Assalamualaikum
Bismillah
Sebenarnya dah nak masuk 4 bulan rumah nie sunyi tiada kucing. Aku dah lepaskan semua kucing kesayangan aku kat orang since aku balik Sabah bulan 12 tahun lalu.
The reasons aku terpaksa lepaskan kerana tiada orang yang sanggup jaga 7 ekor kucing. Nak letak di pet boarding memang tak sangguplah sebab aku balik hampir sebulan di Sabah. Tak mampu nak bayar. Kalau seekor dua kucing mungkin boleh lagi.
Suami pula jarang ada masa di rumah. Kalau pergi kerja memang terpaksa tinggalkan 4-5 hari juga. Di rumah pun kadang 1-2 hari saja paling lama.
Setelah berbincang, akhirnya aku lepaskan semua kucing-kucing kesayangan aku. Nak cari orang suruh jaga pun aku rasa nak upah memang tak mampu juga sebab banyak sangat kucing aku.
Sedih sangat-sangat sebab dah jaga dari kecil sampai beranak pinak. Antara sebab lain pula tahun ini kami buat keputusan untuk balik beraya di Sabah selama sebulan. Kemudian, balik dari Sabah kena buat persediaan untuk pindah rumah lagi.
Berat hati dan sedih. Tak boleh nak buat apa. Situasi tidak mengizinkan untuk aku jaga kucing lebih lama. Memandangkan dah tiada kucing, maka semua barang keperluan kucing aku packing bawa balik Sabah.
Rumah di Sabah pun ada bela kucing juga. Jadi daripada terbiar saja di rumah tidak berguna lebih baik bagi adik aku saja untuk kucing-kucing dorang di KK.
Kebanyakkan barang-barang kucing aku beli di Shopee dan kedai kucing. Antara barang yang masih elok ialah sisir kutu, sarung tangan buang bulu, double bowl, dan mainan kucing.
Aku ada beli cat scratcher dan petball tower rotatable untuk kucing bermain. Kalau bosan selalu ajak kucing main dengan tower nie.
Selain itu, aku sempat lagi beli susu kucing sebab Si Nino masa tu mengandung. Aku beli sebab kucing aku selepas 2 kali beranak dah tak nak susukan anaknya. Kena beli botol susu kucing di kedai kucing.
Sebelum ini kucing aku jarang keluar rumah, tetapi sejak dah pandai keluar bermain di luar, aku beli ubat kutu (flea & tick). Seriously, memang berkesan sangat ubat kutu nie. Yang penting kena rajin sisir bulu kucing.
Organic waterless shampoo nie memang best juga guna bagi kucing yang takut air. Dulu masih kecil memang senang nak mandikan mereka. Tetapi bila dah besar susah sikit nak mandikan. Setiap kali nak mandi memang kejar-mengejarlah kami di dalam rumah. Haha
Bedak ni pun tak pakai pun takpa tetapi kalau pakai memang wangi. So far kucing aku suka pakai dan sesuai dengan bulu mereka. Semua barang kucing nie aku beli hampir RM200 juga.
Nak bela kucing pun tak tahu bila.
sedihnya.. lady kalau g jln mmg jiran yg tolong jagakan kucing2 kami.. huhuhuhu
BalasPadamSedihnya kalau berpisah dengan kucing2 kesayangan kita
BalasPadamAgak sedih saya bacanya, karena sebagai mami dari 4 anak bulu , terasa sekali kalo sampai harus melepaskan mereka. Saya paham Krn memang tak mungkin membawa mereka semuanya apalagi akan pergi lama kan. Tapi semoga mereka sudah ditangan Orang2 yg baik ya kak Nurul.
BalasPadamKucing tuh memang dah macam obat bagi saya. Lagi sedih, lagi bad mood, tiap kali peluk dan belai mereka, langsung baik pula perasaan. Tuh lah kenapa saya sayang sangat dengan semua anak2 bulu saya
Sedih nya
BalasPadamSedihnya sebab sayang kucing mesti dah jadi macam keluarga. Tapi rezeki jodoh tak lama
BalasPadamalahai sedhinya, mcm berpisah dgn anakkan. semoga kucing2 nurul life semakin baik selepas ni di tangan penjaga baru
BalasPadamSedihnya nak berpisah dengan si bulus yang dah lama jaga. Kuat ye nurul
BalasPadam