Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Review Fishing Bay Resort di Mersing

Sii Nurul
5
Assalamualaikum
Bismillah

Pada bulan November hari tu aku ada kongsikan di blog yang aku bercuti di Mersing selama 3 hari 2 malam di Fishing Bay Resort. 

Sebelum memilih untuk menginap di Fishing Bay Resort, ada beberapa tempat yang menjadi pilihan kami tetapi tarikh tersebut dah penuh. Lokasi resort ini terletak di Teluk Buih, dalam 15 minit dari Mersing. 

Di sini terdapat 6 jenis penginapan, antaranya ialah :
  • Jr Suite
  • Sea View Standard
  • Beach Front Deluxe
  • Family Suite
  • Superior by the Bay
  • Tropical Supreme
Bilik yang kami tempah ialah Superior by the Bay

Kalau nak menginap di Fishing Bay Resort kena bayar half-deposit dahulu. Jadi untuk 3 hari 2 malam semuanya RM462.20.

Kami sampai di Fishing Bay Resort tepat jam 3. Sebelum check in kena sediakan RM50 untuk deposit. Receiptionist akan bagi tuala beserta kunci bilik.

Review Fishing Bay Resort di Mersing

Ini bilik yang kami menginap sepanjang 3 hari 2 malam iaitu Superior by the Bay. Kami dapat bilik di hujung berdekatan dengan pantai.

Review Fishing Bay Resort di Mersing

Kawasan resort ini tiada tempat khas untuk letak kereta, jadi kami boleh parking berhadapan dengan penginapan kami. Semua kereta pun akan parking dekat dengan penginapan mereka. 

Review Fishing Bay Resort di Mersing

Dari segi penginapan yang kami dapat ni bolehlah. Aku dan suami pun selesa juga. Sepanjang menginap di sini tiada masalah juga semuanya okay. 

Aircond dan semua soket berfungsi dengan baik. TV okay cuma tidak banyak channel. Kalau hujan memang tiada siaran. 

Review Fishing Bay Resort di Mersing

Cuma sedikit kecewa sebab tiada pengering rambut, iron dan mini peti sejuk pula tak berapa nak sejuk. Dari segi keluasan bilik memang luas dan selesa untuk kami berdua. 

Review Fishing Bay Resort di Mersing

Antara kemudahan yang disediakan di dalam bilik :
  • Electric Kettle
  • 2x Gelas 
  • Pek Kopi
  • Peti Sejuk Mini
  • TV
  • Aircond
  • Instant Water heater
  • Tuala
  • 2x Botol Mineral
Review Fishing Bay Resort di Mersing
Katil saiz King


Review Fishing Bay Resort di Mersing

Kamar mandi juga luas cuma tiada penghadang antara tandas dan tempat shower. Kalau ada bathtub lagi cun!

Review Fishing Bay Resort di Mersing
Pemandangan resort pada waktu malam di luar bilik

Pemandangan pada waktu malam tenang dengan deruan ombak. Tak boleh stay kat luar lama-lama sebab banyak nyamuk. Kalau nak stay korang boleh beli Mosquito Repellent.

Sebenarnya agak kecewa juga sebab nak pergi kafe pula tutup. Mungkin sebab tak ramai yang menginap masa tu jadi kami terpaksa keluar cari kedai makan. 

Kebanyakkan kedai makan di sekitar resort dah tutup. Jadi korang kena pergi ke Mersing untuk makan. 


Review Fishing Bay Resort di Mersing
Sarapan pada hari pertama

Sarapan pada hari petama tak berapa ramai orang. Jadi mereka sediakan nasi lemak, kuih muih, roti air bandung, kopi serta buah-buahan. 

Pada hari kedua pula Buffet Menu sebab ramai orang menginap masa tu. Aku tak sempat ambil gambar menu hari kedua. 

Review Fishing Bay Resort di Mersing
Restauran/Cafe Fishing Bay Resort

Review Fishing Bay Resort di Mersing
Swimming Pool and Shower

Selepas sarapan kami pergi kolam untuk mandi manda. Bestlah sebab tak ramai orang. Kolam pun tak dalam bagi yang tak reti berenang macam aku nie bolehlah mandi. Dan ada kolam khas untuk kanak-kanak juga. 

Review Fishing Bay Resort di Mersing

Terdapat juga pondok di luar kolam. Cuma satu sahaja pondok. Kalau ramai sangat orang kena cari tempat lain untuk berteduh. Boleh juga picnic di tepi pantai. 

Pemandangan di tepi Pantai Teluk Buih, Fishing Bay Resort

Inilah pemandangan di tepi pantai. Pantai ini kawasan private jadi orang awam tidak dibenarkan ke sini. Hanya yang menginap di Fishing Bay Resort sahaja dibenarkan. 

Fishing Bay Resort di Mersing
Pemandangan pada waktu petang. Ada sedikit mendung sebab nak hujan. 

Fishing Bay Resort
Pemandangan pada waktu tengah hari

Fishing Bay Resort
Pemandangan pada waktu tengah hari

Fishing Bay Resort

Fishing Bay Resort
Pemandangan pada waktu pagi

Fishing Bay Resort
Kami sempat lagi tengok sunrise. Mujurlah cuaca baik waktu pagi. 

Pemandangan di sekitar Fishing Bay Resort

Aku ada ambil beberapa gambar di sekitar resort. Gambar di bawah ialah penginapan untuk Beach Front Deluxe. Bilik ini mempunyai 4 unit sahaja untuk 3-5 orang.

Fishing Bay Resort

Seterusnya bangunan 2 tingkat tu Seaview Standard untuk 2-3 orang. Mempunyai 9 unit setakat ini. 
Korang boleh nampak pemandangan laut dari luar balkoni. 

Di sebelah pula Tropical Supreme, hanya mempunyai 6 unit sahaja. Sesuai untuk keluarga kecil 2-3 orang. 

Fishing Bay Resort

Fishing Bay Resort

Yang nie pula penginapan kami Superior by the Bay. Ada lagi bilik-bilik lain yang aku tak sempat nak ambil gambar. 

So far berpuas hati juga sepanjang kami menginap di sini. Mungkin perlu banyak lagi yang diperbaiki. Suami aku pula cadangkan pihak resort untuk mempelbagaikan lagi menu makanan. 

Selain itu, dari segi servis pula memang terbaik. Cuma semasa booking room tu sahaja respon pihak resort agak lambat bagi comfirmation. 

Waktu check in 3.00 petang dan Check out 12.00 tengah hari. Lewat akan dikenakan caj tambahan. 


Sekiranya berminat untuk menginap di Fishing Bay Resort, boleh hubungi :

Catat Ulasan

5Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Kalau takde iron memang rasa tak best nak-nak kalau kita taktau yang diorang memang tak provide iron dalam bilik. Kalau dah tau sebelum tu, boleh bawak sesiap dalam beg. Tapi view cantik, bilik luas pun dah boleh tenangkan sikit hati yang bersedih sebab takde iron kan

    BalasPadam
  2. Biasa resort seperti ini sedia iron, sayangnya yg ini ga ada ya kak. Saya paham pentingnya iron apalagi yg berhijab, supaya tak kusut.

    Tapi saya sukaaa dia punya view dekat laut 😍. Memang best kalo nak lihat sunset

    Pasal toilet tak ada sekat dengan shower, sebenarnya masalah juga. Krn dudukan toilet jadi basah kan kena percikan..

    BalasPadam
  3. Wahhhh ni kalau family abang ipar saya tengok posting ni, mesti dorg menggelupur nak pegi sebab dorang suka memancing. Kena pulak ada facility yang lengkap mcm ni, selesa untuk family.

    BalasPadam
  4. Tak pernah lagi bermalam di teluk buih, skrg ni dah jadi orang Mersing, banyak habiskan masa di rumah je

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write