Mengapa Aku diuji Begini??

10
Assalamualaikum
Bismillah


1. Kenapa Aku Diuji?

"Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan solat serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan jua dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil, orang-orang yang demikian sifatnya, dan mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa." (Surah al-Baqarah ayat 177)


Orang-orang yang bertakwa itu diuji untuk menguji ketakwaan mereka kepada Allah. Bukan sekadar berkata aku adalah orang-orang yang bertakwa tanpa didatangi ujian. 

Macam mana kita mahu tahu diri kita dalam kalangan orang yang beriman dan bertakwa kalau bukan dengan ujian? 

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut ayat 2-3)



2. Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.(Surah al-Baqarah ayat 216)

Kita tidak tahu apa yang ada di hadapan kita. Boleh jadi apa yang kita inginkan itu menjadikan kita semakin lalai. Oleh itu, Allah jauhkan kita daripada sesuatu yang menurutNya tidak baik. Cuma kita sahaja yang kurang sabar dalam memahami hikmah disebalik semuanya. 



3. Kenapa Susah Sangat Ujian Ini?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah al-Baqarah ayat 286)


Allah tidak membebankan kita dengan ujian. Tetapi mengirimkan ujian supaya kita semakin kuat dan tabah. Setiap ujian yang hadir adalah mengikut kesanggupan kita. 

Kalau kita rasa tidak sanggup, hal itu kerana kita tidak serahkan masalah kita kepada-Nya. Kita tidak bergantung dengan Allah. Kita tidak meminta pertolongan kepada Allah. 


4. Rasa Frust? Tension? Lemah Semangat?

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” (Surah Ali-Imran ayat 139)


Hidup di dunia cuma sementara. Semua keperitan, kepayahan, kesakitan akan hilang. Kita akan pulang ke negeri akhirat. Sabar sedikit masa lagi. InsyaAllah, semuanya akan berakhir dan kita akan bahagia bersama di SyurgaNya. 


5. Bagaimana Harus Aku Menghadapinya?

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang kebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” (Surah Ali-Imran ayat 200)

 

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk.” (Surah al-Baqarah ayat 45)

Bersabarlah dengan solat. Mintalah dengan Allah dengan doa. Allah sentiasa mendengar rintihan hambaNya. Kita mungkin tak dapat solusi waktu itu. 

Tetapi percayalah apabila hati kita tenang dan lapang, kita akan lebih mudah untuk menghadapi masa-masa sulit. 

Percayalah Allah tidak pernah menolak doa hambaNya yang meminta kepadaNya. Cepat atau lambat semuanya akan dipermudahkan. InsyaAllah. 


6. Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ini?

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…" (Surah at-Taubah ayat 111)



Apa lagi yang lebih mahal selain dari syurganya Allah? Kita kekal di dalamnya buat selamanya.  



7. Kepada Siapa Aku Berharap?

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” (Surah at-Taubah ayat 129)


Cukuplah hanya Allah yang tidak pernah sesaat pun meninggalkan kita. Walau berapa banyak dosa yang kita lakukan Allah sentiasa buka pintu taubatNya. Allah sentiasa menunggu hamba-hambaNya yang ingin kembali dan bertaubat.


8. Aku Tak Tahan! Aku Dah Bosan!

“… dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” (Surah Yusuf ayat 87)


Janganlah berputus asa wahai sahabatku. Kerana Rahmat Allah sungguh luas. Kasihnya Allah tiada terhingga kepada hambaNya. Jom, kita pulang ke jalan Allah. Jom kita gapai syurgaNya bersama. 


9. Tolonglah Tenangkan Hatiku

"Kami tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya dan di sisi Kami ada sebuah kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya (Surah al-Mukminun ayat 62)

Jangan bersedih hati. Allah sentiasa bersama hambaNya.


10. Apa Punya Musibah Yang Kau Timpakan Ini?

"Sungguh mengkagumkan urusan seorang mukmin. Sesungguhnya semua urusannya adalah baik. Dan hal itu tidak akan diperolehi kecuali oleh orang yang mukmin. Apabila dia mendapat kesenangan, maka dia bersyukur. Maka hal itu merupakan kebaikan baginya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan maka dia bersabar. Maka itu juga merupakan kebaikan baginya." (HR Imam Muslim)

Catat Ulasan

10Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. Tentu ada hikmah di sebalik ujian yang diturunkan kepada kita.
    mudah2an kita adalah dalam kalangan hamba2-Nya yang sentiasa bersyukur

    BalasPadam
  2. hidup ini memang penuh dengan ujian

    BalasPadam
  3. Saat memerlukan kata pujuk dari seseorang, terima ksih atas perkongsian. :')

    BalasPadam
  4. bagusnya info ini

    salam perkenalan dari orang sabah

    nak tanya sudi ke nak bertukr link dengan blog saya. kalau sudi sila comment di blog saya www.oohsenyum.com di mana-mana post. saya tunggu tau!

    BalasPadam
  5. Bookmark untuk peringatan masa hadapan <3

    BalasPadam
  6. kak ana selalu yakin dengan setiap ujian yang hadir adalah kerana Allah swt tahu bahawa kita masih mampu menghadapinya. walaupun sesukar mana harus tetap kita hadapi dan ia pasti akan berlalu, in shaa allah. Perkongsian yang baik sekali Nurul, terima kasih :)

    BalasPadam
  7. Nice! Seseorang itu tidak aka diuji melainkan sesuai dgn kemampuan dia sndiri. Tuhan tu tak kejam. Yg kejam dgn diri sndiri tu kita. Always bersanga baik dgn Tuhan

    BalasPadam
  8. terima kasih untuk perkongsian ini, awak. Saya dah set sebagai bookmark (mohon halal ya). sebagai ingatan, setiap kali rasa down, saya rasa it helps refresh mind bila baca ni ^^

    Terima kasih sekali lagi. May Allah bless you sis for this good sharing~ ^^

    BalasPadam
  9. Terima kasih & syabas, perkongsian yang baik!

    BalasPadam
  10. Di sebalik kesusahan pasti ada kebaikannya.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !