Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan

Assalamualaikum
Bismillah


Maaflah, entry kali ini bukan berniat untuk memperlekehkan gaji seseorang ataupun kelulusan yang dimiliki tetapi di sini aku hanya ingin berkongsi pandangan sebagai seorang pelajar tahun akhir.

Insya'Allah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki aku juga bakal menjadi salah satu graduan yang akan memiliki kelulusan Ijazah. 

Apa yang aku ingin persoalkan di sini ialah "Salahkah sekiranya sesorang yang berkelulusan Diploma/Ijazah mempunyai pendapatan RM800 sebulan?"

Memandangkan bulan September ini aku akan memasuki tahun akhir terasa betapa sekejapnya masa berlalu dan semakin meningkat usia semakin besar tanggungjawab dan cabaran yang dilalui. 

Ditambah lagi dengan persaingan graduan untuk mendapatkan pekerjaan sedikit sebanyak memberi kesan juga kepada aku. 

Sejak aku balik dari kampung hari itu makcik-makcik kuat gosip asyik bertanya :
"Kau bila habis belajar?"
"Dah habis belajar nanti dapat kerja apa?"
"Tinggal berapa tahun lagi kau belajar?"
"Kos psikologi ni boleh menjaminkah untuk mendapatkan pekerjaan yang tetap?"
Astaghfirullah. Aku dalam hati mengucap saja apabila berhadapan dengan soalan-soalan sedemikian. Menggugat iman dan kesabaran betul hahaha. Sejak belakangan ini aku agak tekanan juga, belum habis belajar tetapi sudah ditembak dengan soalan-soalan masa depan. 

Apa sahaja yang aku lakukan selalu dibualkan oleh jiran-jiran sebelah rumah kadang dan kalau boleh diwar-warkan sehingga di pelosok dunia yang aku ini tinggal setahun lagi belajar dan tidak tahu apa pekerjaan yang menanti aku pada masa hadapan.

Aku ada seorang kawan yang menawarkan pekerjaan sebagai "Helper" di sebuah Taska yang jauh dari bandar Kota Kinabalu. Walaupun aku belum habis belajar, setiap kali cuti semester kalau ada peluang pekerjaan untuk sementara aku akan terus memohon. 

Alhamdulillah, orang itu kata masih ada kekosongan. Sejujurnya, dia memerlukan "Helper" sepenuh masa. 

Baiklah, berbalik kepada tajuk "Berkelulusan Ijazah Tetapi Gaji RM800 Je Sebulan". Jangan terlalu memilih pekerjaan dengan persaingan yang terlalu sengit sekarang. 

Memanglah RM800 tu tak cukup dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak berapa baik daripada terus mengganggur tiada pekerjaan dan menambah beban ibu bapa menanggung kita yang dah tua bangka ini. 

Ada juga golongan yang gigih mencari pekerjaan tetapi majikan tidak mahu menerima disebabkan oleh kelulusan Diploma/Ijazah mereka. 

Majikan tidak sanggup memberi gaji yang tinggi. Walaupun ada yang sanggup menerima gaji yang sama dengan mereka yang berkelulusan SPM pun tetap tidak diterima kerana kurang pengalaman. 

Aku dah bagitau pemilik Taska itu bahawa tak lama lagi aku akan habis belajar (setahun lagi). Memandangkan aku mengambil bidang Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga kira peluang besar untuk aku timba pengalaman di sana. 

Alhamdulillah, pemilik Taska itu memberi respon yang positif apabila aku berkata mahu terus bekerja di tempatnya selepas habis belajar. Tinggal dia berbincang dengan suaminya dan mendapatkan persetujuan sahaja. 

Apabila aku nyatakan kepada keluarga bahawa aku mungkin diterima bekerja di bahagian Taska itu untuk sebulan sebelum masuk UMS keluarga aku seperti tidak bersetuju.

Mereka mahu aku mendapatkan pekerjaan yang lebih baik daripada itu dengan gaji yang selayaknya sesuai dengan kelulusan. Penat kerja macam itu berbanding kerja kat office kata mereka. 

Nampak kerja office itu macam senang saja. Hahaha tak ada kerja yang tak penat. Semua orang pun mahukan kesenangan, tiada yang mahukan kesusahan. Tetapi tidak mengapalah, biar aku saja yang faham diri aku dan minat aku kat mana. 

Aku tak suka bekerja dalam situasi seperti dalam pejabat, aku sukakan situasi yang memerlukan kita untuk bebas bergerak serta berkomunikasi dengan orang.

Apapun aku belum confim lagi juga dapat kerja sementara di Taska tu hahaha xD

Permohonan Google Adsense Telah Diluluskan Buat Pertama Kali

Assalamualaikum
Bismillah

Alhamdulillah, belum sampai seminggu entry tentang Blog Sii Nurul Skor SEO 100% aku dikejutkan lagi dengan email daripada Google Adsense bahawa permohonan Google Adsense telah diluluskan buat pertama kali. Yuhuuuu~


Sejak akhir-akhir ini banyak sangat menerima kejutan terutama berkaitan dengan blog. Apabila SEO blog mencecah 100% tu yang aku bersemangat mahu memohon adsense pula. Dulu aku pernah memohon tetapi masa tu Blog Sii Nurul ini belum wujud. Setelah aku menggunakan blog ini, aku berfikir agak lama juga untuk memohon adsense sebab nak memohon itu mudah saja tetapi untuk Google menerima permohonan kita itu agak payah sekali.

Banyak tips yang aku baca daripada blogger lain dan aku cuba aplikasikan dalam blog sebelum aku memohon adsense. Malah aku sanggup menempah design blog baru daripada Mayy Jie supaya nampak lebih kemas. Thanks a lot to her~~ Muuaahh! I really inspire her and makes her blog as references in blogging. 

Selain itu juga setiap kali berblog aku akan baca satu-persatu entry blog aku untuk diperbaiki dari segi penulisan dan juga menambah patah perkataan. Dan aku akan pastikan bahawa blog ini tidak mempunyai unsur plagiat atau copy paste daripada blog lain. Sekiranya ada aku akan bagi kredit kat owner tu. Dari segi gambar pula, aku banyak edit gambar dan hias dengan sebaik-baiknya supaya nampak kemas dan sesuai dengan setiap entry yang telah ditulis.

Nampak tak banyak perkara yang perlu diambil kira sebelum memohon adsense ini. Memang akan memakan masa jugalah untuk memperbaiki semuanya. Setelah aku berpuas hati dengan kandungan dalam blog ini, pendek kata keseluruhan blog ini aku terus memohon adsense. Alhamdulillah, permohonan Google Adsense telah Diluluskan buat pertama kali dan email diterima pada 17 Julai 2017 (Isnin).




Tadaaa~~ Gembiranyaaa

Masih terlalu awal untuk bergembira tetapi tidak salah untuk berkongsi sesama blogger kan? Manalah tahu dengan post ini dapat membangkitkan semangat, rasa tidak putus asa serta membantu rakan blogger yang lain untuk memperbaiki apa yang kurang dalam blog supaya permohonan adsense pada masa akan datang diluluskan.

Akhir kata terima kasih kepada rakan-rakan blog yang memberikan tips tentang Google Adsense. Aku doakan supaya rezeki korang untuk adsense ini dipermudahkan. Insya'Allah, Amiinn~

Akhirnya Pulang Ke Kampung Halaman Setelah 12 Tahun

Assalamualaikum
Bismillah


Akhirnya Pulang Ke Kampung Halaman Setelah 12 Tahun duduk kat bandar di Kota Kinabalu, Sabah. Lamanya tak balik kampung. Kali terakhir balik semasa umur aku 10 tahun, darjah 4. Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa tak balik kampung? 

Kampung bapa dan mama aku kat Pulau Balambangan, Kudat. Setelah arwah atuk meninggal dunia, nenek dan pakcik berhijrah ke Pulau Banggi, Kudat dorang bina rumah sendiri kat sana dan terus menetap di sana. 

Memandangkan mama dan bapa aku selepas kahwin saja terus menetap di bandar Kota Kinabalu, jadi kami tak pernah balik sekeluarga. Mama dan bapa tak pernah berpeluang untuk balik kampung kerana kekangan masa dan kewangan. 

Tambahan pula kami mempunyai adik-beradik yang ramai (8 orang), amat memerlukan bajet yang boleh tahan banyak juga. RM1000 tak cukup sekali balik. 

Sebenarnya aku rindu mahu balik kampung jumpa nenek. Kali terakhir jumpa pada tahun 2012, semasa kenduri arwah atuk. Aku ni mahu ja balik setiap tahun kalau boleh, tetapi bapa aku nie takut aku balik sendiri. Maklumlah anak perempuan sulung kesayangan kan. 

Kali ini aku berkeras sikit nak balik kampung, walaupun tidak diizinkan balik. Alasan sebab takda bajet, tetapi aku dalam diam kumpul bajet tambang sendiri. 

Terima kasih juga kepada para bloggers yang anjurkan giveaway. Alhamdulillah rezeki daripada giveaway tu lah yang buat belanja balik kampung. Semoga dimurahkan rezeki korang semua. Amin~~~

Apabila family tahu aku dah cukup bajet balik kampung sorang, dorang diam-diam saja. Ya! Aku dah nekad nak balik. 
Dear my grandmother, I apologize for not visiting after grandfather passed away. I'm so sorry for not bring along my siblings to see you. They are still studying. Mom and dad sometimes busy and don't have any holiday. My elder brother also worked. So, I'm the only one whom still on semester break and have a long holiday. I've been missing you so much! Aku dah cuci gambar family untuk tatapan bila rindu, termasuk gambar arwah atuk. I'm so sorry for neglecting you for so many years. I want to meet you but I just can't. That's why this year I force myself to meet you even though they might be angry at me. Don't worry this Wednesday I will go back hometown for the first time at Banggi Island. I'm looking forward to see your happy face. Cheers~ Don't cry and sad anymore💛Love from me

Semoga perjalanan ke kampung berjalan dengan lancar. Doakan aku ya :) 

Post ini dipublish agak lewat sedikit daripada tarikh aku balik kampung sebab aku mungkin tak bawa laptop ke sana. So aku dah setkan kepada auto publish.

Bahaya Rabies (Penyakit Anjing Gila) Terhadap Kanak-Kanak

Assalamualaikum
Bismillah

Rabies (penyakit anjing gila) adalah sejenis penyakit zoonotik bawaan virus Lyssa dari famili Rhabdoviridae. Virus ini boleh menjangkiti mamalia termasuk manusia melalui air liur gigitan haiwan yang terjangkit. Tempoh inkubasi penyakit rabies didalam haiwan adalah boleh berlaku antara 10 hari sehingga 6 bulan. 

Tanda-tanda klinikal haiwan yang terjangkit adalah perubahan kelakuan samada agresif (menyerang objek yang bergerak seperti manusia dan haiwan lain) atau monyok/dungu, lumpuh (paralysis) dan berakhir dengan kematian.


Sebenarnya kes ini pernah berlaku pada tahun 1999 di Malaysia. Walaubagaimana pun telah berlaku satu laporan kes gigitan anjing yang positif rabies sekitar tahun 2015 di Negeri Perlis. Lanjutan dari itu, dilaporkan pula satu kes gigitan anjing pada kanak-kanak di Kuala Sungai Pinang pada tahun yang sama.
Sumber: Bahagian Pengurusan Biosekuritidan SPS, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Putrajaya.www.dvs.gov.my
Perkara ini sangatlah membimbangkan para ibu bapa termasuk keluarga aku. Biasalah budak-budak ini suka bermain di luar. Tambahan pula kawasan rumah aku ini banyak anjing. Oleh itu, ibu bapa kena ambil langkah berjaga-jaga terhadap keselamatan anak-anak anda. 

Sekiranya anak-anak anda diserang gigitan anjing anda haruslah tahu simptom-simptom Rabies atau penyakit anjing gila ini. Tanda-tanda awal termasuk :

  • Rasa bimbang, sakit kepala, demam, lesu dan perubahan deria di sekitar tempat gigitan.
  • Mudah terangsang, berhalusinasi dan berasa takut pada tiup­an angin (aerophobia). 
  • Sesetengahnya berasa gerun atau bencikan air (hidrofobia) disebabkan kekejangan otot kerongkong yang sakit ketika menelan. 
  • Pesakit menjadi celaru, mengalami sawan sehingga boleh membawa maut.
  • Jenis rabies yang dinamakan paralytic rabies (sawan lumpuh) mempunyai tanda dan gejala seperti kehilangan deria, lemah badan, badan berasa sakit, dan lumpuh.
Sumber rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia

Info grafik tentang Penyakit Anjing Gila 



© all rights reserved
made with by templateszoo