Mengapa Diam Lebih Baik Ketika Mendengar Keburukan Orang Lain

Sii Nurul
By -
2
Assalamualaikum
Bismillah

Dalam kehidupan seharian, sering kali kita membaca atau terdengar gosip tentang keburukan orang lain samada di sekeliling mahupun di media sosial. 

Entah cerita dari teman, rakan sekerja, atau bahkan anggota keluarga kita sendiri. Dan kita mungkin menjadi pendengar cerita yang mungkin tidak sepenuhnya benar atau bahkan ada cerita yang sengaja ditokok tambah untuk menghangatkan lagi topik. 

Dalam situasi seperti ini, apa yang sebaiknya kita lakukan? Jawanannya sederhana: diam lebih baik.

diam-lebih-baik

Maaf ya sahabat. Sering kali aku melihat rakan media sosial yang memuat naik soalan atau komen yang boleh mencetuskan perbalahan dan konflik di kalangan pengguna.

Apabila tidak bersetuju masing-masing mahu menegakkan 'point' untuk menang. Malah, ada yang berlumba-lumba untuk komen dan ingin memaksakan pandangan kita pada orang lain. Kata 'ini adalah pendapat aku' tetapi tersinggung apabila orang lain memberikan argumen yang berbeza. 

Akhirnya topik tersebut viral dan mencetuskan isu dan perbalahan dalam kalangan pengguna. Ada kalanya mereka yang mempunyai ramai 'followers' merasakan bahawa pendapat mereka benar kerana ramai yang menyokong kenyataan yang diutarakan. 


Mengapa Diam Lebih Baik Ketika Mendengar Keburukan Orang Lain


1. Menghindari Fitnah

Salah satu alasan utama untuk memilih diam adalah untuk menghindari fitnah. Fitnah menyebarkan informasi yang tidak benar atau berlebihan tentang seseorang yang mana menjejaskan imej, maruah dan membuka aib orang lain.

Ketika kita mendengar cerita buruk tentang orang lain elakkan daripada terus mempercayai dan menyebarkannya. Pastikan informasi itu sahih dan tidak berbaur fitnah. Tidak kisahlah info sahih sekalipun sebaik-baiknya usaha untuk tidak menambah-nambah cerita atau memberikan reaksi yang boleh menghangatkan lagi keadaan.

Dengan memilih untuk diam, kita membantu mencegah tersebarnya informasi yang dapat merugikan orang lain.


2. Dapat Menjaga Hati & Fikiran

Sebenarnya mendengar keburukan orang lain dapat mempengaruhi hati dan fikiran kita secara tidak langsung. Gosip dan cerita buruk sering kali membawa energi negatif yang boleh merosakkan suasana hati kita. 

Menghindari perbincangan negatif boleh mengelakkan diri daripada terlibat dalam perbalahan yang tidak perlu. Diam tidak bermaksud mengabaikan, tetapi lebih kepada memilih untuk tidak mengeruhkan suasana.

Dengan memilih untuk tidak terlibat dalam percakapan seperti ini, kita dapat menjaga hati dan fikiran kita daripada hal-hal yang negatif dan tidak bermanfaat.

3. Menjaga Hubungan Sosial

Menghindari gosip dapat menjaga hubungan baik dengan orang lain. Ketika kita tidak ikut menyebarkan cerita buruk, ini menunjukkan bahawa kita tidak suka ikut campur dalam urusan orang lain. Dengan tidak terlibat dalam perbalahan, kita menghindari konflik yang tidak perlu dan menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan kita.

Di media sosial, setiap perkataan yang kita keluarkan boleh memberikan impak yang besar. Fikirkan dahulu sebelum memuat naik sesuatu komen atau status.

Tanyakan pada diri sendiri, adakah ini akan membawa kebaikan atau sebaliknya? Adakah ia akan menyakiti perasaan orang lain atau menimbulkan konflik?

4. Menghindari Dosa

Dalam banyak ajaran agama, menyebarkan keburukan atau fitnah dianggap sebagai dosa. Islam mengajar kita untuk menjaga lisan dan tidak menyebarkan keburukan orang lain. Dengan memilih untuk diam, kita menghindari perbuatan dosa ini dan menjalani hidup sesuai dengan nilai-nilai moral dan etika yang baik.

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia berkata baik atau diam...” (HR Bukhari [6475] dan Muslim [47])

Hadis ini merupakan panduan terbaik untuk seorang mukmin menguruskan lisannya. Islam menekankan kepentingan berkata-kata yang baik dan bermanfaat. 

Jika tiada sesuatu yang baik untuk dikatakan, maka lebih baik diam. Ini kerana percakapan yang tidak baik boleh membawa kepada dosa, menimbulkan fitnah, atau menyakiti hati orang lain.

Kesimpulannya

Media sosial adalah alat yang luar biasa untuk berkomunikasi dan berkongsi, tetapi kita harus bijak dalam menggunakannya. 

Gunakan platform sosial untuk menyebarkan perkara positif dan menginspirasi orang lain. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan aura negatif, tetapi juga dapat membantu membina komuniti yang lebih harmoni dan menyokong.

Jadi, mari kita jaga lisan kita dan pilih untuk diam ketika mendengar keburukan orang lain.
Tags:

Catat Ulasan

2Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

  1. ye..sebaiknya diam aje. kadang geram nak menambah, tapi cepat cepat backspace....

    BalasPadam
  2. Saya menghindari sangaaat semua topik yg bisa membawa keributan sesama users. Apalagi kalo dah berkaitan ttg gosip, atau politik. Di Indonesia 2 hal ini suka berujung keributan. Semua akun gossip artis sudah saya delete, tak nak follow lagi. Krn mereka memang hanya menceritakan gosip tanpa bukti.

    Tak usahlah ikut2 discuss hal yg kita sendiri tak yakin faktanya seperti apa. Krn benar kak, saya takut berujung fitnah.

    BalasPadam
Catat Ulasan

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!