Pernah Makan Buah Tarap?

Assalamualaikum
Bismillah

Siapa yang tahu apa itu buah tarap? Korang pernah makan buah tarap? Buah tarap adalah sejenis buah yang tumbuh di beberapa wilayah di Asia Tenggara, terutama di Malaysia khususnya di Pulau Borneo, Indonesia, dan Brunei. 

Buah ini juga dikenal dengan nama lain seperti marang, terap, atau timadang. 

buah-tarap

Tumbuhan ini boleh tumbuh dan hidup subur dengan begitu mudah di negeri Sabah, tetapi jarang ditemui ditempat lain walaupun di kawasan beriklim tropika.

Buah tarap, sejenis buah tropika yang menarik, seringkali menjadi kegemaran di kalangan pencinta makanan eksotik. 

Ciri-ciri buah tarap :

  • Buah tarap berbentuk bulat sehingga ke bujur (seperti bentuk buah cempedak atau nangka)
  • Panjangnya 15-20 cm dan 13 cm lebar
  • Beratnya boleh mencecah sehingga 1 kg atau lebih berat
  • Kulit buah tarap agak tebal dilitupi dengan duri yang tumpul mendatar dan lembut. (Tidak tajam seperti durian)
  • Buah tarap yang matang struktur kulit buah lebih keras dan rapuh. 
  • Mempunyai bau yang kuat apabila telah masak 
  • Rasa buah tarap cukup sedap, manis, dan lembut
  • Bahagian dalam buah tarap lazimnya seakan-akan isi buah cempedak atau nangka, namun lebih kecil, melekit, berjus dan isinya lebih kepada warna putih susu.

Penuaian buah tarap biasanya bergantung kepada tahap kematangan yang diinginkan. Sebahagian orang lebih suka memetiknya ketika buah tersebut masih keras, dengan tekstur yang padat.

Tarap juga akan berubah warna kulitnya dari warna hijau pekat dan berbulu kepada hijau kekuningan apabila masak.

Satu lagi keunikkan buah tarap adalah ia biasanya akan terkopek sendiri apabila masak. Ini adalah petanda bahawa ia sudah siap untuk dimakan. 

Isi tarap atau marang perlu dimakan segera selepas dibuka dalam tempoh beberapa jam kerana rasanya mudah hilang dan buah ini cepat terdedah dengan kesan oksidatif. Biji tarap juga sesuai untuk dikukus atau dipanggang untuk dimakan.

tarap
isi buah tarap

Buah tarap ni bapa mertua bawa dari Sabah. Aku dan suami dah lama mengidam nak makan buah tarap. Di Pontian tiada yang jual buah ni. 

Lagi satu petua kalau nak buah tarap cepat masak, pastikan buah tarap di kawasan yang terbuka. Korang boleh bungkus dengan plastik beras ataupun letak di dalam bekas ais putih polisterin. 

Buah nie kalau korang makan sendiri pun tak puas dan kenyang sebab isinya kecil sahaja seperti buah anggur tetapi memang sedap, manis dan rasa berlemak. 

Sekiranya korang adalah penggemar makanan eksotik atau hanya ingin mencuba sesuatu yang berbeza daripada buah-buahan biasa, buah tarap adalah pilihan yang terbaik! Ia juga mempunyai aroma semerbak yang memikat. 

Korang takkan menyesal mencuba buah tarap!

Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

5 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. X mkn buah ni sbb baunya kuat.. sama dgn nangka.. pening kepala cium baunya tp cempedak boleh pulak mkn 😂

    BalasPadam
  2. Eh baru tahu buah ini. 😍. Saya pikir tadi nangka atau cempedak kak. Ternyata beda yaa. Saya rasa kalo di Indonesia banyak tumbuh di Kalimantan, Krn dekat dengan Sabah. Saya belum pernah kesana lagi. Nanti nak coba kalo ada kesempatan ke kalimantan

    BalasPadam
  3. Wah, boleh makan ye buah ni? Rasa macam pernah nampak tapi tak pernah makan lagi. Kalau jumpa nak tryla nanti

    BalasPadam
  4. pertama kali ammi tau buah tarap ni wujud masa baca buku Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama