Assalamualaikum
Bismillah
Sejak kematian Chibi dan Neko, ambil masa juga nak move on. Beberapa minggu memang asyik teringat saja.
Tak lama selepas kematian 2 ekor kucing kesayangan aku, mamanya beranak lagi 5 ekor. Tetapi yang hidup cuma 2 ekor. Namanya Oyen dan Simba.
Bismillah
Sejak kematian Chibi dan Neko, ambil masa juga nak move on. Beberapa minggu memang asyik teringat saja.
Tak lama selepas kematian 2 ekor kucing kesayangan aku, mamanya beranak lagi 5 ekor. Tetapi yang hidup cuma 2 ekor. Namanya Oyen dan Simba.
Oyen aku yang namakan. Manakala Simba pula husband yang bagi nama. Dalam rumah nie memang kucing oyen saja semuanya. Dan memang serabutlah jaga sebab semuanya nakal. Haha~
Oyen jenis introvert, simba pula extrovert. Dan dorang dua ekor nie memang kali ganda nakal berbanding Chibi dan Neko.
Simba suka meow... Oyen pula pendiam saja. Tak banyak bising. Tapi kalau bab makan Oyen nombor 1. Tengoklah siapa lagi besar. Haha
Dah nak masuk 2 bulan aku jaga dorang. Akaun shopee pun banyak beli barang anak bulus saja.
Kos untuk jaga 5 ekor kucing :
- Tofu Cat Litter with Bamboo Fiber 17.5L (RM32 x 2 bag)
- KAWAN Premium Cat Litter 10L (RM16.30 x 3 bag)
- Reflex Plus Cat Dry Food (RM32 x 2 pek)
- Kucinta Cat Canned Food (RM1.80 x 10 tin)
Selebihnya seperti toys dan cat treats aku beli di kedai Pet Outlet. Selain itu, kucing aku juga makan ikan sebab suami selalu bawa banyak ikan dari laut. Jadi kos untuk bagi makan ada sedikit kurang.
Secara keseluruhan, kos untuk jaga 5 ekor kucing ialah sebanyak RM200-RM300 sebulan.
Sekarang ni Nino pula mengandung. Aku tak tahulah macam mana mahu jaga dah kalau terlalu banyak kucing dah di rumah. Nak bagi orang pun tak tahu nak bagi siapa.
Adik-beradik Oyen & Simba hanya tinggal kenangan. Kalau semuanya masih hidup memang sandi jugalah nak menjaga 8 ekor kucing.
Doakanlah supaya dilimpahkan rezeki selalu untuk anak-anak bulus aku semua agar aku mampu untuk membela dan menjaga dorang lagi lama.
jemput join segmen Cuya :D Marilah memeriahkan lagi!
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/10/segmen-review-bersama-cuya-si-primadonno.html
Aissssh lucuuuuu sangaaaaat 😍😍😍😍. Oren pula. Saya bekum ada kucing berwarna Oren. Tapi rasanya kalo nak pelihara dah tak bisa, karena kucing di rumah sudah 4, itu pun banyak habiskan biaya juga 🤣🤣. Tapi karena cinta kan , rela memang kita habis banyak demi mereka.
BalasPadamCuma memang saya sterilkan semua kak. Supaya tak bertambah lagi, dan saya bisa fokus memelihara mereka
betul nak bela kucing ni, kena sediakan ongkos tambahan..mcm akak tak minat sgt sebab #penakutkucing..hehe
BalasPadamCatat Ulasan
Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.