Review Blog Azian Khalil | aziankhalil.com

Assalamualaikum
Bismillah

Kembali lagi dengan entri Review Blog. Kali ini aku nak Review Blog Azian Khalil. Aku dah lama follow blog Kak Yan, cumanya aku tak tahulah kenapa kat bahagian Reading Lists, blog Azian Khalil jarang keluar kat situ. 

Latar Belakang Blog

Sebelum aku review blog Kak Yan, jom kita kenal dahulu latar belakang penulis. Azian Binti Khalil atau dikenali sebagai Kak Yan dah lama menulis blog sejak tahun 2010 lagi (kalau tengok kat blog achieve).

Kira blogger veteren dah nie.Kak Yan dah berkahwin dan mempunyai 6 orang cahaya mata. Selain aktif menulis di blog, Kak Yan juga aktif di Facebook dan TikTok, korang boleh follow ya. 

Dari segi konten lebih kepada lifestyles dan personal blog. Kak Yan banyak berkongsi tentang pengalaman kerja, resepi dan hal berkaitan dengan keluarga dan anak-anak. 

Review Blog Azian Khalil 

Hari tu lepas buat design blog Rabia, Kak Yan ada komen dan email nak minta aku buatkan design blognya. 

Untuk pengetahuan korang, sebelum aku tukar template mana-mana blog aku biasanya tengok setting blog, performance, konten, trafik niche blog, basically semuanya sebelum membuat keputusan design blog orang. 

Bagi aku nak tukar template ini bukan kita simply tukar macam tu sahaja. Banyak perkara yang perlu diambil kira. Sebaik-baiknya selepas kita tukar template blog tu tidak menjejaskan performance blog.

Dan untuk blog Azian Khalil, sejujurnya aku tiada komen. Dari segi teknikal, prestasi blog, trafik, konten dan lain-lain everything just nice! Apa yang aku tahu Kak Yan pernah minta servis dengan Tuan Hasrul Hassan, so no wonder lah everything just perfect!

Secara keseluruhan blog Kak Yan dari segi template tak perlu tukar pun. 

Tetapi Kak Yan nak minta tukar template yang lebih simple dan ada certain widget kat template lama yang Kak Yan kurang berkenan. Jadi aku pun okay sajalah. 

Aku pun carilah template yang memenuhi ciri-ciri yang diingini. Alhamdulillah di bawah ini adalah hasilnya. 


Aku pilih Newsflash Blogger Template. Template ini aku belikan untuk Kak Yan, harganya dalam $10 lebih kurang RM45 macam tu sahaja. Harga template tidak termasuk caj pemasangan. 


Template ini jenis responsive, mobile friendly dan mempunyai ciri-ciri SEO. Dan ada layout khas untuk iklan juga. Jadi iklan kat Blog Kak Yan pun nampak kemas dan tersusun. 

Katanya menulis untuk suka-suka sahaja jadi memang jarang fikir sangat pasal keyword, SEO semua tu. Tetapi secara keseluruhan memang Blog Azian Khalil memang bagus secara teknikal dan penulisan.

Alhamdulillah, hasil GTmetrix selepas tukar template performance nampak okay juga cuma sedikit berat disebabkan oleh saiz gambar yang besar. 

Akhir sekali, terima kasih sangat Kak Yan sudi terima servis yang tidak seberapa. Maaf atas kekurangan. Semoga dimurahkan rezeki buat akak selalu. 

Korang jangan lupa follow dan blogwalking Blog Azian Khalil ya.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

3 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. terima kasih atas reviewnya... Kak Yan dah kurangkan gambar dalam entry dan belajar compress kan gambar juga. .. hihihi

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama