Buy Royal Canin For Cats online at cheapest prices.

Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Tentang Pendidikan Seksualiti

Sii Nurul
7
Assalamualaikum
Bismillah

Ramai ibu bapa yang segan atau selalu mengelak daripada menjawab soalan yang berkaitan dengan pendidikan seksualiti kepada anak-anak. Sifat kanak-kanak yang ingin tahu membuatkan ibu bapa berasa kurang selesa untuk bercerita tentang seksualiti kerana merasakan bahawa pendidikan seksualiti ini belum sesuai untuk diajar pada awal usia kanak-kanak. 
Jadi bilakah waktu yang sesuai untuk ibu bapa cerita kepada anak-anak tentang pendidikan seksualiti? 



Di bawah aku telah senaraikan Waktu Sesuai Untuk Ajar Anak Tentang Pendidikan Seksualiti : 

1. Masa mandikan anak ketika masih bayi. Ajar mereka ini namanya faraj/ vagina atau ini zakar/ penis. Walaupun mereka masih belum faham, nanti apabila anak-anak dah besar mereka akan mudah memahami dan tahu bahagian sulit.

2. Apabila anak dah besar, semasa mandikan mereka ibu bapa kena fahamkan anak-anak bahawa mereka kena uruskan diri sendiri. Ibu bapa dah tak boleh nak basuh berak anak dah, sabun kena pakai sendiri, nak mandi atau ke tandas kena tutp pintu, pakai tuala selepas mandi. Ibu bapa kena tanamkan sifat malu pada anak. 

3. Waktu pakaikan pampers pun waktu terbaik untuk beri pemahaman tentang pendidikan seksualiti anak. Ulang sahaja point pertama dan kedua di atas.

4. Dari kecil kita dah ajar anak mana mata, telinga, mulut dan kaki semua kan. Masa inilah kita ajarkan mereka juga apa private part atau anggota badan yang tidak boleh disentuh, dipegang, atau diraba oleh sesiapapun termasuklah ayah. Terutama sekali anak perempuan, mereka kena tahu bahawa mulut, dada, punggung, kemaluan dan paha adalah bahagian anggota badan yang tidak boleh disentuh. 

5. Ketika ibu bapa mengajar anak-anak melukis atau mewarna. Ibu bapa boleh ajar anak dengan melukis tubuh badan manusia dan minta anak untuk bulatkan bahagian anggota badan yang digelar sebagai private part. 

6. Saat ambil anak dari tadika, taska, rumah pengasuh. Selalu tanya ada tak sesiapa yang cuba sentuh private part mereka, pegang badan sampai mereka tak selesa. Ada atau tiada, ajar anak berkali-kali untuk jerit kuat-kuat, lari dari pelaku dan beritahu kita atau sesiapa yang dipercayai di lokasi kes berkenaan berlaku.

7. Apabila anak balik sekolah dan bertanya istilah berkenaan seksualiti seperti apa itu rogol, cabul, liwat, gay, lesbian dan lain-lain. Jawablah ikut kemampuan dan kefahaman kita.

8. Sekiranya anak kita menyebut perkataan yang tidak pernah kita ajar di rumah misalnya F**k, mencarut, melucah dan lain-lain. Wajib ibu bapa untuk menegur, menasihati dan menerangkan kepada anak-anak kepada perkataan tersebut adalah TIDAK BAIK (Bad Word). Mungkin mereka terdengar kawan-kawan menyebut perkataan tersebut. Jadi, jangan terus marah anak. 

9. Semasa Tahun 5 biasanya anak-anak akan diajar tentang mandi wajib, keluar air mani sengaja atau tidak sengaja, darah haid, berjimak dan lain-lain. Ibu bapa hendaklah menambah info yang tepat untuk anak faham apa yang dipelajari. Misalnya sekiranya anak perempuan telah datang haid, apa yang perlu dilakukan? Macam mana nak pakai pad? Kalau datang haid di sekolah siapa yang patut dirujuk?

10. Sebelum anak-anak melalui fasa akil baligh, ibu bapa kena ceritakan kepada mereka proses yang berlaku sekiranya kanak-kanak lelaki dan perempuan melalui fasa itu. 

11. Antara umur 9 - 13 tahun, anak-anak akan mula mengalami perubahan suara, tubuh badan, payudara, tumbuh bulu, badan berjerawat dan lain-lain. Waktu inilah yang terbaik untuk cerita soal aurat, amanah, tanggungjawab serta dosa dan pahala. 

12. Ketika anak leka dengan handphone juga ibu bapa boleh mendidik anak dengan menyatakan kepada mereka sekiranya tertekan video yang tidak elok, tak pakai baju atau kissing terus beritahu ibu bapa. Oleh itu sangat penting untuk memantau dan letakkan syarat tertentu apabila memegang gadget. 

13. Ketika anak dah habis UPSR dan ditawarkan ke sekolah berasrama penuh. Jangan hanya pesan belajar rajin-rajin, tapi sebutlah di asrama jaga diri baik-baik, jangan bagi sesiapa sentuh private part, tak kisahlah orang itu cikgu, senior atau lain-lain individu. Jika ada buli bersifat seksual, bagi tahu cikgu terus. Kalau pelakunya cikgu sendiri, segera maklumkan mak ayah. Beri kepercayaan pada mereka. Mereka perlukan trust dari parents. (Ia juga terpakai jika anak ke sekolah agama berasrama, tahfiz dan lain-lain)

14. Lupa, bab pornografi. Banyak saat kita boleh selitkan keburukan dan kejahatan video lucah. Samada kaitkan apabila bercerita tentang handphone, bila anak bertanya pasal seks atau ketika ada isu-isu semasa yang berlaku di Malaysia. Sebagai contoh, kes budak 12 tahun yang rogol anak asuhan ibunya berusia 4 tahun itu. Ajar anak agar tahu pelihara diri, kemaluan, nafsu, malu, jangan rosakkan diri, jangan rosakkan anak orang lain dan kesan pornografi kepada tingkahlaku, fikiran, emosi dan masa depan.

Aku berharap entri ini sedikit sebanyak dapat memberi pengetahuan tentang betapa pentingnya pendidikan seksualiti kepada anak-anak. Info ini hanya sekadar idea untuk ibu bapa. Selebihnya adalah tindakan daripada ibu bapa sendiri. 

Biar anak kita faham bahawa seks itu adalah cara hidupan mengekalkan spesis. BUKAN, 
1. Seks di luar perkahwinan
2. Seks sejenis
3. Seks berorientasikan pornografi
4. Seks itu hanya untuk seronok-seronok
5. Dijadikan bahan gurauan dan lawak
6. Dan lain-lain

Pendidikan Seksualiti ini proses pembelajaran sepanjang hayat. Bermula dari kanak-kanak sampailah ke usia tua. Janganlah kita sempitkan pemikiran bahawa pendidikan seksualiti ini adalah mahu mengajar anak untuk melakukan seks. Diharap agar entri ini dapat mengubah mentaliti masyarakat tentang apa itu sebenarnya pendidikan seksualiti. 


Tags

Catat Ulasan

7Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Terima kasih atas perkongsian. Aien risau je bila nak ajar anak² bab ni. :')

    BalasPadam
  2. saya belum ada anak tapi perkongsian ni sangat berguna. thanks sharing

    BalasPadam
  3. Nurul boleh join giveaway ini...saya tag kamu, ya: https://jovie1995.blogspot.com/2019/11/new-years-giveaway-by-eikin-sofi.html

    BalasPadam
  4. bagus perkongsian ni nurul.. anak2 KG dah semakin besar. jd besar juga tanggungjawab perlu dilakukan😅

    BalasPadam
  5. great info.
    aida memang dedahkan ilmu ni kat anak2.
    biar dia tahu. biar dia sedar.
    malu. segan. itu belakang kira.
    yg penting, anak kita selamat.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!
Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write Sii Nurul | Personal Blog Who Loves to Write