Good Luck for SPM Batch 2006

Assalamualaikum
Bismillah

Genap 12 tahun aku melalui zaman SPM. Tahun ini adik perempuan aku pula SPM. Tak sangka rupanya besar remaja dah dia. 

SPM kali ini memang berbeza sekali dengan SPM batch 2012 dulu. Sekarang BM ada ujian bertutur pula. Kiranya ala-ala MUET kot untuk Bahasa Melayu. 

Apabila tanya persediaan SPM, banyak jugalah keluhan berkenaan dengan silibus. Apapun aku percaya adik aku dah buat yang terbaik sebelum menghadapi peperiksaan ini.


Apapun keputusannya di belakang kira. Yang penting usaha dan buat yang terbaik selagi boleh. Yang penting tiada penyesalan, kerana result kita adalah hasil usaha kita sekarang.

Dulu aku ambil aliran sains tulen. Struggle jugalah belajar Biologi, Kimia, Fizik, Addmaths dan Perakaunan. 10 subjek semuanya memang study hard betul sebab aku memang agak slow sedikit dengan semua subjek ni. 

Hampir nak drop subjek Perakaunan tetapi apabila fikir dah buat kerja kursus semuanya aku teruskan saja. 

Seminggu sebelum SPM memang menangis depan cikgu Addmaths sebab rasa nak putus asa dah belajar subjek ini memang tak masuk otak betul. Hahaha

Tetapi Cikgu aku banyak bagi kata-kata semangat. Dan kawan-kawan sekelas juga ramai yang membantu dan tidak pernah bosan mengajar. Alhamdulillah.

Sejujurnya menyesal juga ambil aliran sains tulen hahaha. Tetapi banyak hikmahnya apabila aku berada di kelas tu. Alhamdulillah keputusan SPM aku taklah teruk dan taklah cemerlang untuk dibanggakan. Boleh dikatakan so-so. 

Apapun banyak pengajaran, pengalaman, kemahiran dan ilmu yang aku peroleh sepanjang di sekolah yang mungkin aku tidak akan dapat dimana-mana. 

SPM bukanlah pengakhiran tetapi permulaan. Apapun adik-adik semua All the best! Semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan nanti. Jangan lupa minta doa dan restu ibu bapa. Usaha sudah, doa sudah dan akhir sekali Tawakal dengan Allah. 

To my beloved sister, I wish you all the best for SPM. 


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

5 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Insyaallah...semoga adik Nurul diberikan ketenangan dan ilham semasa menjawab.

    Tapi kan those yang ambil science stream ni lebih besar haluan yang dia boleh pilih masa di U nanti

    BalasPadam
  2. All the best adik! Moga cemerlang dunia akhirat..

    BalasPadam
  3. InsyaAllah sama-sama kita doakan mereka dapat menjawab dengan baik, tepat dan lancar

    BalasPadam
  4. semoga adik nurul dapat buat yang terbaik dan dapat jawab semua soalan dengan cemerlang

    BalasPadam
  5. Selamat berjaya untuk adik nurul! Semoga beroleh keputusan yang cemerlang. Aminnn…

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama