Kematian itu pasti dan menyakitkan.
Allah pinjamkan allahyarham cuma sebentar sahaja di dunia. Orang yang kita paling sayang tu apabila dah meninggal kita tak jumpa lagi.
Dengar suaranya, wajahnya, atau nasihatnya. Akhlaknya yang baik buat aku selalu merinduinya. Yang tinggal hanya memori kita bersama dia.
Di akhirat nanti belum tentu jumpa. Sedih sebenarnya. Sedih kerana belum tentu lagi tempat aku sama dengan allahyarham.
Sesungguhnya kematian adalah sebaik-baik nasihat buat manusia yang masih hidup.
Semoga Allah tempatkan allahyarham dalam kalangan orang yang beriman dan dikurniakan syurga Firdaus buatnya. Aamiin.

semoga ditempatkan di kalangan2 org yg beriman
ReplyDelete