Rezeki Bulan Ramadan

Assalamualaikum
Bismillah

Salam Ramadan dan selamat berpuasa semua. Puasa korang macam mana? Okay juga? Nak masuk seminggu juga tak update blog. 
Pertama sekali sebab nak buat persediaan untuk Ramadan. 

Dan kedua, aku sibuk mengemas nak buat persediaan untuk pindah rumah. Dah masuk 2 tahun kami menyewa di rumah nie. Kontrak sewa pun dah habis. InsyaAllah lepas raya baru pindah.

Alhamdulillah, dah dapat rumah sewa baru dengan tuan rumah yang sama. 

Ketiga, aku sibuk nak packing apa yang patut sebab tahun nie kami balik beraya di Sabah. 2 tahun kami beraya di Johor, akhirnya tahun ini baru dapat balik Sabah untuk beraya.

Jadi memang banyak nak kena settle sebelum balik nanti.

Alhamdulillah, rezeki kami sepanjang menyewa di rumah ini tuan rumah ini memang baik dan tak cerewet sangat. Apa-apa masalah berkenaan sewa dan rumah senang nak berunding. 

Walaupun tuan rumah kami cina, so far urusan dengan owner semuanya mudah. Rumah kami nak pindah nanti pun milik tuan rumah kami sekarang juga. 

Rumah yang kami duduk sekarang ni okay juga cuma disebabkan kami mahu mencari tempat yang lagi selesa jadi aku dan suami pun decide untuk cari rumah sewa lain. Mujurlah tuan rumah pun tengah mencari penyewa untuk rumah yang ingin disewakan. 

jambu-air


Tuan rumah kami mempunyai kebun, jadi kadang owner memang sangat murah hati bagi buah-buahan seperti cempedak, mangga, jambu batu dan jambu air. 

Nak beli buah sekarang pun boleh tahan mahal juga. Rezeki dapat buah jambu air kemarin dari tuan rumah. 

Alhamdulillah, rezeki bulan Ramadan dapat rumah sewa dengan owner yang baik, rezeki dapat balik beraya tahun ini dan rezeki dapat buah-buahan. 

Semoga Ramadan tahun ini memberikan kedamaian, keberkahan, dan kebahagiaan bagi kita semua. Semoga kita dapat menjalankan ibadah dengan penuh kesungguhan, meningkatkan kebaikan, dan mendekatkan diri kepada Allah SWT

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

6 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. alhamdulillah, dapat tuan rumah yang baik walaupun berlainan bangsa...
    selamat menyambut Ramadhan Nurul..

    BalasPadam
  2. Rezeki sangaaat, dapat tuan rumah yg baik ya kak. Jarang sangat itu. Apalagi suka memberi sesuatu.

    Asyiknyaaa nanti beraya di Sabah 😍. Bahagia kalo bisa mudik. Saya tak bisa 😄. Dah berapa tahun memang kalo raya di jakarta saja. Karena tak bisa meninggalkan kucing2 saya. Baru bisa balik kampung, kalo asisten saya dah kembali dari mudik. Jadi dia bisa jaga kucing2 saya 😄

    BalasPadam
  3. Dapat tuan rumah yang baik juga rezeki kan. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. alhamdulillah rezeki..dpt tuan rumah yang baik pun rezeki juga tu...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama