Beli Meja Kerja & Kerusi Lipat Murah di Shopee

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah 'ala kulli hal, hari ini aku happy sangat sebab dapat beli meja idaman warna putih dan kerusi lipat untuk ruang kerja di rumah.

Sebenarnya memang dah lama sangat nak ada meja sendiri untuk buat kerja blog. Even masa bujang lagi nak ada tempat khas untuk berblog. Semasa bujang boleh beli meja cuma rumah kawasan rendah selalu kena banjir.

Jadi niat nak beli meja pun simpan saja dalam hati. Apabila dah kahwin masih juga nak ada meja untuk kerja hahaha~



Alhamdulillah, suami pun support juga bini beli meja kesukaan hehe~ Bilik pun kat tingkat atas, jadi tak risau sangat kalau banjir. 

Aku kalau buat kerja memang buat kat katil ataupun meja lipat kecil. Dari segi keselesaan memang selesa sampai tertidur depan laptop haha. Cuma kalau buat kerja memang badan cepat lenguh dan kaki cepat rasa kebas. 

Postur badan pun tak berapa baik kalau buat kerja tidak duduk di atas kerusi. Sebab tak dapat menyokong bahagian belakang badan.

Jadi untuk keselesaan dan kesihatan yang lebih baik aku buat keputusan untuk beli meja dan kerusi. Aku dah round area Pontian nie tak banyak pilihan untuk meja kerja. Jadi shopping meja kat Shopee ja.

Beli Meja Belajar / Kerja Warna Putih di Kedai Shopee Amy Mall

Kenapa Beli Meja di Kedai Shopee Amy Mall?

Aku suka beli di sini sebab ada banyak pilihan meja korang boleh pilih. Perabot di kedai ini kebanyakkan mempunyai harga yang murah dan mampu milik. 

meja-kerja-belajar-murah

Nak beli meja kerja di Shopee banyak sangat pilihan dan tak tahu nak pilih macam mana. Aku pilih ikut bajet. Aku juga nak meja yang sesuai untuk ruang kerja di bilik. 

Akhirnya, aku beli meja Saiz 100CM + 2 rak pintu (Warna Putih)


Harga Meja Kerja / Belajar (Warna Putih) - RM65.00 (tidak termasuk penghantaran)
Saiz 100cm x 48cm x 120cm

meja-kerja-belajar-putih

Review Beli Meja Kerja Murah di Shopee

Review & Rating Pembeli :  Sebelum beli meja biasanya aku tengok review pembeli dahulu. Boleh tahan jugalah ramai juga yang beli dan review. Kebanyakkan bagi rating 5/5.

Penghantaran : Dari segi penghantaran agak sedikit lambat shipping sebab barang PRE-ORDER. Aku beli 6 September, sampai di rumah 16 September. Penghantaran melalui Shopee Xpress. 

beli-meja-kerja

Packaging : Packaging dari seller hanya dibungkus dengan kotak (tanpa bubble wrap). Tiada sticker fragile. Not very secure, risau juga rosak dari kurier. Tapi Alhamdulillah, barang sampai dengan selamat dan tiada kerosakkan. Jadi Puas hati jugalah.

Seller : Very responsive dan seller sangat bagus sebab menjawab semua pertanyaan. 

Material : Barang sampai dengan cukup, sekali dengan skru, paku, skru-driver dan manual. Material jenis MDF / Fiberboard. 

My Review :
  • Saiz meja untuk 100 cm tidak terlalu besar atau kecil. Saiz sederhana besar dan sangat sesuai untuk diletakkan di ruang kerja yang kecil. Memang nice lah untuk bilik kami.

  • 2 rak pintu sebesar saiz gelas (Boleh masuk 3 buah gelas)

  • Bawah meja boleh letak barang / kotak

  • Bahagian atas boleh letak hiasan pasu bunga, buku atau barang-barang alat tulis. 

  • Dari segi pemasangan agak rumit, terpaksa minta tolong suami sebab aku tak reti tengok manual tu.

  • Meja sangat kukuh, yang penting jangan duduk atas meja dah.

  • Sesuai untuk letak laptop dan printer, tetapi kalau ada PC sebaik-baiknya beli meja yang lebih besar atau lain design. Kalau meja ini untuk PC kurang sesuai.

  • Material bukan kayu tetapi tahan. Meja kena air pun senang nak lap. Buju meja tak tajam (corner shape)

Secara keseluruhan sangat berpuas hati dengan kualiti meja dengan harga yang sangat murah iaitu RM65.00 sahaja.

Barang ini jenis PRE-ORDER, so sekiranya korang nak beli meja secepatnya kena tunggu beberapa minggu juga. 

Dan manual agak susah nak faham sebab dalam bahasa Chinese menyebabkan pemasangan agak rumit sedikit. Apapun memang recommended buat pelajar ataupun korang yang bekerja dari rumah.

Beli Kerusi Lipat Warna Putih di Shopee

Aku order kerusi dan meja secara berasingan. Aku beli kerusi lipat di Kedai Shopee BahEmas Aku tengok kat Shopee banyak yang jual kerusi Eames. Dan aku tak berapa berkenan dengan kerusi macam tu. 

Kebanyakkan kerusi lipat yang dijual agak mahal. Dan kedai shopee ini antara yang termurah. 

kerusi-lipat-shopee
Harga kerusi lipat (Warna putih) - RM31.99 (Tidak termasuk penghantaran)

Review Kerusi Lipat Murah di Shopee

Review & Rating Pembeli : Kebanyakkan bagi review 4 & 5 bintang oleh pembeli. Nampak ramai yang bagi komen positif untuk kerusi lipat. 

Penghantaran : Dari segi delivery memang cepat oleh seller. Penghantaran menggunakan J&T Express. Aku beli 9 September sampai kat rumah 10 September.

review-kerusi-lipat

Packaging : Seller bungkus memang terbaik. Siap ada sticker fragile dan bubble wrap tebal. Memang puas hatilah.

Seller : Aku tiada chat seller sebab dia ship out parcel pun cepat. So far nampak responsif dan tiada masalah lagi. 

Material : Kerusi mudah lipat, material plastik dan kaki jenis besi. Barang sama seperti yang di iklankan. 

My Review : 
  • Aku suka beli kerusi lipat sebab boleh lipat dan menjimatkan ruang. Sesuai untuk ruang bilik yang kecil.

  • Kerusi juga kukuh dan boleh menampung sehingga 100kg. 

  • Kerusi sesuai digunakan untuk kerja ofis, travel, pelajar, kerusi untuk meja makan dan sebagainya. 

  • Material kaki kerusi besi tebal, tempat duduk pun luas dan boleh menyandar.

  • Kerusi senang nak lipat dan mudah di bawah ke mana sahaja sebab ringan sahaja.

Secara keseluruhan memang kerusi idaman pilihan hati. Murah pula tu. Harga kerusi lipat hanya RM31.99 sahaja. Ada banyak warna pilihan cuma aku pilih warna putih untuk dipadankan dengan meja kerja. 

Final Look Ruang Kerja Untuk Berblog

Alhamdulillah, inilah ruang kerja untuk blogger sepenuh masa macam aku. Just simple sahaja. Tak hias apa-apa lagi. 

deko-ruang-kerja

InsyaAllah dari semasa ke semasa akan dicantikkan lagi ruangan ini. Semoga dengan adanya meja ini rasa semangat dan lebih produktif dalam menulis blog. 

Sekiranya korang berminat untuk beli meja ini korang boleh beli di Shopee. Aku sertakan link di bawah ya.

Nota : Ini bukan review berbayar. Review ini jujur dan ditulis mengikut pengalaman sendiri menggunakan produk tersebut. Aku tulis kelebihan dan kekurangan produk bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, tetapi sebagai penambahbaikan buat seller dan pihak kurier agar pembeli lebih bijak dalam membeli. Semoga bermanfaat buat semua.