Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2022

Pengalaman Menetap di Pontian, Johor

Assalamualaikum Bismillah Hari ini aku nak berkongsi cerita santai sikitlah tentang p engalaman menetap di Pontian, Johor selama hampir setahun. Apa yang aku nak kongsikan di sini ialah perbezaan antara di Pontian dan Sabah dari segi budaya, makanan, persekitaran dan sebagainya.  Aku tak mention Johor sebab aku belum pernah pergi ke semua daerah di Johor lagi.  Dari perspektif aku sendiri sebagai orang Sabah yang menetap di Pontian ni memang banyak sangatlah perbezaan. The good and the bad. So, hopefully korang boleh berfikiran terbukalah ya.  1. Tidak bagi signal kereta Sorry to say kebanyakkan orang di sini aku tengok tidak menggunakan signal kereta setiap kali nak masuk simpang.  Di sabah pun memang ada juga yang tidak bagi signal kereta. Tetapi di sini banyak sangat kereta tak bagi signal.  Setiap kali jalan, setiap kali tu juga aku nampak. Aku tak naklah cakap pasal signal ni sebenarnya cuma memang nampak sangat perbezaan orang di sini apabila berada di...

Ayat Al-Quran Menghilangkan Kesedihan (Surah Adh-Dhuha & Ash-Syarh)

Ayat Al-Quran Menghilangkan Kesedihan (Surah Adh-Dhuha & Ash-Syarh) | Dalam banyak ayat al-Quran, dua surah ini antara surah yang menyenangkan hati aku setiap kali dalam kesulitan ataupun kesedihan.  Apabila menonton penjelasan daripada Ustadz Adi Hidayat berkenaan ayat ini diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad SAW menambahkan lagi rasa sayu, tenang, dan nyaman.  Surah Adh-Dhuha (Ayat 1 - 11) [1] Demi waktu dhuha, [2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi [3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). [4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. [5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. [6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? [7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petu...

Target 200k Pageviews Blog Kembali

Assalamualaikum Bismillah Alhamdulillah 'ala kulli hal. Lamanya tidak semangat menulis macam dulu. Haha. Hebat betul pukulan pengantin baru. Hampir setahun juga nak dapatkan mood menulis macam dulu.  Sejujurnya agak struggle juga untuk aku maintain pageviews selepas kahwin. Banyak sangat halangan dan motivasi menulis memang menurun menyebabkan aku tidak dapat update blog pada awal tahun.  Bulan Mac pula aku pindah rumah jadi banyak keperluan rumah harus disediakan. Apabila dah pindah rumah baru ni, ambil masa nak sesuaikan diri dengan persekitaran baru.Kemudian nak susun masa yang sesuai. Eh lepas tu puasa pula. Then Raya lagi. Hahaha Sekitar bulan Ogos juga baru aku rasa macam semangat betul nak menulis blog kembali. Apabila dah semangat ni pula, rasa macam nak buat blog baru lagi dengan fokus kepada satu niche. Jadi terbinalah Belajar Buat Blog Alhamdulillah semuanya dipermudahkan walaupun pada mulanya banyak sangat kekangan. Sepanjang 10 bulan ini memang banyak sangatlah ...

Hukum Memberi Salam & Jawab Salam Berlainan Jantina

Assalamualaikum Bismillah Dulu masa sekolah apabila lalu kat sekumpulan lelaki kalau boleh orang perempuan nie nak buat pusingan U-turn asalkan tak lalu dekat lelaki.  Dan korang mesti pernah kena usik oleh lelaki seperti memberi salam 'assalamualaikum'. Kita yang perempuan ni pun rasa serba salah nak jawab salam ke atau tidak.  Ada lah yang kata 'tak jawab salam berdosa'. Tetapi sebenarnya wajib ke perempuan jawab salam lelaki?  Apakah hukum berkenaan salam?  AL-KAFI #666 : HUKUM MEMBERI SALAM BERLAINAN JANTINA Firman Allah Taala: فَإِذَا دَخَلْتُم بُيُوتًا فَسَلِّمُوا عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ تَحِيَّةً مِّنْ عِندِ اللَّهِ مُبَارَكَةً طَيِّبَةً ۚ Maksudnya: “Maka apabila kamu masuk ke mana-mana rumah, hendaklah kamu memberi salam kepada (sesiapa yang seperti) kamu dengan memohon kepada Allah cara hidup yang berkat lagi baik.” (Surah al-Nur: 61) Firman Allah Taala: وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَ...

Permohonan Bantuan Zakat MUIS (Sabah) Secara Online

Assalamualaikum Bismillah Aku baru tahu ya sekarang boleh buat permohonan bantuan zakat MUIS Sabah secara online. Dulu masa mula masuk Universiti terpaksa pergi kaunter untuk ambil borang permohonan zakat untuk memohon bantuan zakat pendidikan. Dan aku pun baru tahu juga rupanya banyak jenis bantuan zakat selain zakat pendidikan. Bagus sangat alternatif ini dibuat untuk memudahkan para pemohon yang ingin memohon bantuan zakat.   Pendaftaran Bantuan Zakat MUIS Sabah Secara Online 1. Korang pergi ke laman Bahagian Zakat & Fitrah MUIS 2. Klik DAFTAR SEKARANG (Bagi yang belum mendaftar) 3. Masukkan ID (Kad Pengenalan) korang. Sebagai contoh 95010312XXXX 4. Isi butiran maklumat pendaftaran seperti : Nama penuh Jenis ID Kewarganegaraan Status Sosial Jantina Alamat surat menyurat Nyatakan negara/negeri sekiranya bukan warganegara No telefon Kata Laluan Emel Kata kunci keselamatan 5. Setelah permohon berjaya. Korang login kembali. Korang akan dibawa ke halaman utama. Klik MOHON BAN...

Lukisan Digital Cuya - Lukisan Tanpa Muka

Assalamualaikum Bismillah Korang ada join tak Giveaway Contengan Cuya? Alhamdulillah, rezeki tahun 2022 menang giveaway. Dah lama tak join dan memang jaranglah menang hahaha xD Tidak mengharap juga pun menang sebab nak support member blogger saja. Tetapi tak sangka juga terpilih. Apapun bersyukur sebab bukan senang juga nak buat lukisan digital ni.  Lukisan Digital Cuya - Lukisan Tanpa Muka Aku memilih lukisan tanpa muka untuk hadiah giveaway. Mulanya nak lukisan potret berwajah tetapi tak jumpa gambar yang sesuai.  Inilah hasil tangan Cuya ~ Sekiranya korang berminat dengan lukisan digital korang boleh beli kat Kedai Shopee Cuya ya. Lukisan serendah 0.50 sehingga RM9.00 sahaja. 

Apa itu Insomnia, penyebab dan cara mengatasinya

Ada masanya, anda akan berdepan kesukaran untuk tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti dan akhirnya, ia akan menyebabkan anda berasa kelesuan apabila bangun pagi tanpa mengetahui punca insomnia terjadi. Tentang insomnia Apa itu insomnia? Insomnia adalah istilah perubatan yang digunakan bagi merujuk kepada masalah berkaitan dengan tidur. Terdapat beberapa keadaan yang sering dikaitkan dengan masalah insomnia. Antaranya adalah: Sukar untuk tidur Sukar untuk kekal tidur (kerap terjaga) Bangun terlalu awal Bangun dan berasa letih Menurut Persatuan Psikiatri Amerika (APA), insomnia adalah masalah tidur yang lazim dialami oleh individu di seluruh dunia. Malah, menurut APA, 1/3 daripada keseluruhan populasi orang dewasa melaporkan mereka mengalami simptom yang berkaitan dengan insomnia. Namun, daripada jumlah tersebut , hanya 6 hingga 10% yang serius sehingga didiagnosis dengan masalah insomnia. Jika dilihat dari perspektif klinikal, masalah insomnia hanya didiagnosis jika penghida...

Tetap Anak Mak Walaupun Dah Bergelar Isteri

Assalamualaikum Bismillah Dah nak hampir setahun berumah tangga dan bergelar isteri. Memang banyak sangat perubahan setelah menjadi seorang isteri. Dulu bujang nampak mak yang urus keperluan rumah dan sebagainya. Apabila dah bergelar isteri apa yang mak buat dulu itulah yang aku buat sekarang. Bila fikirkan kami 8 orang adik-beradik betapa kuatnya mak dan banyak sangat pengorbanan yang mak buat untuk kami semua. Begitu juga dengan pengorbanan ayah. Pengorbanan ayah yang betul-betul merasainya sudah tentulah suami.  Selain itu, aku juga menantu kepada mertua. Memang tak sama didikan ibu kita sendiri dengan ibu mertua kita. Jadi sudah tentunya didikan suami juga berbeza. Cara suami pun berbeza.  27 tahun hidup dengan keluarga. 27 tahun suami hidup dengan keluarganya. Sekali berkahwin dan tinggal serumah. Usia perkahwinan tak sampai setahun memang tak boleh expect suami isteri terus adapt dengan perubahan. Alhamdulillah syukur sangat sebab mak mertua sangat memahami, penyayang da...

Pengalaman Tampal Gigi Klinik Pergigian Izzah di Pontian Johor

Assalamualaikum Bismillah Ini kali ketiga aku ke klinik pergigian swasta Izzah.  Kali ini aku pergi bersama suami. Suami dah lama sakit gigi, cuma tiada kesempatan masa untuk pergi klinik pergigian lagi. Alhamdulillah, hari Jumaat lalu kami dapat pergi ke klinik.  Suami bercadang untuk cabut gigi, manakala aku pula nak tampal gigi. Memang dah lama bercadang nak tampal selepas aku scalling beberapa bulan yang lalu. Aku rasa tidak selesa sebab setiap kali nak makan pasti sisa makanan tu melekat kat lubang gigi. Sebelum ini lubang gigi tak besar sangat, tetapi apabila selalu mengunyah semakin hari lubang tu pun semakin membesar. Setelah selesai pendaftaran, nama aku dipanggil dahulu.  Pengalaman Tampal Gigi Klinik Pergigian Dr Izzah di Pontian Johor Pertama sekali doktor Izzah akan  buat pemeriksaan gigi dahulu  untuk lihat bahagian mana yang perlu ditampal. Biasanya  doktor akan terangkan dahulu kesihatan gigi pesakit  macam mana. Misalnya macam aku, ada...

Tips Untuk Mengelak Daripada Malas Berblogging

Assalamualaikum Bismillah Kebelakangan ini ada tak perasaan malas berblogging dan berasa kurang produktif dalam menulis blog? Biasalah, menulis ini pun ada kalanya mood macam roller coaste r ada turun naiknya. Tapi kalau malas sampaikan blog bersarang labah-labah tak ber'update, then you need to do something.   Tetapi salah satu sebab mengapa kebanyakkan bloggers gagal dalam berblog adalah kerana sikap MALAS itu sendiri. Gagal dalam berblog di sini bermaksud "tutup blog" ataupun " berhenti berblog". Memang betul, ada kalanya kita ketandusan idea dan berasa kurang motivasi untuk menulis sesuatu. Dan kalau korang berada dalam situasi begini, jangan risau.  Di sini aku ada beberapa tips untuk mengelak daripada malas berblogging. Antaranya ialah : 1. Dapatkan sumber atau idea untuk menulis Alasan kebanyakkan blogger jadi malas untuk berblog adalah kerana kekurangan idea dan tak tahu nak tulis apa di blog. Ada banyak cara untuk kita me...

Cara Renew Debit Card Cimb Expired (Tukar Kad ATM Cimb di Kaunter/Online)

Assalamualaikum Bismillah Korang dah semak tarikh expired kad cimb ? Adakah kad cimb korang dah tamat tempoh? Ada beberapa cara untuk renew kad debit/atm iaitu secara online atau pergi ke cawangan Cimb yang terdekat.  Sekiranya debit card cimb korang nak tamat tempoh dalam masa 3 bulan korang dah boleh memohon tukar kad debit/atm yang baru. Cara Renew Debit Card Cimb Secara Online 1. Isi borang di CIMB Debit Card Renewal 2. Masukkan 6 nombor digit terakhir IC korang (Last 6-Digit of NRIC Number). Contoh : 101234 3. Masukkan 4 nombir digit terakhir kad debit/atm korang. (Last 4-Digit of Debit Card Number).   4. Kemudian tekan butang ‘PROCEED’ 5. Korang akan menerima OTP (One-Time Password) melalui SMS. Masukkan OTP dan tekan butang CONFIRM untuk tujuan verifikasi. 6. Seterusnya, pilih ‘Renew my debit card and deliver it to me’. Tekan butang ‘PROCEED’ untuk ke langkah seterusnya. 7. Untuk langkah seterusnya, korang perlu semak alamat terkini. Jika alamat yang dipaparka...

Hadiahkan Suami SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker

Assalamualaikum Bismillah Pada mulanya aku tidak plan pun nak beli speaker. Aku cuma nak beli mini bluetooth speaker yang murah-murah saja untuk laptop aku since earphone aku rosak.  Kemudian, suami excited jugalah tunjukkan speaker favourite dia hahaha~ Aku memang ada terfikir jugalah nak hadiahkan suami speaker favourite dia. Tetapi to be honest aku takut beli barang-barang elektrik yang mahal secara online.  Harga tu tiada masalah juga tetapi kalau tengok review dan servis penghantaran yang kurang baik daripada feedback pembeli. Aku cancel beli speaker yang suami mahu tetapi aku nak juga beli speaker.  So suami cadangkan beli yang lagi murah tetapi brand yang sama. Setelah buat beberapa perbandingan harga dan review. Aku buat keputusan untuk belikan suami  SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker. SonicGear Titan 7 Pro BTMI Bluetooth Speaker 7 Light Effect  Audio Compatibility : Mobile, PC & Laptop Warranty Duration : 12 Months Warranty Type : Manufa...