Beli Almari Baju Untuk Rumah Sewa

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa minggu selepas pindah rumah aku bercadang nak beli almari baju. Dulu aku guna drawer almari plastik untuk simpan baju masa kami tinggal di rumah sewa lama. Walaupun praktikal, ia tidak lagi sesuai untuk keadaan rumah baru kami.

Selepas kami pindah di sini, aku dah alihkan almari tu di dapur untuk simpan barang-barang dapur yang jarang digunakan. Tujuannya supaya dapur nampak lagi kemas dan tidak banyak barang 

Jadi, selama beberapa minggu nie aku hanya gunakan bakul besar untuk simpan pakaian kami. Cuma apabila guna bakul pula, masalahnya setiap kali nak ambil pakaian kena bongkar kain satu persatu. Leceh sikitlah sebab dah lipat baju tu.

Pemilihan almari baju bukan sahaja memudahkan kita mencari pakaian dengan cepat, tetapi juga membantu memastikan pakaian sentiasa dalam keadaan teratur dan tidak berkedut.

almari baju untuk bilik kecil 

Oleh sebab itu, aku mula mencari-cari almari baju yang sesuai untuk rumah baru ini. Selepas meneliti pelbagai pilihan, aku memilih rak baju besi atau lebih dikenali sebagai "open wardrobe". Rekaannya nampak ringkas tetapi kukuh dan mampu menampung banyak pakaian.

Aku memilih rak almari besi bersaiz XL (120 x 30 x 156) berwarna hitam yang dijual di Shopee. Proses penghantaran mengambil masa seminggu, dan alhamdulillah, barang sampai dalam keadaan baik. Semua perkakas lengkap, dan besinya ringan tetapi tahan lasak. 

cara susun pakaian dalam almari

Almari ini boleh menampung sehingga 40-60 helai pakaian. Suamiku hanya mengambil masa kurang sejam untuk memasangnya, dan sebenarnya, perempuan pun boleh pasang sendiri dengan mudah.

Baju yang senang berkedut aku gantung. Selebihnya baju tshirt dan seluar aku lipat dan simpan di bakul. 

Satu isu yang sering dibangkitkan mengenai "open wardrobe" adalah mudah berhabuk. Untuk mengelakkannya, aku menggunakan kotak penyimpanan untuk menyimpan pakaian yang jarang digunakan. 

Ini membantu mengurangkan masalah habuk. Setakat ini, aku tidak menghadapi masalah habuk yang teruk, tetapi bagi mereka yang sensitif, mungkin lebih baik memilih almari bertutup.

Keputusan untuk tidak membeli almari bertutup juga kerana kami tidak akan lama menyewa di sini. Apabila tiba masa untuk pulang ke Sabah, ia akan menyulitkan proses pemindahan barang. Jadi, membeli almari yang simple dan mudah diuruskan adalah pilihan terbaik.

Bagi korang yang mencari almari yang simple, murah, dan menjadikan bilik nampak kemas, aku sangat mengesyorkan almari ini. Boleh dapatkan di Shopee melalui pautan berikut: Almari di Shopee.

2 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. kalau suami Linda, dia letak plastik atas tu...buat cover dari habuk...

    BalasPadam
  2. Saya pun suka open wardrobe ni. Kekurangan dia habuk ajelah. Tapi kalau baju yang kita selalu pakai dan kejap2 amik, kejap2 amik, tak ada masalah sangat tu.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama