Pengalaman Menginap di Regalo Hotel, Kota Laksamana Melaka

0
Assalamualaikum
Bismillah

Tahun ini tidak dapat balik Sabah untuk beraya, maka kami pun beraya di Melaka. Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki ke Bandar Bersejarah. Suami dah banyak kali ke sini. 

Perjalanan dari Pontian, Johor ke Melaka mengambil masa selama 2 jam 50 minit. Itu kalau kita ikut waze atau google maps lah. Bergantung juga dengan kesesakan lalu lintas. 

Kami bertolak dari rumah selepas zohor. Untuk lebih bajet, awal-awal lagi dah sarapan kat rumah. Dan terus masak tengah hari. Sampai ja Melaka boleh terus makan bekalan dari rumah. Jadi jimat sikitlah dari segi makan. 

Perjalanan sebenar dari Pontian ke Melaka mengambil masa selama 5 jam sebab terpaksa hadap kesesakan. Sampai saja di Pantai Klebang, kami terus makan tengah hari. Picnic tepi pantai sambil berehat melihat pemandangan. 

Kemudian, kami terus mencari tempat penginapan. Ipar aku suggest untuk kami menginap di Regalo Hotel, Melaka. Katanya hotel ini antara yang paling murah. 

Regalo Hotel, Kota Laksamana Melaka

Regalo Hotel, Melaka

Kalau korang dari Klebang Beach ke Regalo Hotel cuma mengambil masa selama 12 minit sahaja dalam 6.5 km berdekatan dengan Pusat Bandar. 

Lokasi alamat : No 17,19, Jalan KL 3/10a Taman kota laksamana, seksyen 3, 75200 Malacca

lokasi regalo hotel
Klik maps untuk lihat lokasi

Jenis & Harga Bilik

Terdapat 5 jenis bilik yang disediakan di Regalo Hotel. 
  1. Bilik Family
  2. Bilik Deluxe Double
  3. Bilik Deluxe Twin
  4. Bilik Standard Double
  5. Bilik Superior Double
Harga serendah RM79 untuk 1 malam. Bergantung dengan kekosongan bilik dan jenis bilik. Korang boleh book sedia di booking.com ataupun terus ke hotel. 

Kemudahan di Regalo Hotel

  • Aras atas boleh diakses dengan lif
  • Penyaman udara
  • Kalis bunyi
  • Kemudahan menyeterika
  • Lantai berkarpet
  • Cerek elektrik
  • Meja kerja
  • TV
  • Telefon
  • TV skrin rata
  • Soket dekat dengan katil
  • Rak baju
  • Setiap penginapan dilengkapi dengan penyaman udara peribadi
  • Meja kerja
  • Meja penyambut tamu 24/7
  • Parking percuma
  • Bilik bebas rokok
  • Khidmat bilik

regalo hotel

Review Regalo Hotel, Kota Laksamana Melaka

Pertama kali sampai kat sini, parking senang saja nak cari, cuma tidak banyak parking yang disediakan di kawasan hotel (tempahan tidak diperlukan). Sebelah malam parking cepat penuh. Jadi terpaksa parking tidak jauh jugalah dari hotel.

Staff kat sana nampak garang haha atau mungkin aku belum biasa dengan orang-orang Melaka kot. So far friendly jugalah. 

Memandangkan kami ada 4 orang. Jadi terpaksa booking 2 bilik sebab bilik family dah penuh. Kalau korang nak lagi murah dan save bajet bolehlah sewa bilik tanpa tingkap. 

Sebenarnya kami pun jenis tak kisah ada tingkap atau tidak sebab kami cuma mahu tempat untuk berehat dan tidur saja. 

Bilik yang kami sewa ialah Bilik Deluxe Double (tanpa tingkap). Jadi jumlah keseluruhan ialah RM202 untuk 2 bilik tanpa deposit. 

Untuk Bilik Deluxe Double for me okaylah. Cuma bilik yang ipar aku sewa pula ada masalah kad dan susah sikit nak kunci bilik apabila kami nak keluar. 

bilik regalo hotel

Antara kemudahan dalam bilik yang disediakan ialah :
  • Aircond
  • 2 Botol air
  • Lantai bercarpet
  • Meja kerja & kerusi
  • TV & Remote TV
  • Tiada remote aircond (kena adjust manual)
  • Soket berdekatan dengan meja kerja
  • Lampu bilik tidur
  • Tempat sangkut baju (Tapi tiada hanger)
  • 2 helai tuala mandi
  • Sabun dan shampoo
  • Berus gigi dan ubat gigi
  • Hair dryer

Tempat-tempat menarik yang popular berhampiran dengan Regalo Hotel Kota Laksamana

  • Jalan Jonker
  • Menara Taming Sari
  • Bangunan Stadthuys
  • Kota A Famosa
  • Mahkota Parade
  • Melaka 3D Street Art
Sebenarnya ada banyak lagi tempat menarik yang berdekatan. Kalau korang jalan sebelah pagi bolehlah melawat kat Muzium di sekitar Kota A Famosa. Kalau sebelah malam pula boleh pergi ke Menara Taming Sari. Boleh lihat pemandangan bandar Melaka. 

Secara keseluruhan, aku suka hotel ini. Mungkin tidaklah seperti hotel 4 atau 5 bintang. Tetapi sekiranya korang mencari hotel yang bajet dan murah Regalo Hotel adalah pilihan yang terbaik.

(Disclaimer : Photo semuanya adalah hak milik google yang diedit dan digabungkan. Lebih kurang sama saja sebenarnya bilik yang kami menginap tu. Aku tak sempat ambil apa-apa gambar kat hotel sebab masa nie tak terfikir pun nak buat review hotel kat blog). 


Catat Ulasan

0Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Catat Ulasan (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !