Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Assalamualaikum
Bismillah

Sebenarnya perkongsian ini aku dapat melalui Twitter @anisssurayaaa. Dia kongsikan tentang cara dapatkan balik duit hilang dalam akaun bank. Jom ikuti perkongsian kat bawah. 

Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank

1. Call nombor belakang kad bank

Perkara pertama sekali korang kena buat adalah terus call nombor yang ada dekat belakang kad tu. Korang kena informkan customer service berkenaan unknown transaction. Kemudian pihak bank akan siasat dan block kad korang. 

2. Screenshot semua transaction dan highlight unknown transaction tersebut.

Korang kena screenshot dan highlight unknown transaction sebagai bukti kepada pihak bank.

3. Download 'Dispute Form'


Korang search je dekat google dispute form, download dan terus isi. Boleh download  DISPUTE FORM - Maybank2u

Contoh 'Dispute Form' untuk bank-bank lain :


4. Email Dispute Form

Korang email form tadi tu, sekali dengan screenshot transaction kepada bank (disputemgmt@maybank.com.my / cfrm@maybank.com.my) & cc kepada Bank Negara Malaysia (bnmtelelink@bnm.gov.my) 

Di bawah adalah contoh email ya. (Untuk pengguna Maybank)

Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank
Kredit Photo : @anisssurayaaa


5. Pergi cawangan bank berdekatan & Buat Kad Baru

Selepas itu korang boleh pergi ke cawangan bank yang berdekatan. Korang buat kad baru dan tunggu duit masuk balik. 

Cara Dapatkan Balik Duit Hilang Dalam Akaun Bank
Kredit Photo : @anisssurayaaa


Sekarang ni dah macam-macam jenis scammers. Kadang tak tahu beza dah yang mana real ataupun scam. 

Apapun korang kena sentiasa waspada dan hati-hati sajalah terutama sekali apabila melibatkan pembayaran dan pembelian secara online.


Sii Nurul

Fulltime sabahan blogger since 2015 who love to write and sharing in her blog. Married with Mohamad Syafrie

Catat Ulasan

Terima kasih kerana singgah ke Blog Sii Nurul. Jika ada sebarang pertanyaan, komen, penambahbaikan, cadangan mahupun pandangan. Boleh tinggalkan jejak anda.

Terbaru Lebih lama