Susahkah Belajar Psikologi?

Assalamualaikum
Bismillah

Sejak belakangan ni ramai yang tanya berkenaan psikologi ataupun bidang psikologi kanak-kanak dan keluarga walaupun aku dah habis belajar. 

Kebanyakan yang bertanya adalah pelajar lepasan SPM, STPM, Matrik dan juga Diploma yang baru saja menghabiskan pelajaran mereka samada di peringkat sekolah menengah mahupun kolej.


Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang. 

Dan juga syabas kepada pelajar yang mendapat keputusan yang kurang memuaskan ataupun kurang baik kerana percayalah tidak cemerlang bukan bermaksud anda telah gagal dalam hidup. Belajar daripada kesilapan, perbaiki dan teruskan melangkah ke hadapan.

Baiklah, berbalik kepada topik utama tentang 'susahkah belajar psikologi'?

1. Ubah Mind Set Setiap Bidang Ada Tahap Kesukaran Tersendiri.

Aku sebenarnya rasa kita perlu ubah mind set kita bahawa setiap bidang mempunyai tahap kesukaran yang tersendiri. 

Pertama sekali yang anda semua perlu tahu dalam kita mahu menimba ilmu itu tiada yang senang. Tidak kira sama ada subjek psikologi, ekonomi, perakaunan ataupun bahasa asing semuanya bergantung dengan 'mind set' kita. 

Kalau kita rasa sesuatu benda itu susah, maka susahlah jadinya. Kalau kita dah tetapkan dalam minda bahawa benda itu senang, InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.

Dah ramai orang yang bertanya dengan aku nak ambil bidang ini sebab NAMPAK SENANG. Senang nak skor, senang nak dapat dekan, senang nak lulus. 

Semua benda pun nak senang, instant, cepat tanpa perlu bersusah payah. Please ubah mind set ini ya. Disebabkan nak semua benda senanglah banyak berlaku korupsi, scammer, manipulasi, eksploitasi, rampas hak orang lain dan sebagainya. 

Aku nampak benda ini even di universiti. Buat assignment sambil lewa atau tumpang markah kawan. Semuanya sebab tak nak belajar untuk berasa susah itu dahulu. Takut gagal dan takut untuk melakukan kesilapan. 

Apapun bidang jangan belajar sambil lewa. Tiada yang senang. Ada subjek yang mungkin senang nak skor ikut tahap kemampuan dan kefahaman kita. Ada juga yang susah tetapi tidak bermaksud kita tak boleh skor subjek tu. 

Yang susah kita belajar, banyak bertanya, banyakkan membaca, buat latihan dan berbincang dengan kawan-kawan. Tiada shortcut untuk mahu berjaya.

Geram aku kalau orang yang mahu ambil bidang ini sebab mahu senang saja. haha~

2. Tidak Susah Belajar Psikologi Dengan Minat

Point yang kedua penentu samada psikologi ini susah ataupun tidak adalah bergantung dengan 'minat' kita dalam bidang tersebut. 

Ada pelajar yang mungkin terpaksa ambil bidang ini sebab terpaksa. Walaupun begitu, terpaksa ataupun tidak, belajarlah untuk mencintai apa yang kita belajar. Cuba untuk tanamkan minat dalam bidang ini.

Tidak seronok sebenarnya apabila kita belajar sesuatu kerana terpaksa. Buat assignment pun rasa jadi beban. Nak pergi kelas pun tidak bersemangat. Semuanya sebab terpaksa tanpa minat. 

Kalau korang mengambil bidang ini kerana menjanjikan peluang pekerjaan yang cerah semata-mata tanpa ada perasaan minat untuk mempelajari psikologi itu sendiri, tiada masalah juga. Bergantung koranglah.  

Kenapa minat itu penting? Hal ini demikian kerana sekiranya anda belajar psikologi, korang bukan belajar satu subjek psikologi sahaja. Anda akan belajar semuanya dengan lebih mendalam. 

Ini termasuklah subjek yang korang mungkin lemah ataupun kurang minat. Kalau tidak mempunyai minat korang akan berasa belajar psikologi ini susah. Dahlah tak minat, kena hadap lagi subjek yang kita lemah lagi.

Sekiranya mempunyai minat, kita lebih bersedia untuk berhadapan subjek yang lebih sukar. 

Kesimpulan

Akhir sekali, apa yang aku ingin sampaikan kepada korang. Setiap orang ada sebab mereka sendiri mengapa memilih bidang ini. Apapun, kalau korang nak ambil mana-mana bidang psikologi pilihlah dengan yakin dan minat. 

Tanya diri sendiri apa niat kita mahu ambil bidang ini?

Kalau aku kata bidang psikologi ini susah dan tidak menjamin pekerjaan pada masa akan datang korang berani ke nak ambil bidang ini?

Semoga Allah permudahkan urusan kalian semua. InsyaAllah Aamiin.



22 Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. semua bidang ada cabaran tersendiri. apa2 pun kena tanam minat dan usaha. buat apa2 course pun kena improve dan buat yang terbaik =D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. apapun course kena usaha sungguh2 tuk improve :) Thanks Siti

      Padam
  2. Whatever it is, kita sendiri kena tahu apa yg kita nak. Course apa yg kita minat. sekalipun kita tanya banyak org mengenai ssuatu course tu. At the end of the day, kita sendiri yg akan lalui pathaway belajar tu.

    Ika dtg singgah sini. https://ikashoid.blogspot.com/2019/03/book-review-bila-cinta-milik-dia-by.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeaa.. tak boleh salahkan org lain kalau benda kita buat kita tidak minat .. :)

      Padam
  3. Setiap course ada pro and con... Ada cabarannya yang tersendiri. Tapi semua tu boleh diatasi kalau minat. Kan?

    BalasPadam
  4. betul tu.. semua bidang ada cabaran yang tersendiri.. asalkan ada minat Insyaallah boleh berjaya.

    BalasPadam
  5. Tidak ada perkara mudah, hal makan pun kena kaut nasi yang terlebih dahulu dimasak..adat nak berjaya kena harungi jerih payah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.. menimba ilmu perlu bersusah payah sikit :)
      Hasilnya adalah kejayaan

      Padam
  6. Hye assalamualaikum.saya nak tanya bila amik ckurse psikologi nie,memang belajar sepenuhnya dalam bahasa english ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pensyarah mengajar dlm eng. Tetapi kita boleh buat tugasan dlm bahasa melayu..

      Padam
  7. Semua perkara tak mudah.. nak seribu daya.. Ye tak nurul..
    Kalau dah minat yang susah pun jadi senang..

    BalasPadam
  8. Masing-masing ada pros and cons, susah senang semua so nak tak nak tengok minat dan usaha

    BalasPadam
  9. Betul tu. i love psychology sgt2...

    BalasPadam
  10. Psikologi ni perlukan subjek biologi ke?

    BalasPadam
  11. Psikologi ni perlukan subjek biologi ke?

    BalasPadam
  12. Bukan saja pilihan course apa utk kita ambil.. Waktu kerja pun sama. Kalau kita kerja di bidang yg bukan dlm minat kita we will be demotivated to even wake up in the morning.

    BalasPadam
  13. Bidang yang menarik sebenarnya ni psikologi.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.