Subjek Yang Susah Adalah Membosankan

Assalamualaikum
Bismillah

Beberapa hari yang lalu, aku menerima satu email tentang seorang pelajar yang minat nak belajar psikologi tetapi tak nak belajar subjek yang susah ataupun dalam erti kata yang lain mahu mengelak daripada ambil subjek yang susah. Katanya, subjek yang susah adalah membosankan. 


Salah satu cara untuk mengelak diri kita daripada berasa bosan untuk mempelajari sesuatu subjek adalah dengan menanam perasaan minat terhadap subjek tersebut. Sesetengah pelajar merasakan sesuatu subjek itu adalah membosankan apabila mereka tidak memahami, lemah terhadap subjek tersebut dan malu untuk bertanya soalan. 

Walaupun ada sesetengah subjek adalah membosankan, kita terpaksa juga belajar dan memahami untuk skor dalam peperiksaan. You can't change the fact that the subject is offered and graded, but you can change your attitude.

Sekiranya anda mempunyai masa lapang yang banyak, adalah lebih baik sekiranya buat appointment dengan pensyarah dan bertanya tentang apa yang anda tidak fahami semasa dalam kuliah. Kalau anda berasa malu, ajak kawan yang kurang faham atau yang mempunyai masalah yang sama terhadap subjek tersebut. 

Do not feel shy to show your ignorance, a smart person is one who knows what he does not know. 

Sebagai seorang pelajar sudah menjadi perkara biasa apabila kita tidak tahu tentang sesuatu perkara. Being exposed to a new subject, any person will need some help at understanding it. 

You must have a good mindset when studying. Cuba buang ego tu dahulu. You gain nothing by being egoistic. Ramai pelajar yang merasakan kejayaan semasa sekolah dulu menjadikan diri mereka sombong untuk bertanya kerana mereka takut untuk melakukan kesilapan. 
Do not live in your past glory when you were the best student. It is okay to make mistakes while learning. This will prevent you from repeating the same mistakes later.

Cara Edit Gambar Polaroid Menggunakan CANVA (step by step)

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya aku malas nak up entry nie. Cuma kebelakangan nie ramai yang tanya aku macam mana nak edit gambar polaroid. Sebelum ni aku pernah kongsi Cara DIY Gambar Polaroid. 

Thanks to that entry, setiap bulan blog ini sentiasa mendapat kunjungan walaupun aku kurang post.  Baiklah, salah satu website yang aku selalu guna untuk edit gambar polaroid adalah CANVA. 

Disini aku akan kongsi Cara Edit Gambar Polaroid Menggunakan CANVA (step by step). Untuk edit gambar polaroid, apa yang penting adalah ukuran dan frame polaroid. Tetapi untuk permulaan, anda boleh ikut ukuran seperti gambar di bawah. 

https://www.uniquephoto.com/instant-photography-buying-guide

Tak nak ikut ukuran tu pun tak apa, justt download ja frame kat bawah tu. Bagi frame polaroid, boleh google image dan taip 'polaroid frame png' ataupun boleh save frame image kat bawah nie.

http://thenerdnest.com/2012/03/faux-polaroid-frame-download-and-tutorial.html

Langkah 1 : Anda pergi ke laman web Canva dengan klik link ini https://www.canva.com/


Langkah 2 : Anda boleh custom size ataupun pilih design yang sesuai. Untuk permulaan aku pilih 'sosial media'.


Langkah 3: Seperti yang ditunjukkan dalam gambar, pergi ke ruangan upload untuk upload frame polaroid. Setelah itu adjust sehingga memenuhi ruang background tersebut.


Langkah 4 : Seterusnya, pergi ke ruangan element dan pilih grid. Pastikan grid berada dalam fram tersebut. Ini adalah bertujuan untuk memasukkan gambar agar tidak kabur atau blur. 


Langkah 5 : Pergi ke ruangan upload kembali untuk pilih gambar yang disukai. Jangan risau sekiranya gambar tersebut tidak full kerana anda boleh crop dan adjust.

Langkah 6 : Akhir sekali, download dengan memilih PNG image.


Hopefully tutorial ini membantu kepada mereka yang baru belajar untuk edit gambar. 



Pengalaman Kerja Sebagai Pengasuh/ Babysitter

Assalamualaikum
Bismillah

Hari tu aku ada berkongsi tentang pengalaman bekerja di sebuah Taska. Kali ini aku nak kongsi lagi pengalaman kerja sebagai pengasuh ataupun dipanggil sebagai babysitter.


Aku pernah ceritakan sebelum ini yang aku tidak boleh bekerja disebabkan oleh masalah kesihatan. Tetapi.. Aku nie sebenarnya degil juga. Once dah decided nak kerja susah nak dihalang. 

Aku kerja sebagai pengasuh selepas beberapa bulan aku berhenti kerja di Taska. Hmm, susah nak duduk diam di rumah. Apatah lagi apabila kita tidak dapat beli apa yang kita mahu. Minta topup pun segan tau dengan parents. 

Mungkin ada yang cakap rehatlah dulu, kesihatan lagi penting dan banyak dah nasihat yang diterima. Tetapi.. Susah nak buat.. Sebab harapkan parents saja tanggung 8 orang adik-beradik di rumah lagi-lagi semua pun bersekolah. Duit tidak penting, tetapi semua pun perlu duit. 

Baiklah, back to topic. Mengapa aku pilih bekerja sebagai pengasuh? Dan apa yang pengasuh selalu buat? 

Semuanya bergantung dengan majikan itu sendiri. Aku pilih kerja ini disebabkan ini sahaja kerja yang paling ringan aku boleh buat. Kerja tak banyak sangat pun, jaga budak saja berbanding di Taska kena menjaga dan mengajar sekali. Malah jaga kanak-kanak di Taska lebih ramai berbanding jadi pengasuh yang hanya perlu menjaga 1-5 orang bayi atau kanak-kanak. 

Pengalaman aku adalah aku jadi pengasuh kepada 3 orang kanak-kanak yang berumur 1 tahun, 5 tahun dan 8 tahun. Alhamdulillah, majikan aku sangat baik kerana aku tidak disuruh untuk membuat kerja rumah ataupun memasak. Memang fulltime babysitter. Makan minum dan tempat tinggal disediakan. 

Kerja sebagai pengasuh memang kena bangun awal. Kadang-kala sebelum subuh lagi dah bangun sebab majikan aku awal pergi kerja, tetapi tu bergantung dengan jenis pekerjaan majikan kita tu. 

Apa kerja yang aku buat sebagai pengasuh? Kerja aku hanya memberikan makanan dan minuman, memandikan budak, sediakan seragam sekolah, pastikan budak-budak sarapan atau makan sebelum pergi sekolah. Mostly apa yang mak kita selalu buat di rumah tu lah yang pengasuh akan buat. 

Kerja ini tidak susah bergantung dengan ragam budak. Kalau kena budak yang nakal, hyperaktif dan cerewet memang penatlah. Haha. Tetapi aku suka jadi pengasuh sebab aku akan jaga seperti aku jaga adik-adik aku. Dan aku juga boleh lihat perkembangan budak itu sendiri dan bantu untuk tingkatkan perkembangan mereka serta menilai tingkah laku. 

Walaupun gaji aku tidaklah banyak tetapi aku bersyukur at least ada juga pendapatan dan dapat bantu parents aku. Aku pilih kerja inipun sebab ini saja lah kerja aku boleh bebas untuk rehat, tidur, ataupun baring once sakit belakang aku tiba-tiba datang. Kalau kerja kat ofis, rehat 1 jam saja, baring atau tidur pun tak dapat. 

Merana tau sakit belakang then tak dapat nak baring. Malah kena tahan lagi sampai habis waktu bekerja. Itu yang membuatkan aku terpaksa memilih pekerjaan. 

Pengalaman aku kerja sebagai pengasuh hanya sebulan. Parents aku agak kurang suka dengan pekerjaan aku ini. Katanya, aku boleh dapat kerja yang lebih baik daripada itu. Aku ikut saja nasihat mereka. Tak nak lah kerja tapi tak dapat restu orang tua walaupun aku memang selesa dengan kerja tu untuk sementara. 

Itulah pekerjaan terakhir aku buat sebelum menganggur. Aku tengah sedih sekarang. Aku cuba untuk terus bersabar, mencari jalan tuk kembali sihat dan memahami hikmah terhadap apa yang berlaku dalam hidup aku. 


Mungkin sebab aku sudah terbiasa belajar berdikari dari dulu dan kurang bergantung dengan orang lain menyebabkan aku jadi kurang selesa dan berasa banyak menyusahkan orang lain apabila aku sakit.

Nasihat aku kepada sesiapa yang berminat mahu menjadi pengasuh. Please jangan pilih pekerjaan ini semata-mata kerana wang kerana yang anda jaga adalah kanak-kanak ataupun bayi. Nak jadi pengasuh kena ada sifat penyayang dan sukakan budak-budak. Apabila kerja kerana wang semata, maka tidak hairanlah ada banyak kejadian seperti dera, perbuatan jenayah dan sebagainya.

Kalau budak menangis sedikit saja nak naik angin, lebih baik pilih pekerjaan yang lain.  
© all rights reserved
made with by templateszoo