nurul, dari template lama ke template baru. Banyak perubahan berlaku sepanjang tempoh ini, dan aku saja nak abadikan kenangan ini sebagai satu kenangan manis. Throwback 2017: Template Lama Blog Sii Nurul Pada tahun 2017, aku teringin sangat nak upgrade rupa blog supaya lebih responsif dan cantik. Masa tu, aku pilih untuk tempah makeover blog daripada Mayy Jie, seorang blogger yang memang terkenal dengan sentuhan kreatif dia. Aku suka sangat dengan design yang dia buat — simple, clean dan mobile-friendly.  Setelah beberapa tahun aku ganti template dengan menggunakan khidmat Sis Hawa. Waktu itu, aku rasa sangat teruja sebab pertama kali blog aku nampak lebih kema...

Setahun Sekali Tukar Langsir Sliding Door – Rutin Simple Tapi Bikin Bahagia

Tak sangka, dah setahun menyewa di rumah ni. Rasa macam baru ja pindah, tapi tengok-tengok langsir pun dah mula lusuh. Tu tandanya dah tiba masa untuk upgrade langsir sliding door ! Tahun lepas aku pilih warna biru kehijauan yang simple dan murah — beli di shopee ja. Tahun ni, aku tukar angin sikit. Kali ni, aku pilih warna cream campur coklat lembut. Kenapa Tukar Langsir? Sebenarnya langsir yang aku beli tahun lepas masih elok warnanya. Kain ringan tu masih nampak cantik dan tak pudar pun. Tapi ada beberapa sebab kenapa aku tetap buat keputusan untuk tukar juga tahun ni. Antaranya: 1. Tanda Dah Setahun Tinggal Dah setahun menetap, rasa macam nak ‘meraikan anniversary rumah sewa’ pulak. Hehe. Walaupun rumah bukan milik sendiri, aku tetap nak rasa selesa dan happy bila duduk dalamnya. Tukar langsir ni macam hadiah untuk diri sendiri juga 😄 2. Bahagian Bawah Langsir Dah Kotor Sikit Yup, tak boleh tipu — bahagian bawah langsir lama tu dah mula kotor sikit, mungkin sebab terkena lantai a...

5 Tips Cari Kerja Remote & Work From Home (Panduan 2025)

Kerja dari rumah (work from home) bukan lagi satu trend sementara – sekarang dah jadi gaya hidup! Ramai orang mula cari peluang kerja remote untuk fleksibiliti, jimat masa, dan boleh bekerja dari mana-mana saja. Tapi macam mana nak mula? Kalau korang tengah cari kerja remote, artikel ni adalah langkah demi langkah yang korang boleh ikut, siap dengan tips praktikal dan platform yang boleh bantu. Ini 5 Tips Cari Kerja Work From Home  1. Update CV atau Resume Format ATS Sebelum korang mula apply kerja remote, pastikan CV korang updated dan mesra ATS (Applicant Tracking System) . Apa benda tu? ATS ni sistem yang digunakan oleh HR untuk tapis resume secara automatik. So, pastikan: Guna format simple dan bersih Susun pengalaman kerja dari yang terkini paling atas Senaraikan kemahiran yang relevan, contohnya Canva, Microsoft Excel, Email Marketing, dan lain-lain. Jangan lupa letak sijil korang. Aku cadangkan korang ambil courses percuma seperti Google Digital Garage, Hubspot Academy, Ca...

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Sumber Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi BIODATA PERIBADI YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dilahirkan pada 26 November 1939 di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Beliau merupakan anak sulung kepada Haji Ahmad Bin Haji Abdullah Fahim atau lebih dikenali sebagai Ahmad Badawi dan Datuk Khailan Binti Haji Hassan. Tun Abdullah berasal daripada keturunan keluarga ulama terkenal di Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permatang Bertam, Kepala Batas (1947-1950) hingga darjah empat dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang untuk pengajian diperingkat Tingkatan Enam.  Pada tahun 1957, semasa berada di tingkatan lima beliau telah dilantik sebagai Yang Dipertua Persatuan Pelajar-Pelajar Melayu Pulau Pinang dan Seberang Prai (PPMPPSP). Beliau kemudiannya meneruskan pengajian di Universiti Malaya, amat aktif dalam isu-isu pendidikan orang Melayu, pada tahun 1962 beliau tel...

20 Idea Kerja Dari Rumah - 2025 Edition

Ramai orang kini mencari cara untuk jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Sama ada suri rumah, pelajar, atau sesiapa sahaja yang mahu tambah pendapatan.  Hal ini kerana kerja dari rumah adalah pilihan fleksibel dan berbaloi. Berikut adalah 20 idea kerja dari rumah korang boleh mula sekarang.  Cara Jana Duit Tanpa Keluar Rumah Tahun 2025 1. Jual Barang Preloved/Bundle Platform: Shopee, Carousell, Facebook Marketplace Bersihkan almari dan jadikan ia sumber duit. Ramai pembeli suka barangan bundle kerana ia murah dan unik. Jual semula pakaian, aksesori atau barangan yang tidak digunakan di Shopee, Carousell, atau Facebook Marketplace. Ramai yang suka beli barang bundle kerana harga jauh lebih murah dan berkualiti. 2. Jual Produk Digital Platform: Etsy, Gumroad, Shopee Digital Sekali buat, boleh jual berkali-kali. Sangat sesuai untuk mereka yang kreatif dan mahu pendapatan pasif. Produk seperti eBook, planner, worksheet, template Canva atau design untuk Instagram sangat laku ...

Raya Era Digital

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin buat semua pembaca sekalian. Hari raya tahun ini meriah lain macam pula kan. Zaman sekarang kita dah masuk era media sosial serta trend AI. Musim raya sekarang bukan lagi tentang kuih-muih, baju sedondon dan balik kampung – tapi sekarang dah masuk bab gambar raya AI pula. Hari Raya dulu-dulu sinonim dengan balik kampung, peluk cium mak ayah, makan rendang panas-panas. Tapi sekarang, suasana Raya nampaknya dah berubah – bukan hilang makna, tapi dah bertukar cara. Raya dah jadi satu trend konten – siapa paling ‘on point’, baju siapa paling matching, gambar siapa paling aesthetic. Semua nak tampil lain dari yang lain. Semua orang berlumba-lumba nak jadi yang paling standout di media sosial. Ini cuma pendapat peribadi aku. Tidak semua orang suka dijadikan  "bahan konten". Aku just kurang berkenan orang yang ambil video kemudian post di status atau media sosial tanpa kebenaran.  Tak dinafikan, kita hidup dalam era digit...

30 Pesanan Imam Syafie yang Menyentuh Hati dan Penuh Hikmah

Imam Syafie , atau nama penuhnya Muhammad bin Idris As-Syafie , merupakan seorang ulama besar yang terkenal dengan kebijaksanaan dan keteguhannya dalam ilmu Islam. Beliau adalah pengasas mazhab Syafie yang menjadi pegangan utama umat Islam di Malaysia, Indonesia, dan beberapa negara lain. Dalam perjalanan hidupnya, Imam Syafie banyak berkongsi nasihat yang penuh hikmah dan menjadi pedoman hingga ke hari ini. Berikut adalah 30 pesanan Imam Syafie yang patut kita amalkan dalam kehidupan seharian. 30 Pesanan Imam Syafie yang Sarat Dengan Hikmah 1. Ilmu adalah Cahaya Kehidupan Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia adalah cahaya yang menerangi kehidupanmu di dunia dan akhirat. 2. Jaga Lisan, Jaga Hati Perbanyakkan menyebut nama Allah daripada menyebut makhluk. Lidah yang sentiasa berzikir akan membawa ketenangan hati. 3. Makanan Halal Itu Berkat Makanlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan membuat syaitan gerun terhadapmu. 4. Kesabaran adalah Kekuatan Bersabarlah dalam ...

Mastering MetaTrader 4: A Comprehensive Guide to Trading Success

"Unlock your profit potential with the comprehensive guide to using the MT4 Trading Platform! Perfect for savvy traders." MetaTrader 4 (MT4) is a popular electronic trading platform for forex, commodities, and cryptocurrencies. Known for its user-friendly interface, advanced charting tools, and automated trading capabilities, it is used by traders worldwide to manage their investments effectively. Mastering MT4 is key for traders to improve trading strategies, analyze market trends, and optimize execution. The MT4 trading platform provides a user-friendly interface, powerful analytical tools, and customizable features that empower traders to adapt to various market conditions and refine their strategies for better results. What is the MT4 Trading Platform?  MT4 is a versatile platform designed for trading across various financial markets. It offers advanced charting tools, technical indicators, and automated trading through Expert Advisors (EAs). Its user-friendly design mak...