8 Tempat Menarik di Mersing, Johor Untuk Bercuti


Mersing, sebuah destinasi yang mungkin dianggap biasa-biasa saja oleh sesetengah orang, namun bagi kami, ia menjadi percutian yang menyenangkan selama tiga hari dua malam. 

Bagi yang belum pernah ke Mersing atau mencari tempat yang menarik di sini, aku senaraikan beberapa tempat yang aku dan suami pergi selama bercuti di Mersing. Sejujurnya 3 hari 2 malam tidak cukup untuk pergi banyak tempat. 

8 Tempat Menarik di Mersing, Johor Untuk Bercuti

1. Bandar Mersing

Perjalanan dari Pontian ke Mersing mengambil masa selama 3 jam. Kami bergerak dari rumah jam 10.30 dan sampai di Mersing dekat jam 1. 


Sampai saja di Bandar Mersing kami berhenti dekat kawasan Habour Centre. Bingung jugalah sebab kami tiada plan lagi nak pergi mana waktu nie. 


Kebetulan masa ini ternampak trademark Mesmerising Mersing ni. Jadi kami pun bergambarlah untuk kenangan. Mujurlah ada beli tripod. Senang nak bergambar berdua. 

Di bandar Mersing banyak kali juga sesat sebab kami termasuk kawasan jalan sehala. Walaupun pakai GPS, still boleh sesat juga hahaha sebab gps pun bagi salah direction. 

Kami tak singgah ke mana-mana kedai makan sebab waktu nie dah masuk Zohor, jadi kami terus ke Masjid. 

2. Masjid Jamek Bandar Mersing

Antara tempat pertama kami pergi ialah Masjid Jamek Bandar Mersing untuk solat Zohor. Masjid ini terletak di atas bukit. Terdapat tandas awam juga di bawah sebelum naik parking di atas. Bagi yang jalan jauh, masjid memang jadi tempat persinggahan utama. 


Masjid ini sangat cantik, luas dan bersih. Telekung dan sejadah juga disediakan. Sangat bersih. Apa yang menarik sebab ianya terletak di atas bukit jadi boleh nampak pemandangan laut. 

Pemandangan dari atas bukit di Masjid Jamek Bandar Mersing.

Sejujurnya dah lama tak lihat view macam nie sejak aku berhijrah ke Johor. Bila berada di sini rasa seperti di Sabah. Rindu hidup udara segar dengan pemandangan laut. Tak sangka dah nak masuk 2 tahun di Johor. 


Korang juga boleh parking di bawah. Kalau Solat Jumaat mesti kawasan letak kereta ini penuh. Gambar ini aku ambil pada hari ke-3 kami di Mersing untuk Solat Asar sebelum balik Pontian. 

Lokasi Alamat: Masjid Jamik Bandar Mersing, Jalan Masjid


3. Taman Rekreasi Pantai Mersing

Setelah solat Zohor, dalam jam 2 kami singgah ke Taman Rekreasi Pantai Mersing untuk makan tengah hari. Biasanya apabila jalan jauh aku akan masak dulu untuk bekalan kami. 

Mungkin kebanyakan orang suka makan di luar. Aku dan husband pula lagi suka bawa bekal. Pertama sebab nak jimat. Kedua sebab husband suka masakan isteri. Hehe~


Lagipun kami kesuntukan masa juga untuk cari tempat makan. Jadi awal-awal lagi sebelum sampai Mersing dah boleh agak kalau makan di kedai memang tak sempat sebab waktu check in penginapan jam 3. 


Kami cuma makan di kereta saja sambil melihat Pantai Mersing sebab takut hujan. Nasib kami agak kurang baik. Kami sampai sini air tengah surut. Jadi macam tu sajalah view dia. 

Kami singgah beli air sebelum ke tempat penginapan. Murah jugalah airnya RM3 saja untuk cup besar. Kalau di Pontian beli cup besar harga RM5. 

Cuaca masa ni pun mula mendung. Jam 2.30 kami bergerak untuk ke resort. Perjalanan dari Bandar Mersing ke Fishing Bay Resort mengambil masa 20 minit. Dalam perjalanan ke Fishing Bay Resort, hujan dah mula turun. 

Lokasi Alamat: Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor

4. Fishing Bay Resort, Teluk Buih

Kami sampai di Fishing Bay Resort tepat jam 3. Sebelum check in kena sediakan RM50 untuk deposit. Receiptionist akan bagi towel dan kunci bilik. 

Since kawasan resort ini tiada tempat khas untuk letak kereta, jadi kami boleh parking dekat dengan penginapan kami.


Ini bilik yang kami menginap sepanjang 3 hari 2 malam iaitu Superior by the Bay. Kami dapat bilik di hujung dekat dengan pantai.

Kalau nak menginap di Fishing Bay Resort kena bayar half-deposit dahulu. Jadi untuk 3 hari 2 malam semuanya RM462.20. 

Pantai Teluk Buih

Pantai ini kawasan private jadi orang awam tidak dibenarkan ke sini. Hanya yang menginap di Fishing Bay Resort sahaja dibenarkan. 

Maklumat lanjut tentang Fishing Bay Resort aku akan buat full review di artikel lain. 

Selepas check in kami berehat sebentar, kesian suami memandu jauh. Cuaca masa tu pun mendung dan hujan. Jadi kami cuma stay di dalam bilik sahaja sambil makan makanan ringan dan minuman yang kami beli di Pontian. 

Habis solat Asar dan Maghrib, kami plan nak makan di cafe. Tapi tak sangka pula cafe tutup. Jadi terpaksa cari makanan di luar. Mungkin sebab masa tu tak ramai yang menginap di sini. 

Lokasi Alamat: Kampung Kayu Papan, 525, Jln Teluk Buih, Air Papan, 86800 Mersing, Johor


5. Restoran Mek Tomyam Seafood

Hujan dah berhenti, selepas solat Isyak kami keluar untuk cari kedai makan. Di kawasan Teluk Buih nie banyak warung dan restauran tetapi awal tutup. 

Jadi kami terpaksa jalan pergi ke arah Bandar Mersing untuk cari kedai makan. Dari resort ke Restoran Mek Tomyam Seafood ambil masa 12 minit juga. 


Restoran ni di tepi jalan saja. Jadi senang nak cari. Waktu ini tak pilih sangat tempat makan sebab lapar dari petang tak makan. 

Ini antara pilihan menu yang ada. 

Kami order makanan dan bungkus saja makan di bilik. Entahlah aku jenis kurang suka duduk restoran makan sebab lagi selesa makan berdua dengan husband. 

Kadang aku makan lambat sikit jadi kurang berselera. Kalau makan di rumah nak makan lambat berjam-jam pun takpa. Aku suka juga menu yang ada. Murah dan portion juga banyak. Berbaloilah sebab lapar kan. 

Lokasi Alamat: 222a, Jalan Endau Utama, Taman Intan Jaya, 86800 Mersing, Johor

6. Muzium Mersing

Kemudian pada hari kedua kami tak pergi mana-mana pada sebelah pagi. Kami cuma berada di resort sahaja berehat sambil menikmati pemandangan di tepi pantai. Pada sebelah petang pula kami pergi ke Muzium Mersing, di bandar Mersing. 

Kami bertolak selepas solat Zohor dalam jam 2. Pada hari Khamis Muzium ini dibuka sehingga pukul 3 petang sahaja. 

Kami tidak pergi hari Jumaat sebab suami nak solat Jumaat dan terus balik Pontian. Jadi memang tak sempat nak singgah sebab nak pergi ke tempat lain lagi pada hari Jumaat. 


Muzium ini tak besar sangat sebab terdapat dua bahagian sahaja. Masuk adalah PERCUMA. Bagi yang minat sejarah dan mencari tempat menarik yang percuma dan boleh bawa anak-anak memang digalakkan untuk ke sini. 


Korang boleh belajar tentang sejarah asal usul Mersing. Selain itu, ada koleksi Sultan Johor, dan banyak lagi artifak unik yang tersimpan di sini. Kalau nak tahu rupa kamera dan seterika zaman dulu macam mana bolehlah melawat ke Muzium Mersing.

Sebelum balik sempat lagi beli cenderahati Mersing untuk bawa balik di Sabah.

Lokasi Alamat: 243, Jalan Ibrahim, Mersing Kechil, 86800 Mersing, Johor


7. Pantai Air Papan, (Dataran Air Papan)

Selepas check out dari resort kami terus ke Pantai Air Papan. Pantai ini antara pantai yang bagi aku cantik, bersih dan luas di Mersing. 

Tempat yang paling sesuai untuk berkelah dengan keluarga, mandi-manda di laut (ombaknya kuat), dan banyak gerai jualan di jual di tepi pantai.

Bagi yang kaki camping memang best kerana kawasan ini dipenuhi dengan pokok dan kawasan dataran yang rata memang sangat sesuai untuk camping. 


Sebenarnya rugi jugalah tak datang sini dulu sebab tempat ini memang lawa. Antara pantai yang aku cari selama ini sebab mengingatkan aku dengan kampung halaman di Sabah. 


Aku tak banyak ambil gambar sangat sebab kami singgah sini pun tak lama. Memandangkan hari Jumaat, kami cari Masjid dan surau yang berdekatan untuk suami solat Jumaat. 

Cuaca pun dari jauh dah nampak mendung. Jadi nak cepat balik Pontian sebab perjalanan balik nanti jauh. Suami risau kalau driving masa hujan. 

InsyaAllah ada rezeki mahu ke sini lagi. 


8. Pantai Pasir Lanun, Tanjung Penyabong

Selepas solat Jumaat, kami pergi ke Pantai Pasir Lanun, Tanjung Penyabong. Kami bukan nak ke pantai pun, kami cuma mahu tengok tempat viral yang di atas bukit tu sahaja. 


Tempatnya sangat bahaya sebab jalan di atas bukit tu sempit. Jadi tak boleh lama-lama sangat. Kami cuma ambil gambar sebagai kenangan. 

Pemandangan laut dari atas bukit memang lawa sangat. Aku tak banyak ambil gambar. Aku cuma rakam video sahaja. Cuma tak edit lagi video semua. 


Kalau korang pergi Pantai Pasir Lanun nie best sebab banyak kedai makan juga. Ramai juga yang bermandi-manda. Cuma macam cuaca sekarang nie tak berapa bagus kalau nak mandi laut. Kalau ada bawa anak-anak ke pantai, ibu bapa kena sentiasa alert juga. 

Lokasi Alamat: Jalan Penyabong - Endau, Kampung Penyabong Pantai, 86900 Endau, Johor


Kemudian, kami terus direct ke Bandar Mersing dan singgah di Restoran Pak Long Bistro untuk singgah makan. Pelbagai menu yang ditawarkan di sini dan minuman pun sedap. Dari segi harga relatively cheap and reasonable price.

Sebelum balik kami sempat lagi singgah Masjid Jamek Bandar Mersing untuk solat Asar dan kemudian ke Taman Hutan Bandar Mersing. Taman ni tak luas macam di Hutan Bandar JB, tapi bolehlah untuk santai dengan keluarga. 

Lokasinya dekat saja dengan Masjid Jamek Bandar Mersing. 

Itulah kisah percutian kami selama 3 hari 2 malam di Mersing. Kisah percutian kami di Mersing mungkin tidak begitu istimewa bagi sesetengah orang, tetapi bagi kami, ia adalah perjalanan yang memberikan ketenangan dan keindahan. 

Maaf sebab tak mention pasal kedai-kedai makan kerana aku dan suami bukan jenis suka makan luar. 

Alhamdulillah 'ala kulli hal. Semuanya dipermudahkan selama bercuti. Aku gembira sangat kerana dapat spent masa dengan suami berdua sambil menenangkan fikiran. 

Suami dah banyak berkerja keras dari mula kahwin sampailah sekarang. Aku bersyukur sangat dapat meluangkan masa bersama, menikmati keindahan alam, dan mencipta kenangan indah di Mersing, Johor.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

1 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Tak pernah lagi sampai Mersing, boleh rujuk list ni kalau ke sana

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama