Dikuasakan oleh Blogger.

Cara Bayar Bil Elektrik SESB Dengan JOMPAY

Assalamualaikum
Bismillah

Aku baru perasan baru-baru ini bil elektrik SESB dah boleh bayar melalui JOMPAY. Aku tahu pun sebab aku nampak ada JOMPAY yang tertera pada bil. Sejak mulanya pkp, sekarang urusan nak bayar bil ke semuanya melalui online saja. 

Alhamdulillah memang memudahkan. Yang tiada akaun daftar perbankan internet macam CimbCliks, Maybank2U dan lain-lain. Tak perlu risau, korang sebenarnya boleh saja suruh saudara mara, anak atau keluarga terdekat untuk bayarkan. Yang penting korang kena ikut no akaun bil elektrik korang saja. 

Aku dah banyak kali juga kongsikan cara bayar bil elektrik ini. Nak cara yang macam mana terpulang dengan korang. Boleh baca Cara Bayar Bil SESB Secara Online Melalui Cimb Clicks.

Cara Bayar Bil Elektrik SESB Dengan JOMPAY




Baiklah, tanpa membuang masa ikuti langkah berikut untuk lihat Cara Bayar Bil Elektrik SESB Dengan JOMPAY

1. Pertama sekali korang login Cimb Clicks. Masukkan User ID CIMB Clicks korang dan kata laluan dengan betul.

2. Selepas log masuk ke akaun, korang akan dibawa ke muka hadapan CIMB Clicks. Klik pada menu "Pay & Transfer".


3. Pilih JOMPAY untuk bayar bil elektrik SESB.

4. Korang perlu masukkan Biller Code, Ref-1 dan Ref 2 (No telefon anda) yang tertera pada bil elektrik korang ya. 

contoh bil elektrik SESB

Biller Code - Rujuk pada bil elektrik anda

Ref-1 : Masukkan nombor KOD STESEN dahulu, 
diikuti dengan nombor AKAUN. (Rujuk saja bil ya)

Ref 2 : No telefon anda

5. Pastikan Biller Code tersebut ialah SABAH ELECTRICITY SDN BHD. Korang boleh tanda favourite jadi tak perlulah korang susah-susah lagi taip. 

6. Masukkan amaun (RM) yang ingin dibayar. Klik "YES" untuk terma & syarat sebelum request NO TAC. 

7. Klik Make Payment untuk teruskan pembayaran. 


8. Pastikan bayaran kepada adalah Betul. Klik Request bagi permintaan TAC Number. Klik confirm untuk bayar. 

9. Pembayaran telah berjaya. Boleh semak dalam masa 3 hari selepas korang bayar (dalam tempoh bekerja).


Semoga entri ini dapat membantu mempermudahkan urusan korang. InsyaAllah kita permudahkan urusan orang, Allah akan permudahkan urusan kita.


Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi :

a) Talian SESB CARELINE 15454 atau 088-515 000
emel : komersil@sesb.com.my
b) Talian hotline myGCC 03-8000 8000
c) Talian hotline Sekretariat PRE2020 di 03-8882 9089


6 ulasan:

  1. thank you sharing tutorial ni, senang lepas ni takyah pergi pejabat pos :)

    BalasPadam
  2. sangat mudah bayar melalui online. nice sharing :) ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  3. Apa2 urusan kalau guna online lebih mudah dan menjimatkan masa.

    BalasPadam
  4. Baguskan bila ada kemudahan bayar on line macam ni.
    Kak Pip bayar bil elektrik di Shopee.

    BalasPadam
  5. Memang mudah guna jompay. Sejak PKP hari tu baru start belajar bayar online, pakai jompay juga. Untuk both air dan eletrik

    BalasPadam
  6. TQ. Very helpful for a first time user. Didn't know what to put under ref 1 & 2

    BalasPadam

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.