Permohonan Internship Ditolak

11
Assalamualaikum
Bismillah

Hari ini aku menerima berita buruk. Sebelum ini aku pernah berkongsi tentang Misi Mencari Tempat Praktikal  Perjalanan mencari tempat praktikal sangatlah memerlukan kesabaran dan ketekunan yang tinggi. Orang kata inilah permulaan kita untuk mencari pekerjaan walaupun sekadar praktikal. 


Berita buruk yang aku nak kongsi iaitu Permohonan Internship Ditolak. Sedih juga sebenarnya dan terkejut kerana pihak pejabat Fakulti aku yang tiba-tiba telefon dan menyampaikan berita buruk ini sejurus selepas aku habis Midterm Exam tadi. Dalam banyak-banyak tempat yang aku cari, hanya ini saja yang kata ada kekosongan untuk internship. Tetapi tak sangka pula ditolak. 


Sebelum ini aku memohon tempat praktikal di Persatuan Rumah Amal Sabah (Sabah Cheshire Home). 2 hari selepas aku hantar email, pihak Cheshire terus memberi feedback kat Pejabat UMS, memaklumkan bahawa permohonan aku ditolak. So, misi mencari tempat praktikal Part 2 bermula lagi. Huhu. Doakan semoga urusan aku dipermudahkan. 



Banyak dah tempat aku email dan telefon tetapi malangnya ada sesetengah tempat dah penuh. Ada juga yang tidak menerima sebarang permohonan internship. Agak bad mood juga aku hari ini. Tetapi sabar ja lah. Cari dan terus cari sampai dapat kan. Mungkin sebelum ini ada senior yang ada pengalaman yang sama macam aku tapi relaks je. Aku saja yang melebih-lebih. Haha

Tags

Catat Ulasan

11Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. innshaa ALLAH ade rezki yg lebih baik lepas ni :D

    BalasPadam
  2. sabar ye Nurul... Nanti ada la tu rezeki kat mana-mana inshaa Allah terus berusaha okeh

    BalasPadam
  3. Sabar ye.. in Shaa Allah nanti dapat kat mana-mana tu ye

    BalasPadam
  4. Nurul ndak cuba try2 di hospital likas ka? Kan hospital likas tu khas utk wanita dan kanak2, manatau dorg ada khidmat sokongan psikologi utk keluarga dan kanak2 ...

    BalasPadam
  5. It's ok! Allah ada plan yang lebih gempak untuk Kak Nurul hehe inshaallah! *fighting!!! ^_^

    BalasPadam
  6. in shaa Allah rezeki akan datang juga nanti. :)

    BalasPadam
  7. sabar sis. in shaa Allah ada la tu rezeki internship kat tempat lain, gambatte!

    BalasPadam
  8. Semoga urusan Nurul dipermudahkan. Aamiin... in Shaa Allah, dapat tu nanti 😊

    BalasPadam
  9. Akk masa nk cri tmpt internship pun dua kali kena reject,last2 fakulti je carikan

    BalasPadam
  10. dulu pun macam tu juga sampai dah seminggu nak start intern baru jumpa walaupun tak berapa okay but at least ada la. Good luck & don't give up tau :D

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !